1Kepada pemimpin Ahli Muzik di Neginot, Mazmur Daud. Dengarlah ketika aku memanggil, ya Allah kewajaranku: engkau telah melapangkanku ketika aku berada dalam kesesakan; berbelas kasihan terhadapku, dan dengarlah doaku.
2Wahai kalian anak manusia, berapakah lama kalian ingin mengubahkan kemuliaanku kepada keaiban? berapakah lama kalian ingin mengasihi kesia-siaan, dan mencari kepalsuan? Sela.
3Tetapi ketahuilah bahawa TUHAN telah mengekhaskan orang yang salih bagi dirinya sendiri: TUHAN akan mendengar ketika aku memanggilnya.
4Berdiri dalam kekaguman, dan jangan berdosa: berhubung dengan hati kalian sendiri di atas katilmu, dan berdiam. Sela.
5Persembahkanlah korban-korban kewajaran, dan taruh kepercayaan kalian kepada TUHAN.
6Ada banyak yang berkata, Siapa yang akan menunjukkan kita apa pun kebaikan? TUHAN, angkatlah cahaya wajahmu ke atas kami.
7Engkau telah menaruh kegembiraan ke dalam hatiku, lebih daripada waktu jagung mereka dan wain mereka bertambah.
8Aku akan berbaring dalam damai sejahtera, dan tidur: sebab engkau, Tuhan, hanya menjadikanku untuk berdiam dalam keselamatan.