Romans 14

Roma 14

1Orang yang lemah dalam iman itu kalian terimalah dia, tetapi bukan sampai kepada pertikaian yang ragu hati.

2Sebab salah seorang percaya bahawa dia boleh makan segalanya: seorang yang lain pula, yang lemah, makan sayur-sayuran sahaja.

3Biar dia yang makan jangan memandang hina orang yang tidak makan; dan biar dia yang tidak makan jangan menghakimi orang yang makan: sebab Allah sudah menerima orang itu.

4Siapakah kamu yang menghakimi hamba orang lain? Terhadap tuannya sendiri dia berdiri atau jatuh. Ya, dia akan ditegakkan: sebab Allah mampu menjadikannya berdiri.

5Salah seorang menyanjungi sesuatu hari melebihi hari yang lain: seorang yang lain pula menganggap setiap hari pun sama. Biar setiap orang yakin sepenuhnya dalam mindanya sendiri.

6Dia yang mengamalkan sesuatu hari, mengamalkannya kepada Tuhan; dan dia yang tidak mengamalkan sesuatu hari, kepada Tuhan dia tidak mengamalkannya. Dia yang makan, makan kepada Tuhan, sebab dia memberi Allah syukur; dan dia yang tidak makan, kepada Tuhan dia tidak makan, dan memberi Allah syukur.

7Sebab tidak seorang pun hidup kepada dirinya sendiri, dan tidak seorang pun mati kepada dirinya sendiri.

8Sebab jika kita hidup, kita hidup kepada Tuhan; dan jika kita mati, kita mati kepada Tuhan: maka sama ada kita hidup ataupun mati, kita milik Tuhan.

9Sebab bagi tujuan ini Kristus kedua-duanya mati, dan bangkit, dan dihidupkan, supaya dia dapat menjadi Tuhan kedua-dua orang mati dan orang hidup.

10Tetapi mengapakah kamu menghakimi saudaramu? atau mengapakah kamu menganggap kosong kamu punya saudara? sebab kita semua akan berdiri menghadap takhta penghakiman Kristus.

11Sebab sudah tertulis, Sementara aku hidup, firman Tuhan, setiap lutut akan bertelut kepadaku, dan setiap lidah akan mengaku kepada Allah.

12Maka dengan demikian setiap orang di kalangan kita akan memberi pertanggungjawaban bagi dirinya kepada Allah.

13Maka biarlah kita jangan menghakimi satu sama lain lagi: tetapi sebaliknya menghakimi ini, bahawa tidak seorang pun menaruh batu sandungan atau kesempatan untuk saudaranya tersandung.

14Aku tahu, dan aku yakin oleh Tuhan Yesus, bahawa tiada apa pun yang najis dalamnya sendiri: tetapi bagi dia yang menganggap apa pun sebagai najis, kepada dia itulah najis.

15Tetapi jika saudaramu didukakan dengan makananmu, maka kamu sekarang tidak menjalani hidup dengan berbelas ihsan. Janganlah membinasakan orang dengan makananmu, yang bagi pihaknya telah Kristus mati.

16Maka janganlah kebaikanmu itu dibicarakan sebagai jahat.

17Sebab kerajaan Allah bukanlah makanan dan minuman; tetapi kewajaran, damai sejahtera, dan sukacita dalam Roh Kudus.

18Sebab dia yang melayani Kristus dalam hal-hal itu dapat diterima Allah dan diluluskan manusia.

19Maka, biarlah kita mengikuti hal-hal yang menghasilkan damai sejahtera, dan hal-hal yang olehnya seseorang dapat membangunkan seorang yang lain.

20Sebab makanan tidak membinasakan karya Allah. Segalanya memang suci, tetapi ia celaka bagi orang yang makan dengan melanggar.

21Ia baik untuk jangan makan daging, dan jangan minum wain, dan jangan apa pun yang dengannya saudaramu tersandung, atau tersinggung, atau dijadikan lemah.

22Adakah kamu mempunyai iman? biar itu bagi dirimu sendiri di hadapan Allah. Berbahagialah dia yang tidak mengutuk dirinya sendiri dalam apa yang diizinkannya.

23Dan dia yang ragu-ragu sudah terlaknat jika dia makan, kerana dia tidak makan dengan iman: sebab apa pun yang bukan oleh iman ialah dosa.