Revelation 13

Wahyu 13

1Dan aku berdiri di atas pasir laut, dan nampak suatu binatang bangkit dari lautan, dengan adanya tujuh kepala dan sepuluh tanduk, dan di atas tanduk-tanduknya ada sepuluh mahkota, dan pada kepala-kepalanya nama kekufuran.

2Dan binatang yang aku nampak adalah seperti harimau bintang, dan kakinya adalah seperti kaki beruang, dan mulutnya adalah seperti mulut singa: dan naga memberinya kuasanya, dan takhtanya, dan kekuasaan yang besar.

3Dan aku nampak salah satu daripada kepalanya seakan-akan dilukakan sampai mati; dan luka yang mematikan itu disembuhkan: dan seluruh dunia tertakjub dengan binatang itu.

4Dan mereka bersembahyang kepada naga yang memberi kuasa kepada binatang: dan mereka bersembahyang kepada binatang itu, dengan berkata, Siapakah yang seperti binatang itu? yang dapat berperang dengannya?

5Dan ada diberi kepadanya mulut yang mengucap hal besar-besar dan kekufuran; dan kuasa diberi kepadanya untuk berterusan untuk empat puluh dan dua bulan.

6Dan dia membuka mulutnya dengan mengkufuri Allah, untuk mengkufuri namanya, dan khemahnya, dan orang-orang yang berdiam di syurga.

7Dan ia diserahkan kepadanya untuk memerangi orang kudus, dan untuk mengatasi mereka: dan kuasa diberi kepadanya untuk mengatasi segala suku, bahasa, dan bangsa.

8Dan semua yang berdiam di bumi akan bersembahyang kepadanya, yang nama mereka tidak tertulis sejak adanya dasar dunia di dalam kitab kehidupan Anak Domba yang terbunuh.

9Barang siapa bertelinga, biar dia mendengar.

10Dia yang memimpin kepada penawanan akan masuk kepada penawanan: dia yang membunuh dengan pedang harus dibunuh dengan pedang. Di sinilah kesabaran dan iman orang kudus.

11Dan aku melihat satu lagi binatang yang keluar dari bumi; dan ia ada dua tanduk seperti anak domba, dan dia berucap seperti naga.

12Dan dia menjalani segala kuasa binatang pertama yang sebelumnya, dan menyebabkan bumi dan orang-orang yang berdiam di dalamnya untuk bersembahyang kepada binatang yang pertama, yang lukanya yang mematikan itu telah disembuhkan.

13Dan dia melakukan perbuatan-perbuatan besar yang ajaib, sehingga dia membuat api turun dari syurga ke bumi di pandangan semua manusia,

14Dan memperdayakan orang yang berdiam di bumi dengan memakai mukjizat-mukjizat yang telah dia ada kuasa untuk buat di pandangan binatang itu; dengan berkata kepada mereka yang berdiam di bumi, bahawa mereka harus membuat suatu patung kepada binatang, yang adanya luka oleh pedang itu, namun telah hidup.

15Dan dia ada kuasa untuk memberi nyawa kepada patung binatang, supaya patung binatang itu dapat kedua-duanya bercakap, dan menyebabkan seberapa banyak orang yang tidak ingin bersembahyang kepada patung binatang itu harus dibunuh.

16Dan dia menyebabkan semua, kecil atau besar, kaya atau miskin, merdeka atau hamba, untuk menerima tanda pada tangan kanan, atau pada dahinya:

17Dan supaya tiada sesiapa pun dapat membeli atau menjual, kecuali dia ada tanda itu, atau nama binatang itu, atau nombor namanya.

18Di sinilah hikmah. Biar dia yang ada pemahaman menghitung nombor binatang itu: sebab ia nombor seorang manusia; dan nombornya ialah Enam ratus, tiga kali dua puluh, dan enam.