1Sekarang orang Filistin berlawan menentang Israel: dan orang Israel berlari dari hadapan orang Filistin, lalu dijatuhkan mati di gunung Gilboa.
2Dan orang Filistin mengejar keras Saul dan anak-anak lelakinya; dan orang Filistin membunuh Yonatan, dan Abinadab, dan Malkisua, dan anak-anak lelaki Saul.
3Dan peperangan beroleh sengit terhadap Saul, dan para pemanah mengenakannya; dan dia dilukai parah oleh para pemanah itu.
4Kemudian Saul berkata kepada pemegang perisainya, Hunuslah pedangmu dan tikamlah aku lantas dengannya; supaya jangan orang yang tidak bersunat ini datang dan menikam lantas aku, lalu menderaku. Tetapi pemegang perisainya tidak mahu; sebab dia sangat takut. Oleh sebab itu, Saul mengambil pedang, dan menjatuhkan dirinya ke atasnya.
5Dan ketika pemegang perisainya nampak bahawa Saul sudah mati, dia dengan demikian juga menjatuhkan dirinya ke atas pedangnya, lalu mati bersama Saul.
6Jadi Saul mati, bersama dengan tiga anak lelakinya, dan pemegang perisainya, dan semua askarnya, pada hari yang sama itu.
7Dan sesudah orang Israel yang berada di seberang Yordan, nampak bahawa Saul dan anak-anak lelakinya sudah mati, mereka meninggalkan kota-kota itu, lalu melarikan diri; dan orang Filistin datang dan berdiam di dalamnya.
8Dan terjadilah pada hari kemudian, ketika orang Filistin datang untuk menjarah orang mati, bahawa mereka nampak Saul dan tiga anak lelakinya tergelimpang di gunung Gilboa.
9Dan mereka memotong kepalanya, dan menanggalkan perisainya, dan menyampaikan ke sekitar tanah orang Filistin, supaya menyiarkan itu di rumah patung-patung berhala mereka, dan di kalangan rakyatnya.
10Dan mereka menaruh perisainya di rumah Asytoret: dan mereka mengikat mayatnya di dinding Betsean.
11Dan setelah para penghuni Yabeshgilead mendengar apa yang telah dibuat orang Filistin kepada Saul;
12Semua lelaki yang gagah perkasa bangkit, dan keluar sepanjang malam, lalu mengambil mayat Saul dan mayat anak-anak lelakinya dari dinding Batsean, dan datang ke Yabesh, lalu membakar mayat-mayat itu di sana.
13Dan mereka mengambil tulang-tulangnya, lalu menguburkannya di bawah pokok di Yabesh, dan berpuasa untuk tujuh hari.