2 Tawarikh 15

2 Chronicles 15

1Dan Roh Allah menghinggapi Azarya anak kepada Oded:

2Dan dia keluar untuk bertemu dengan Asa, dan berkata kepadanya, Dengarlah aku hai sekalian, Asa, dan seluruh Yehuda dan Benyamin; TUHAN ada bersama kalian, sementara kalian ada bersamanya; dan jika kalian mencarinya, dia akan ditemui kalian; tetapi jika kalian meninggalkannya, dia akan meninggalkan kalian.

3Dalam pada itu, untuk suatu musim yang panjang, Israel telah berada tanpa Allah sejati, dan tanpa seorang imam yang mengajar, dan tanpa hukum.

4Tetapi ketika mereka di dalam masalah mereka berpaling kepada TUHAN Allah Israel, dan mencari-carinya, dia ditemui mereka.

5Dan pada zaman itu tiada damai sejahtera kepada orang bagi pemergiannya ke luar, dan kemasukannya ke dalam, tetapi kegemasan besar berada di atas semua penghuni negeri-negeri.

6Dan bangsa membinasakan bangsa, dan kota membinasakan kota: sebab Allah menggemaskan mereka dengan kesengsaraan.

7Maka kalian jadilah kuat, dan jangan biar tanganmu lemah: sebab kerjamu akan diganjari.

8Dan ketika Asa mendengar semua kata itu, dan nubuat nabi Oded, dia menjadi tabah hati, dan membuang patung-patung di seluruh kawasan tanah Yehuda dan Benyamin, dan dari kota-kota yang telah diambilnya di gunung Efraim, lalu memperbaharui mazbah TUHAN, yang ada di balai TUHAN.

9Dan dia mengumpulkan semua Yehuda dan Benyamin, dan orang-orang asing bersama mereka dari Efraim dan Manasye, dan dari Simeon: kerana mereka dari Israel memihak kepadanya dengan kelimpahan, ketika mereka melihat bahawa TUHAN Allahnya ada bersamanya.

10Maka mereka mengumpulkan diri mereka bersama di Yerusalme pada bulan ketiga, tahun kelima belas pemerintahan Asa.

11Dan mereka mempersembahkan kepada TUHAN pada masa sama, jarahan yang telah dibawa mereka, tujuh ratus lembu jantan dan tujuh ribu domba.

12Dan mereka memasuki waad untuk mencari TUHAN Allah bapa-bapa leluhur mereka dengan segenap hati dan segenap jiwa mereka;

13Supaya barang siapa yang tidak mencari TUHAN Allah Israel akan dihukum mati, sama ada yang besar ataupun yang kecil, sama ada yang lelaki ataupun perempuan.

14Dan mereka bersumpah kepada TUHAN dengan suara lantang, dan dengan sorak-sorai, dan dengan sangkakala, dan dengan kornet.

15Dan seluruh Yehuda bersukacita bagi sumpah itu: sebab mereka telah bersumpah dengan segenap hati mereka, dan telah mencari akan dia dengan kerinduan penuh; dan dia telah ditemui mereka: dan TUHAN telah memberi mereka istirahat di sekeliling.

16Dan juga berkenaan Maakha, ibu suri kepada raja Asa, Asa membuangnya dari jawatan permaisuri, kerana dia telah membuat sebuah patung di perteduhan berhala: dan Asa telah merobohkan patung berhalanya, dan menumbuknya dan membakarnya di anak sungai Kidron.

17Tetapi tempat-tempat tinggi itu tidak dibuang dari Israel: walau bagaimanapun hati Asa sempurna sepanjang hari-harinya.

18Dan membawa ke rumah Allah benda-benda yang telah dipersembahkan, dan bahawa dirinya sendiri telah mempersembahkan perak, emas, dan bejana-bejana.

19Dan tiada lagi peperangan sampai kepada tahun kelima dan tiga puluh pemerintahan Asa.