1Mengapakah orang pagan meradang, dan bangsa itu membayangkan apa yang sia-sia?
2Raja-raja di bumi telah menetapkan diri, dan para pemerintah saling menasihati sesama diri, untuk menentang TUHAN, dan untuk menentang dia yang diurapinya, dengan berkata,
3Mari kita mematahkan penambat mereka, dan buangkan tali pengikat mereka daripada kita.
4Dia yang bertakhta di syurga akan ketawa: Tuhan akan menganggap mereka sebagai bahan senda.
5Lalu dia akan berbicara kepada mereka dalam murkanya, dan menggemaskan mereka dalam ketidaksenangannya yang besar.
6Namun aku telah menetapkan rajaku di bukit kudusku, Sion.
7Aku akan mengisytiharkan dekri itu: TUHAN telah berkata kepadaku, Engkau Anakku; aku telah memperanakkanmu pada hari ini.
8Mintalah kepadaku, dan aku akan memberi kepadamu orang pagan untuk warisanmu, dan bahagian-bahagian hujung bumi untuk dimilikimu.
9Kamu akan memecahkan mereka dengan tongkat besi; kamu akan menghempas mereka berkecai seperti tembikar tukang periuk.
10Oleh itu, wahai raja sekalian, jadilah berhikmah: jadilah terlatih dalam arahan, wahai hakim sekalian yang di bumi.
11Layanilah TUHAN dengan takut, dan bersukacitalah dengan gementar.
12Ciumlah Anak, supaya jangan dia marah, dan kalian binasa daripada jalanmu ketika murkanya sedikit sahaja dinyalakan. Diberkatilah mereka semua yang menaruh percaya di dalamnya.