Proverbs 17

Amsal 17

1Lebih baik sepotong roti kering, bersertakan ketenteraman, daripada rumah penuh dengan korban bersertakan persengketaan.

2Seorang hamba yang berhikmah akan memerintah atas si anak yang membawa malu, dan akan menerima sebahagian warisan di kalangan saudara.

3Kui peleburan adalah untuk perak, dan perapian adalah untuk emas: tetapi TUHAN menguji hati.

4Pelaku durjana mengendahkan bibir yang bersaksi palsu; dan si pembohong mencenderungkan telinganya kepada lidah yang nakal.

5Sesiapa yang mengolok-olok orang miskin menghina Penciptanya: dan dia yang bergembira atas bencana tidak akan terlepas hukuman.

6Anak cucu ialah mahkota orang tua; dan kemuliaan anak ialah bapa-bapa leluhur mereka.

7Ucapan yang cemerlang tidak sepadan dengan orang bebal: apatah lagi bibir berbohong bagi seorang penguasa.

8Suatu pemberian adalah seperti batu permata bagi dia yang memilikinya: ke mana sahaja ia berpusing, ia makmur.

9Dia yang menutupi suatu pelanggaran mengejar kasih; tetapi dia yang mengungkit perkara lama mencerai-beraikan kawan karib.

10Satu teguran lebih memasuki orang berhikmah daripada seratus sebatan bagi orang bebal.

11Si jahat hanya mengejar pemberontakan: maka seorang utusan yang kejam akan diutus untuk menentangnya.

12Biar beruang bentina yang dirampas anaknya bertemu dengan orang, daripada si bebal dalam kebebalannya.

13Barang siapa yang membalas kebaikan dengan kejahatan, kejahatan tidak akan meninggalkan rumahnya.

14Permulaan persengketaan seumpama ketika orang membuka aliran air: maka tinggalkan perbalahan, sebelum ia diusik.

15Dia yang memperbenarkan orang jahat, dan dia yang menghukum orang benar, yakni mereka berdua ialah kekejian kepada TUHAN.

16Apa gunanya wang di dalam tangan si bebal untuk mendapatkan hikmah, sedangkan dia tidak ada hati untuknya?

17Seorang kawan mengasihi pada setiap waktu, dan seorang saudara dilahirkan untuk masa kesusahan.

18Orang yang kekosongan pemahaman berjabat tangan, lalu menjadi penaja jamin di kehadiran kawannya.

19Dia yang menyukai persengketaan menyukai pelanggaran: dan dia yang menyanjungi pintu gerbangnya mencari kebinasaan.

20Dia yang berhati rewel tidak menemui kebaikan: dan dia yang berlidah babil jatuh ke dalam kenakalan.

21Dia yang memperanakkan seorang anak bebal melakukannya dengan dukacita: dan ayah si bebal tidak mempunyai sukacita.

22Hati yang girang membawa kebaikan seperti ubat: tetapi semangat yang patah mengeringkan tulang.

23Orang durjana mengambil pemberian dari dada untuk mencabuli jalan-jalan penghakiman.

24Hikmah berada di depan dia yang ada pemahaman; tetapi mata si bebal ada pada hujung bumi.

25Anak yang bebal ialah kepiluan kepada ayahnya, dan kepahitan kepada perempuan yang melahirkannya.

26Lagi pula, menghukum orang benar tidak baik, dan memukul para penguasa untuk kesaksamaan pun tidak.

27Dia yang berpengetahuan sayang memakai kata-katanya: dan orang yang ada pemahaman ada roh yang cemerlang.

28Bagi orang bebal pun, ketika dia berdiam, dikira berhikmah: dan dia yang menutupi bibirnya dianggap sebagai seorang yang ada pemahaman.