Psalms 109

Mazmur 109

1Kepada pemimpin Ahli Muzik, Mazmur Daud. Jangan berdiam, ya Allah yang kupuji;

2Sebab mulut orang durjana dan mulut orang yang memperdayakan telah terbuka menentangku: mereka telah berbicara menentangku dengan lidah yang berbohong.

3Mereka juga mengelilingiku dengan kata-kata benci; dan melawanku tanpa apa sebab.

4Oleh sebab kasihku mereka menjadi musuhku: tetapi aku menyerahkan diriku untuk berdoa.

5Dan mereka telah mengganjariku jahat bagi baik, dan kebencian bagi kasihku.

6Tempatkanlah orang jahat ke atas dia: dan biar Syaitan berdiri di tangan kanannya.

7Ketika dia dihakimi biarlah dia disabit kesalahan: dan biar doanya dijadikan dosa.

8Biar hayatnya pendek; dan biar orang lain mengambil alih jawatannya.

9Biar anak-anaknya dijadikan tidak berayah, dan biar isterinya dijadikan seorang balu.

10Biar anak-anaknya senantiasa menjadi orang gelandangan, dan mengemis: biar mereka juga mencari makan dari tempat mereka yang ketandusan.

11Biar si pengugut merebut segala kepunyaannya; dan biar orang asing menjarah jerih lelahnya.

12Biar tiada orang yang menghulurkan belas kasihan kepadanya: dan juga jangan biar ada sesiapa pun yang memberi keredaan kepada anak-anaknya yang tidak berayah.

13Biar keturunannya itu diputuskan; dan bagi generasi yang akan datang biar nama mereka disingkirkan.

14Biar kedurjanaan bapa-bapa leluhurnya diingat oleh TUHAN; dan jangan biar dosa ibunya disingkirkan.

15Biar ia berada di depan TUHAN senantiasa, supaya dia akan memutuskan ingatan mereka dari bumi.

16Oleh sebab dia tidak ingat untuk menunjukkan belas kasihan, tetapi menganiaya orang kasihan dan keperluan, sehingga dia sanggup pun untuk membunuh orang yang remuk hati.

17Sementara dia suka kutuk, biar itu yang mendatanginya: sementara dia tidak suka akan berkat, biar ia berada jauh daripadanya.

18Sementara dia menutupi dirinya dengan kutuk seperti pakaiannya, biar ia mendatangi sanubarinya seperti air, dan seperti minyak ke dalam tulangnya.

19Biar ia terjadi kepadanya seperti pakaian yang menutupinya, dan seperti suatu tali pinggang yang mengikat pinggangnya selalu.

20Biar inilah yang menjadi ganjaran daripada TUHAN terhadap musuh-musuhku, dan bagi mereka yang bercakap jahat menentang jiwaku.

21Tetapi lakukanlah bagiku, ya ALLAH Tuhanku, demi namamu: oleh sebab belas kasihanmu itu baik, selamatkanlah aku.

22Sebab aku miskin dan keperluan, dan hatiku terluka di dalamku.

23Aku lesap seperti bayang-bayang ketika ia semakin menurun: aku dilambung naik turun seperti belalang.

24Lututku sudah lemah melalui puasa; dan dagingku tidak lagi berlemak.

25Aku juga telah menjadi suatu bahan hina bagi mereka: ketika mereka memandang kepadaku mereka menggeleng kepala.

26Tolongku, ya TUHAN Allahku: Selamatkanku menurut belas kasihanmu:

27Supaya mereka dapat tahu bahawa inilah tanganmu; bahawa engkau, TUHAN, yang telah melakukannya.

28Biar mereka mengutuk, tetapi memuji engkau: ketika mereka bangkit, biar mereka dimalukan; tetapi biar hambamu bersukacita.

29Biar musuh-musuhku dikelilingi keaiban, dan biar mereka menutupi diri mereka sendiri dengan kekeliruan mereka sendiri, seperti suatu jubah.

30Aku akan sungguh-sungguh memuji TUHAN dengan mulutku; ya, aku akan memujinya di antara keramaian orang.

31Sebab dia akan berdiri di samping tangan kanan orang kasihan, untuk menyelamatkannya daripada mereka yang mengutuk jiwanya.