1 Raja-Raja 19

1 Kings 19

1Dan Ahab memberitahu Izebel segalanya yang telah dilakukan Elia, dan bagaimana Elia telah membunuh semua nabi dengan pedang.

2Kemudian Izebel hantar seorang utusan kepada Elia, dengan berkata, Biar allah-allah berbuat kepadaku, dan lebih banyak lagi, kalau aku tidak menjadikan nyawamu serupa dengan nyawa salah satu di antara mereka pada hari esok sekitar waktu ini.

3Dan sesudah dia nampak itu, dia bangkit, lalu melarikan diri, dan sampai ke Bersyeba, yang termasuk wilayah Yehuda, lalu meninggalkan hambanya di sana.

4Tetapi dia sendiri pergi jelajah perjalanan satu hari ke dalam padang gurun, lalu datang dan duduk di bawah sebatang pokok juniper: dan dia bermohon bagi dirinya sendiri supaya dia dapat mati; lalu berkata, Sudah cukup; sekarang, ya TUHAN, ambillah nyawaku; sebab aku bukan lebih baik daripada bapa-bapa leluhurku.

5Dan sementara dia berbaring dan tidur di bawah pokok juniper, lihatlah seorang malaikat menyentuhnya, lalu berkata kepadanya, Bangunlah dan makan.

6Dan dia menatap, dan, lihatlah, ada sebuku kek bakar yang telah dimasak atas batu-batu arang, dan sebuah kendi air dekat kepada kepalanya. Dan dia makan dan minum, lalu membaringkan diri sekali lagi.

7Dan malaikat TUHAN datang semula pada kali keuda, lalu menyentuhnya, dan berkata, Bangunlah dan makan; kerana perjalanannya juga terlalu jauh bagimu.

8Dan dia bangun, lalu makan dan minum, dan bertolak dengan kekuatan makanan itu untuk empat puluh hari dan empat puluh malam ke Horeb, gunung Allah.

9Dan di sana dia memasuki sebuah gua, dan menginap di sana; dan, lihatlah, firman TUHAN datang kepadanya, dan dia berkata kepadanya, Apakah yang dilakukanmu di sini, hai Elia?

10Dan Elia berkata, Aku telah sungguh cemburu bagi TUHAN Allah alam semesta: sebab bani Israel telah meninggalkan waadmu, merobohkan mazbah-mazbahmu, dan telah membunuh para nabimu dengan pedang; dan aku, bahkan aku sahaja, yang tertinggal; dan mereka sedang mengejar nyawaku untuk mencabutnya.

11Dan dia berkata, Pergi, dan berdiri di atas gunung di hadapan TUHAN. Dan, lihatlah, TUHAN melintas, dan suatu angin yang besar dan yang kencang membelah gunung-gunung, dan memecah batu bercerai-berai di hadapan TUHAN; tetapi TUHAN tidak berada di dalam angin itu: dan sesudah angin itu adanya gempa bumi; tetapi TUHAN tidak berada di dalam gempa bumi itu:

12Dan sesudah gempa bumi itu adanya api; tetapi TUHAN tidak berada di dalam api itu: dan sesudah api itu adanya suara yang tenang dan halus.

13Dan terjadilah, ketika Elia mendengar itu, bahawa dia menyelubungi mukanya dengan jubahnya, lalu keluar, dan berdiri di pintu gua itu. Dan lihatlah, ada datangnya suara kepadanya, dan berkata, Apakah yang kamu buat di sini, Elia?

14Dan Elia berkata, Aku telah sungguh cemburu bagi TUHAN Allah alam semesta: sebab bani Israel telah meninggalkan waadmu, merobohkan mazbah-mazbahmu, dan telah membunuh para nabimu dengan pedang; dan aku, bahkan aku sahaja, yang tertinggal; dan mereka sedang mengejar nyawaku untuk mencabutnya.

15Dan TUHAN berfirman kepadanya, Pergi, kembalilah menurut jalanmu ke padang gurun Damsyik: dan ketika kamu sampai, urapilah Hazael untuk menjadi raja ke atas Siria.

16Dan Yehu anak kepada Nimsi akan kamu urapi untuk menjadi raja atas Israel: dan Elisa anak kepada Safat dari Abelmeholah akan kamu urapi untuk menjadi nabi menggantikan jawatanmu.

17Dan ia akan terjadi, bahawa orang yang terlepas daripada pedang Hazael akan Yehu bunuh: dan orang yang terlepas dari pedang Yehu akan Elisa bunuh.

18Namun aku telah meninggalkan bagi diriku tujuh ribu orang di Israel, semua lutut yang tidak bersujud kepada Baal, dan setiap mulut yang tidak menciumnya.

19So he departed thence, and found Elisha the son of Shaphat, who was plowing with twelve yoke of oxen before him, and he with the twelfth: and Elijah passed by him, and cast his mantle upon him.

20And he left the oxen, and ran after Elijah, and said, Let me, I pray thee, kiss my father and my mother, and then I will follow thee. And he said unto him, Go back again: for what have I done to thee?Go�: Heb. Go return

21And he returned back from him, and took a yoke of oxen, and slew them, and boiled their flesh with the instruments of the oxen, and gave unto the people, and they did eat. Then he arose, and went after Elijah, and ministered unto him.