Psalms 84

Mazmur 84

1Kepada pemimpin Ahli Muzik, Mazmur untuk bani Korah. Betapa menyenangkan khemah-khemahmu, ya TUHAN angkatan alam semesta!

2Jiwaku rindu, ya, bahkan sudah lemah kerana menginginkan pelataran-pelataran TUHAN: hatiku dan dagingku berseru kepada Allah Yang Maha Hidup.

3Ya, burung pipit telah menemui sebuah rumah, dan burung lelayang suatu sarang bagi dirinya, iaitu tempat yang dapat dia membaring anak-anaknya, yakni mazbah-mazbahmu, ya TUHAN angkatan alam semesta, Rajaku, dan Allahku.

4Diberkatilah mereka yang berdiam di dalam rumahmu: mereka akan masih kekal memujimu. Sela.

5Diberkatilah orang yang kekuatannya di dalammu; orang yang di dalam hatinya menuruti jalan-jalan mereka.

6Yang sementara menerusi lembah Baka, menjadikannya suatu perigi; hujan juga mengisi kolam-kolamnya.

7Mereka maju dari kekuatan demi kekuatan, setiap orang di Sion menampil di hadapan Allah.

8Ya TUHAN Allah alam semesta, dengarlah doaku: pasanglah telinga, ya Allah Yakub. Sela.

9Lihatlah, ya Allah perisai kami, dan pandanglah ke wajah orang urapanmu.

10Sebab sehari di halamanmu lebih baik daripada seribu. Aku lebih suka menjadi penjaga pintu di rumah Allahku, daripada berdiam di khemah-khemah kedurjanaan.

11Sebab TUHAN Allah ialah matahari dan perisai: TUHAN akan memberi rahmat dan kemuliaan: tiada apa pun kebaikan yang akan dia tahan daripada mereka yang jalannya jujur.

12Ya TUHAN angkatan alam semesta, diberkatilah orang yang percaya kepadamu.