2 Korintus 5

2 Corinthians 5

1Sebab kami tahu bahawa jika rumah khemah yang kebumian ini dirobohkan, kami ada suatu bangunan Allah, suatu rumah yang tidak dibuat oleh tangan dan yang kekal di syurga.

2Sebab dalam ini kami mengerang, sungguh-sungguh rindu untuk berpakaian rumah kami yang dari syurga:

3Jika berpakaian sedemikian bermaksud kami tidak didapati telanjang.

4Sebab kami yang ada dalam khemah ini memang mengerang, sementara dibebankan: bukan supaya ditanggalkan pakaian, tetapi untuk berpakaian, supaya kefanaan itu dapat ditelan oleh kehidupan.

5Sekarang dia yang telah membentuk kami bagi apa yang sama itu ialah Allah, yang juga telah memberi kami jaminan Roh itu.

6Oleh sebab itu, kami selalu yakin, sedangkala tahu bahawa, sementara kami berumahkan tubuh kami, kami tidak hadir bersama Tuhan:

7(Sebab kami menjalani hidup melalui iman, bukan melalui penglihatan:)

8Kami yakin, aku berkata, dan lebih rela untuk tidak hadir dari tubuh ini, dan untuk hadir bersama Tuhan.

9Lantaran itu, kami berjerih lelah, supaya, sama ada hadir atau tidak hadir, kami boleh diterima olehnya.

10Sebab kita semua harus menghadap takhta penghakiman Kristus; supaya setiap orang dapat menerima balasan bagi apa yang telah dilakukan di dalam tubuhnya, menurut apa yang telah dilakukannya, sama ada ia baik atau jahat.

11Sementara mengenal kengerian Tuhan, kami cuba meyakinkan orang; tetapi kami dijadikan nyata kepada Allah; dan aku percaya juga dijadikan nyata kepada hati nuranimu.

12Sebab kami tidak mengesyorkan diri kami sekali lagi kepada kalian, tetapi memberimu kesempatan untuk bermegah bagi pihak kami, supaya kalian dapat ada sesuatu untuk menjawab orang yang bermegah dalam apa yang kelihatan, dan bukan dalam apa yang ada dalam hati.

13Sebab jika kami tidak waras, ia adalah kepada Allah: atau jika kami terkawal, ia bagi kepentinganmu.

14Sebab kasih Kristus mengongkong kami; kerana beginilah kami menghakimi, bahawa jika satu telah mati bagi semua, maka semua dahulu telah mati:

15Dan bahawa dia telah mati bagi semua, supaya mereka yang hidup mulai sekarang tidak lagi hidup bagi diri mereka sendiri, tetapi baginya yang telah mati bagi mereka, dan telah bangkit semula.

16Lantaran itu, mulai sekarang kami tidak mengenal sesiapa pun menurut daging: ya, walaupun dahulu kami mengenal Kristus menurut daging, namun mulai sekarang kami tidak mengenal dia demikian lagi.

17Oleh sebab itu, jika sesiapa pun berada dalam Kristus, maka dia ciptaan baru: yang lama sudah berlalu; lihatlah, segalanya dijadikan baru.

18Dan segalanya berasal daripada Allah, yang telah mendamaikan kita kepada dirinya melalui Yesus Kristus, dan yang telah memberi kepada kami pelayanan pendamaian;

19Iaitu, Allah telah berada dalam Kristus, sementara mendamaikan dunia kepada dirinya, dengan tidak memperhitungkan pelanggaran-pelanggaran mereka terhadap diri mereka; dan telah mengamanahkan kepada kami firman pendamaian.

20Dalam pada itu, kami ini duta-duta Kristus, seakan-akan Allah sedang merayu kepada kalian melalui kami: kami memohon kepada kalian bagi pihak Kristus, biarlah diri kalian berdamai dengan Allah.

21Sebab Allah telah menjadikan dia sebagai dosa bagi kita, iaitu dia yang tidak mengenal dosa; supaya kita dapat dijadikan kewajaran Allah dalamnya.