Psalms 116

Mazmur 116

1Aku mengasihi TUHAN, kerana dia telah mendengar suaraku dan permohonan-permohonanku.

2Oleh sebab dia telah mencenderungkan telinganya kepadaku, maka aku akan memanggilnya sepanjang hayat hidupku.

3Dukacita maut telah mengelilingiku, dan kesakitan neraka telah berpegang kepadaku: Aku menemui kesesakan dan dukacita.

4Kemudian aku menyeru nama Tuhan; Ya TUHAN, aku merayu kepadamu, selamatkanlah jiwaku.

5TUHAN berbudi baik, dan benar; ya, Allah kita berbelas kasihan.

6TUHAN mengekalkan yang pandir: Aku direndahkan, dan dia telah menolongku.

7Kembalilah kepada istirahatmu, ya jiwaku; sebab TUHAN telah berurusan secara berkelimpahan denganmu.

8Sebab engkau telah menyelamatkan jiwaku daripada maut, mataku daripada tangisan, dan kakiku daripada tersandung.

9Aku akan berjalan di hadapan TUHAN di tanah orang yang hidup.

10Aku telah percaya, maka aku telah berbicara: aku telah ditindas dengan sungguh besar:

11Aku berkata dalam keadaanku yang terburu-buru, Semua manusia pembohong.

12Apakah yang harus kupersembahkan kepada TUHAN bagi segala manfaatnya terhadapku?

13Aku akan mengambil cawan keselamatan, dan menyeru nama Tuhan.

14Aku akan membayar nazarku kepada TUHAN sekarang di depan kehadiran seluruh umatnya.

15Sungguh berharga di depan mata TUHAN kematian orang-orang kudusnya.

16Ya TUHAN, aku benar-benar hambamu; aku hambamu, dan anak kepada hamba perempuanmu: engkau telah membuka ikatan-ikatanku.

17Aku akan persembahkan kepadamu korban kesyukuran, dan aku akan menyeru nama Tuhan.

18Aku akan membayar nazarku kepada TUHAN sekarang di depan kehadiran seluruh umatnya.

19Di halaman rumah TUHAN, di tengah-tengah kalanganmu, ya Yerusalem. Pujilah TUHAN hai sekalian.