2 Raja-Raja 1

2 Kings 1

1Kemudian Moab memberontak terhadap Israel selepas kematian Ahab.

2Dan Ahazia terjatuh menerusi kekisi kamar atasnya yang berada di Samaria, dan dia menjadi sakit: dan dia memanggil orang-orang utusan, dan berkata kepada mereka, Pergi, bertanya kepada Baalzebub, allah Ekron, sama ada aku akan pulih daripada penyakit ini.

3Tetapi malaikat TUHAN berkata kepada Elia, orang Tisbe itu, Bangkit, pergi naik untuk bertemu dengan para utusan raja Samaria, dan berkata kepada mereka, Bukankah ia kerana tiada Allah di Israel, sehingga kalian pergi untuk bertanya kepada Baalzebub, allah Ekron?

4Maka sekarang beginilah firman TUHAN, Kamu tidak akan turun dari katil yang telah kamu naik itu, tetapi akan pasti mati. Lalu pergilah Elia.

5Dan setelah para utusan berpaling kembali kepada raja, dia berkata kepada mereka, Mengapakah kalian sekarang berpaling kembali?

6Dan mereka berkata kepadanya, Ada seorang lelaki yang bertemu dengan kami, dan berkata kepada kami, Pergi, berpalinglah semula kepada raja yang telah mengutusmu, dan berkata kepadanya, Demikian firman TUHAN, Bukankah ia kerana tiada Allah di Israel, sehingga kamu mengutus orang untuk bertanya kepada Baalzebub, allah Ekron? oleh sebab itu, kamu tidak akan turun dari katil yang telah kamu naik itu, tetapi akan pasti mati.

7Dan dia berkata kepada mereka, Apakah jenis orang itu yang telah datang untuk bertemu dengan kalian, dan memberitahu kalian kata-kata itu?

8Dan mereka menjawabnya, Dia seorang yang berbulu, dan memakai ikat pinggang kulit pada pinggangnya. Dan dia berkata, Itulah Elia, orang Tisbe.

9Kemudian memanggil kepada dirinya ketua lima puluh orang dengan lima puluh orangnnya. Dan ketua itu naik ke Elia: dan, lihatlah, Elia duduk di atas puncak bukit. Dan dia berkata kepada Elia, Hai hamba Allah, raja telah bertitah, Turunlah.

10Dan Elia menjawab dan berkata kepada ketua lima puluh orang itu, Jika aku hamba Allah, maka biar api turun dari syurga, dan menghanguskanmu dan lima puluh orangmu itu. Dan datanglah api dari syurga dan menghanguskan dia dan lima puluh orangnya itu.

11Kemudian raja sekali lagi mengutus kepada Elia ketua lima puluh orang yang lain dengan lima puluhnya itu. Dan dia menjawab dan berkata kepada Elia, Hai hamba Allah, demikianlah titah raja, Turunlah cepat.

12Dan Elia berjawab dan berkata kepada mereka, Jika aku seorang hamba Allah, biar api turun daripada syurga, dan menghanguskanmu dan lima puluhmu itu. Dan api Allah turun dari syurga, dan menghanguskannya dan lima puluhnya itu.

13Kemudian raja sekali lagi mengutus seorang ketua lima puluh yang ketiga dengan lima puluhnya itu. Dan ketua yang ketiga, datang dan jatuh melutut di hadapan Elia, dan merayu kepadanya, dan berkata kepadanya, Hai hamba Allah, aku mohon kepadamu, biar nyawaku, dan nyawa lima puluh orang hambamu ini, berharga di pandanganmu.

14Lihatlah, ada api yang turun dari syurga, dan telah menghanguskan dua bekas ketua lima puluh orang dengan lima puluh anak buah mereka itu: oleh sebab itu, biar nyawaku sekarang berharga di pandanganmu.

15Dan malaikat TUHAN berkata kepada Elia, Pergi turun bersamanya: jangan takut akan dia. Dan Elia bangkit, dan pergi turun bersamanya kepada raja.

16Dan Elia berkata kepada raja, Beginilah firman TUHAN, Sebanyak semana kamu telah mengutus orang untuk bertanya kepada Baalzebub, allah Ekron, bukankah ia kerana tiada Allah di Israel untuk bertanya kepada firmannya? maka kamu tidak akan turun dari katil yang telah kamu naik itu, tetapi kamu pasti akan mati.

17Jadi, raja itu mati menurut firman TUHAN yang Elia bicarakan. Dan Yoram memerintah menggantikannya pada tahun kedua Yoram anak kepada Yosafat, raja Yehuda; kerana Ahazia tidak ada anak.

18Selebihnya daripada riwayat Ahazia, apa yang dilakukannya, bukankah itu semua tertulis di dalam kitab sejarah raja-raja Israel?