1Mazmur Asaf. Allah benar-benar baik kepada Israel, yakni kepada mereka yang ada hati yang bersih.
2Tetapi bagiku, kakiku hampir terpeleset; langkah-langkahku mungkin sudah nyaris tergelincir.
3Sebab aku beriri hati kepada orang bebal, ketika aku nampak kemakmuran orang durjana.
4Sebab tiada ikatan pada waktu kematian mereka: tetapi kekuatan mereka teguh.
5Mereka tidak bermasalah seperti orang lain; mereka juga tidak dikenakan tulah seperti orang lain.
6Oleh sebab itu, keangkuhan mengelilingi mereka seperti rantai; keganasan menutupi mereka seperti pakaian.
7Mata mereka jelas kelihatan dengan kegemukan: mereka ada lebih daripada apa yang dapat dihajatkan hati.
8Mereka rosak, dan berucap dengan durjana berkenaan penindasan: mereka berucap dengan tinggi hati.
9Mereka menetapkan mulut mereka untuk menentang syurga, dan lidah mereka berjalan merangkumi bumi.
10Oleh sebab itu, orang-orangnya kembali ke sini: dan air cawan yang penuh diperah keluar bagi mereka.
11Dan mereka berkata, Bagaimanakah Allah tahu? dan adakah pengetahuan ada pada Yang Maha Tinggi?
12Lihatlah, inilah mereka yang tidak salih, yang makmur di dunia; mereka bertambah dalam kekayaan.
13Sesungguhnya aku telah menyucikan hatiku dalam kesia-siaan, dan membasuh tanganku dalam maksud yang kosong.
14Sebab sepanjang hari aku telah disakiti, dan dihukum setiap pagi.
15Jika aku berkata, Aku akan berkata sekian-sekian; lihatlah, aku akan menyinggung generasi anak-anakmu ini.
16Ketika aku fikir untuk mengenal ini, ia terlalu menyakiti diriku;
17Sehingga aku masuk tempat kudus Allah; baru aku memahami kesudahan mereka.
18Sudah tentu kamu telah menetapkan mereka di tempat-tempat yang licin: kamu telah membuang mereka turun ke kebinasaan.
19Betapa mereka dibawa ke pemusnahan, seperti dalam seketika sahaja! mereka ditelan kengerian sepenuh-penuhnya.
20Seperti suatu mimpi ketika seseorang sedang bangun; demikianlah, ya Tuhan, ketika kamu bangun, kamu akan memandang hina gambar mereka.
21Demikianlah hatiku telah didukakan, dan aku telah ditusuk di buah pinggangku.
22Begitu bebal diriku, dan jahil: aku adalah seperti suatu binatang di hadapanmu.
23Walau bagaimanapun aku terus-menerus bersama engkau: engkau telah memegang tangan kananku.
24Engkau akan memanduku dengan nasihat, dan selepas itu menerimaku ke dalam kemuliaan.
25Siapakah yang kumiliki di syurga tetapi engkau? Tiada sesiapa pun di bumi yang kuingini selain engkau.
26Dagingku dan hatiku beroleh lemah: tetapi Allah ialah kekuatan hatiku, dan bahagianku selamanya.
27Sebab, lihatlah, mereka yang jauh daripadamu akan binasa: kamu telah membinasakan semua mereka yang telah pergi melacurkan diri daripadamu.
28Tetapi ia baik bagiku untuk mendekati Allah: aku telah menaruh percaya dalam Tuhan ALLAH, supaya aku dapat mengisytiharkan segala pekerjaanmu.