Psalms 142

Mazmur 142

1Mascil Daud; Sebuah doa ketika dia berada di gua. Aku berseru kepada TUHAN dengan suaraku; dengan suaraku kepada TUHAN aku membuat permohonanku.

2Aku mencurahkan aduanku di hadapannya; aku menunjuk di hadapannya masalahku.

3Ketika rohku kesenakan di dalam diriku, pada saat itu engkau mengenal jalanku. Di jalan yang ditempuhiku telah mereka dengan selindung memasang jerat bagiku.

4Aku memandang ke sebelah tangan kananku, dan melihat, tetapi tiada orang yang mahu mengenalku: tempat perlindungan gagal melindungiku; tidak seorang pun mengambil berat akan jiwaku.

5Aku berseru kepada engkau, ya TUHAN: Aku berkata, Engkaulah tempat perlindunganku dan bahagianku di tanah orang-orang hidup.

6Berilah perhatian kepada seruanku; sebab aku sangat direndahkan: lepaskanku daripada para penganiayaku; sebab mereka lebih kuat daripadaku.

7Bawalah jiwaku keluar daripada penjara, supaya aku dapat memuji namamu: orang benar akan mengelilingiku; sebab engkau akan berurus dengan berkelimpahan terhadapku.