1Pada hari-hari itu, Hizkia jatuh sakit sampai hampir mati. Dan nabi Yesaya anak kepada Amos datang kepadanya, dan berkata kepadanya, Beginilah firman TUHAN, Aturkanlah rumahmu; sebab kamu akan mati, dan tidak akan hidup.
2Kemudian Hizkia memalingkan mukanya ke arah dinding, lalu berdoa kepada TUHAN dengan berkata,
3Aku merayu kepadamu, ya TUHAN, ingatlah sekarang betapa aku telah menjalani hidup di hadapanmu dalam kebenaran dan dengan hati yang sempurna, dan telah melakukan apa yang baik di hadapan matamu. Dan Hizkia menangis dengan keras sekali.
4Dan terjadilah, sebelum Yesaya dapat keluar ke pelataran tengah, bahawa firman TUHAN datang kepadanya dengan berfirman,
5Pusing semula, dan beritahu Hizkia, ketua umatku, Beginilah firman TUHAN, Allah bapamu Daud, Aku telah mendengar doamu, aku telah melihat titisan air matamu: lihatlah, aku akan menyembuhkanmu: pada hari yang ketiga kamu akan naik ke rumah TUHAN.
6Dan aku akan menambah kepada hayatmu lima belas tahun; dan aku akan melepaskanmu dan kota ini daripada tangan raja Asyur; dan aku akan mempertahankan kota ini demi diriku sendiri, dan demi hambaku Daud.
7Lalu dikatakan Yesaya, Ambil satu ramasan buah ara. Dan mereka mengambilnya dan membubuhnya ke atas bisul itu, lalu dia dipulihkan.
8Dan Hizkia berkata kepada Yesaya, Apakah tanda bahawa TUHAN akan menyembuhku, dan bahawa aku akan pergi ke rumah TUHAN pada hari yang ketiga?
9Dan Yesaya berkata, Inilah tanda yang kamu akan dapat daripada TUHAN, bahawa TUHAN akan melaksanakan apa yang dia telah firmankan: Akankah bayang-bayang maju sepuluh darjah atau mundur sepuluh darjah?
10Dan Hizkia berjawab, Ia sesuatu perkara yang ringan bagi bayang-bayang memanjang sepuluh darjah: jangan sebegitu, tetapi biar bayang-bayang itu mundur sepuluh darjah.
11Dan nabi Yesaya berseru kepada TUHAN: dan dia membuat bayang-bayang itu mundur sepuluh darjah pada jam matahari Ahas.
12Pada waktu itu, Merodakhbaladan anak kepada Baladan, iaitu raja Babel, menghantar surat dan hadiah kepada Hizkiah: sebab dia telah mendengar bahawa Hizkia itu telah jatuh sakit.
13Dan Hizkia mendengarkan mereka, lalu menunjukkan mereka seluruh gedung harta berharganya, perak, dan emas, dan rempah-ratus, dan minyak yang berharga, dan seluruh gedung perlengkapan perisainya, dan segalanya yang terdapat dalam perbendaharaannya: tiada apa pun di rumahnya, dan di kawasan pemerintahannya, yang tidak ditunjukkan Hizkia kepada mereka.
14Kemudian datanglah nabi Yesaya kepada raja Hizkia, dan berkata kepadanya, Apa yang dikatakan orang-orang ini? dan dari mana mereka datang kepadamu? Dan Hizkia berkata, Mereka datang dari suatu negeri yang jauh, yakni dari Babel.
15Dan dia berkata, Apakah yang telah dilihat mereka di rumahmu? Dan Hizkia berjawab, Segalanya yang ada dalam rumahku telah dilihat mereka: tiada apa pun di antara perbendaharaanku yang tidak kutunjukkan kepada mereka.
16Dan Yesaya berkata kepada Hizkia, Dengarlah firman TUHAN.
17Lihatlah, harinya menjelang, bahawa segalanya yang ada di rumahmu, dan apa yang disimpan bapa-bapa leluhurmu sampai hari ini, akan dibawa ke Babel: tiada apa pun yang akan ditinggalkan, firman TUHAN.
18Dan daripada kalangan anak lelakimu yang akan datang daripadamu, yang akan diperanakkanmu, akan mereka ambil; dan akan dijadikan para sida di istana raja Babel.
19Kemudian Hizkia berkata kepada Yesaya, Bagus firman TUHAN yang telah kamu bicarakan itu. Dan dia berkata, Bukankah ia baik, jika damai sejahtera dan kebenaran kekal dalam hayatku?
20Riwayat Hizkia yang selebihnya, dan segala kekuatannya, dan bagaimana dia membuat suatu kolam, dan saluran air, dan mengalirkan air ke dalam kota, bukankah itu tertulis dalam buku tawarikh raja-raja Yehuda?
21Lalu Hizkia dibaringkan bersama bapa-bapa leluhurnya: dan Manasye, anaknya, bertakhta menggantikannya.