Psalms 87

Mazmur 87

1Suatu Mazmur atau Lagu bagi bani Korah. Dasarnya ada pada gunung-gunung yang kudus.

2TUHAN mengasihi pintu-pintu gerbang Sion lebih daripada kediaman-kediaman Yakub.

3Hal-hal yang mulia disebutkan tentangmu, wahai kota Allah. Sela.

4Aku akan menyebut Rahab dan Babel kepada mereka yang mengenalku: lihatlah Filistea, dan Tirus, dengan Etiopia; dia ini dilahirkan di sana.

5Dan bagi Sion, akan dikatakan, Dia ini dan dia itu telah dilahirkan di sana: dan Yang Maha Tinggi sendiri akan memantapkannya.

6TUHAN akan menghitung, apabila mencatatkan daftar umat itu, bahawa dia ini telah dilahirkan di sana. Sela.

7Dan juga para penyanyi dan para pemain alat muzik akan berada di sana: segala mata airku ada di dalammu.