1Lagu kenaikan. Diberkatilah setiap orang yang takut akan TUHAN; orang yang menjalani hidup menurut jalan-jalannya.
2Sebab kamu akan makan daripada jerih lelah tanganmu: kamu akan bahagia, dan semuanya akan baik bagimu.
3Isterimu akan menjadi seperti cabang pokok anggur pada tepi rumahmu: anak-anakmu seperti pokok zaitun yang mengelilingi mejamu.
4Lihatlah, bahawa sebegitulah orang yang takut akan TUHAN akan diberkati.
5TUHAN akan memberkatimu dari Sion: dan kamu akan melihat kebaikan Yerusalem sepanjang hayatmu.
6Ya, kamu akan melihat anak-anak kepada anak-anakmu, dan damai sejahtera ke atas Israel.