1Kepada pemimpin Ahli Muzik, Mazmur Daud. Diberkatilah dia yang mempertimbangkan orang miskin: TUHAN akan menyelamatkannya pada waktu kesesakan.
2TUHAN akan mengekalkannya, dan memastikan dia hidup; dan dia akan diberkati di bumi: dan engkau tidak akan menyerahkan dia kepada kehendak musuh-musuhnya.
3TUHAN akan menguatkannya di atas katil kedaifan: engkau akan mengemaskan seluruh katilnya ketika dia sakit.
4Aku berkata, TUHAN, berbelas kasihan kepadaku: sembuhkanlah jiwaku; sebab aku telah berdosa terhadapmu.
5Musuh-musuhku bercakap buruk tentangku, Bilakah dia akan mati, dan lesaplah namanya?
6Dan jika dia datang untuk menziarahiku, dia berbicara kesia-siaan: hatinya mengumpulkan kedurjanaan kepada dirinya; ketika dia pergi, dia menyebarkannya.
7Semua yang membenciku berbisik sesama menentangku: terhadapku mereka merancang untuk mencederakanku.
8Suatu kesakitan buruk, mereka berkata, berpaut teguh kepadanya: dan sekarang sementara dia terlantar dia tidak akan bangkit lagi.
9Ya, sahabatku yang karib, yang telah aku percaya, yang telah makan rotiku, telah mengangkat tumit kakinya untuk menentangku.
10Tetapi engkau, Ya TUHAN, berbelas kasihan terhadapku, dan bangkitkanku, supaya aku dapat membalas perbuatan mereka.
11Oleh ini aku tahu bahawa engkau ada keredaan bagiku, kerana musuhku tidak dapat bersorak-sorai terhadapku.
12Dan bagiku, engkau telah mendukungku dalam integritiku, dan menempatkanku di hadapan wajahmu selama-lamanya.
13Diberkatilah TUHAN Allah Israel dari keabadian ke keabadian. Amin, dan Amin.