1Mazmur Daud. Pujilah TUHAN, wahai jiwaku: dan segalanya dalamku, pujilah namanya yang kudus.
2Pujilah TUHAN, wahai jiwaku, dan jangan melupakan segala manfaatnya:
3Dia yang telah mengampuni segala kedurjanaanmu; dia yang telah menyembuh segala penyakitmu;
4Dia yang telah menebus nyawamu daripada pembinasaan; yang telah memahkotaimu dengan kasih sayang dan belas kasihan yang lemah-lembut;
5Dia yang memuaskan mulutmu dengan apa yang baik; supaya kemudaanmu diperbaharui seperti burung helang.
6TUHAN melaksanakan kewajaran dan penghakiman kepada semua yang tertindas.
7Dia telah menyatakan jalan-jalannya kepada Musa, dan perbuatan-perbuatannya kepada bani Israel.
8TUHAN berbelas kasihan dan berbudi baik, lambat untuk marah, dan penuh dengan belas kasihan.
9Dia tidak akan selalu menegur: dan juga tidak akan menyimpan dendamnya selamanya.
10Dia tidak berurus dengan kita setimpal dengan dosa kita; dan juga tidak mengganjari kita sesuai dengan kedurjanaan kita.
11Sebab seperti syurga tinggi mengatasi bumi, demikian besar belas kasihannya kepada mereka yang takut akan dia.
12Sejauh timur dari barat, demikian jauh dia telah menanggalkan pelanggaran-pelanggaran kita daripada kita.
13Bagaikan seorang bapa yang berbelas hati terhadap anak-anaknya, begitu juga TUHAN berbelas hati terhadap mereka yang takut kepadaNya.
14Sebab Dia mengenal rangka tubuh kita; dia mengingati bahawa kita ini debu.
15Bagi manusia, hayatnya adalah seperti rumput: seperti suatu bunga ladang, demikian dia bersemarak.
16Sebab angin melintasinya, lalu ia lesap; dan tempatnya tidak akan mengenalnya lagi.
17Tetapi belas kasihan daripada TUHAN adalah dari keabadian ke keabadian bagi orang yang takut akan dia, dan kewajarannya adalah kepada anak cucu;
18Kepada orang demikian yang memegang waadnya, dan kepada orang yang mengingati perintah-perintahnya supaya melakukannya.
19TUHAN telah menyiapkan takhtanya di atas syurga; dan kerajaannya memerintah atas semua.
20Pujilah TUHAN, hai para malaikatnya, yang maju dalam kekuatan, yang melakukan perintah-perintahnya, sementara mendengar suara firmannya.
21Pujilah TUHAN, hai semua tentaranya, hai sekalian pelayannya, yang melakukan kesukaannya.
22Pujilah TUHAN, hai segala karyanya di semua tempat kekuasaannya: pujilah TUHAN, hai jiwaku.