1Kepada pemimpin ahli Muzik di Neginot, Mascil, Mazmur Daud. Berilah telinga kepada doaku, ya Allah; dan janganlah menyembunyikan dirimu daripada permohonanku.
2Ambil perhatian kepadaku, dan dengarlah aku: aku meratap dalam aduanku, dan berbuat bising;
3Kerana suara musuhku, kerana penindasan oleh orang durjana: sebab mereka telah menaruh kedurjanaan kepadaku, dan dengan murkanya mereka membenci aku.
4Hatiku disakiti teruk di dalam diriku: dan kengerian-kengerian maut telah menimpa diriku.
5Ketakutan dan gementar telah menimpaku, dan keseraman telah menyenakkanku.
6Dan aku berkata, O sekiranya aku ada sayap seperti burung merpati! sebab kalau demikian aku akan terbang lari, dan berisytirahat.
7Lihatlah, aku akan dapat merantau jauh-jauh, dan berdiam di padang gurun. Sela.
8Aku akan bergegas melarikan diri daripada ribut angin kencang dan badai.
9Binasakanlah, ya Tuhan, dan bahagikanlah lidah mereka: sebab aku telah melihat keganasan dan persengketaan di dalam kota itu.
10Siang dan malam mereka mengelilingi tembok-temboknya: kenakalan dan dukacita juga berada di tengah-tengahnya.
11Kedurjanaan berada di tengah-tengahnya: perdayaan dan kelicikan tidak berundur dari jalan-jalannya.
12Sebab ia bukanlah musuh yang telah mengaibkanku; kalau begitu aku dapat menerimanya: dan juga bukan orang yang membenciku yang telah membesar-besarkan dirinya menentangku; kalau begitu aku mungkin sudah menyembunyikan diriku daripadanya:
13Tetapi ia kamu, orang sebayaku, pemanduku, dan orang kenalanku.
14Kita pernah saling menasihati sesama diri, dan saling berjalan menemani sesama diri ke rumah Allah.
15Biar maut menyergap mereka, dan biar mereka lekas turun ke neraka: sebab kedurjanaan berada di kediaman-kediaman mereka, dan di kalangan mereka.
16Bagiku, aku akan memanggil Allah; dan TUHAN akan menyelamatkanku.
17Pada waktu petang, dan pagi, dan tengah hari, aku akan berdoa, dan berseru lantang: dan dia akan mendengar suaraku.
18Dia dengan damai sejahtera telah melepaskan jiwaku daripada pertempuran yang menentangku: sebab ada banyak orang yang bersamaku.
19Allah akan mendengar, dan menyusahkan mereka, yakni dia yang hidup dari purbakala. Sela. Oleh sebab mereka tidak ada perubahan, maka mereka tidak takut akan Allah.
20Dia telah mengacung tangannya terhadap orang demikian yang ada damai sejahtera dengannya: dia telah melanggari waadnya.
21Kata-kata mulutnya lebih licin daripada mentega, tetapi peperangan ada dalam hatinya: kata-katanya lebih lembut daripada minyak, namun ia merupakan pedang yang terhunus.
22Serahkanlah bebanmu kepada Tuhan, dan dia akan mengekalkanmu: dia tidak akan membenarkan orang benar untuk goyah.
23Tetapi engkau, ya Allah, akan membawa mereka turun ke dalam lubang kebinasaan: orang yang menumpah darah dan yang memperdayakan orang tidak akan hidup melebihi setengah daripada jangka hayat mereka; tetapi aku akan percaya kepadamu.