1Dan sekali lagi kemarahan TUHAN ternyala terhadap Israel, lalu Dia menggerakkan Daud menentang mereka dengan berkata, Pergilah, hitunglah Israel dan Yehuda.
2Sebab raja berkata kepada Yoab, panglima tentera yang berada dengannya: Pergilah sekarang melalui semua suku Israel, dari Dan sampai ke Bersyeba, dan hitunglah rakyat itu, supaya aku mengetahui bilangan rakyat.
3Lalu Yoab berkata kepada raja, Semoga Tuhan, Allahmu, menambah kepada bilangan rakyat itu seratus kali lipat, dan semoga mata tuanku raja melihatnya: tetapi mengapa tuanku raja berkenan melakukan hal ini?
4Namun titah raja itu menang terhadap Yoab dan para panglima tentera. Lalu Yoab dan para panglima tentera keluar dari hadapan raja untuk menghitung umat Israel.
5Mereka menyeberang Yordan dan berkhemah di Aroer, di sebelah kanan kota itu yang terletak di tengah-tengah sungai Gad, dan ke arah Yazer:
6Kemudian mereka sampai ke Gilead dan ke tanah Tahtimhodsi; mereka sampai ke Danjaan dan sekitar ke arah Sidon,
7Dan sampai ke kubu Tirus serta ke semua kota orang Hewi dan orang Kanaan; kemudian mereka pergi ke arah selatan Yehuda, bahkan ke Bersyeba.
8Maka setelah mereka berjalan mengelilingi seluruh tanah itu, mereka tiba di Yerusalem pada akhir sembilan bulan dua puluh hari.
9Lalu Yoab menyampaikan jumlah bilangan rakyat kepada raja: dan di Israel terdapat lapan ratus ribu lelaki perkasa yang menghunus pedang; dan orang Yehuda pula terdapat lima ratus ribu orang.
10Dan hati Daud terpegun sesudah dia menghitung umat itu. Dan Daud berkata kepada TUHAN, aku telah berdosa dengan sungguh besar dalam apa yang telah dilakukanku: dan sekarang, aku merayu kepadamu, ya TUHAN, buanglah kedurjanaan hambamu ini; sebab aku telah berbuat sungguh bebal.
11Sebab ketika Daud bangun pada waktu pagi, firman TUHAN datang kepada nabi Gad, iaitu pelihat Daud, dengan berkata,
12Pergilah dan berkata kepada Daud, Demikianlah firman TUHAN, aku menawar kepadamu tiga perkara; pilihlah salah satu daripadanya, supaya aku berbuat itu kepadamu.
13Maka Gad datang kepada DAud, dan memberitahunya, dan berkata kepadanya, Akankah tujuh tahun kemarau menimpam di kawasan tanahmu? atau akankah kamu melarikan diri tiga bulan di hadapan musuh-musuhmu, sementara mereka mengejarmu? atau akankah adanya tiga hari wabak di kawasan tanahmu? sekarang berilah nasihatmu dan lihatlah apa jawapan yang harus kusampai kepada dia yang telah mengutusku.
14Dan Daud berkata kepada Gad, aku berada di dalam keadaan yang sungguh suntuk: biarlah kita sekarang jatuh ke dalam tangan TUHAN; sebab belas kasihannya sungguh besar: dan biar aku tidak jatuh ke dalam tangan manusia.
15Maka TUHAN menyampaikan wabak kepada Israel dari waktu pagi sampai kepada waktu yang ditentukan: dan ada yang mati di kalangan umat dari Dan sampai ke Bersyeba, tujuh puluh ribu orang.
16Dan ketika malaikat itu menghulurkan tangannya ke atas Yerusalem untuk membinasakannya, TUHAN kesal akan celaka itu, dan berkata kepada malaikat yang membinasakan umat itu, Itu sudah cukup: hentikanlah tanganmu sekarang. Dan malaikat TUHAN berada di tempat pengirikan bijian Arauna, orang Yebus.
17Dan Daud berkata kepada TUHAN ketika ia melihat malaikat yang menyambar orang-orang itu, dan dia berkata: Lihatlah, aku telah berdosa, dan telah berbuat durjana; tetapi domba-domba ini, apa yang telah mereka perbuat? Baiklah tanganmu, aku mohon kepadamu, menentang diriku dan menentang rumah tangga ayahku.
18Lalu Gad datang kepada Daud pada hari itu dan berkata kepadanya, Naiklah, dirikanlah mazbah bagi Tuhan di laman gandum Arauna orang Yebus itu.
19Dan Daud, menurut kata-kata Gad, naiklah seperti yang diperintahkan TUHAN.
20Dan Arauna menjenguk, lalu melihat raja dan para hambanya datang ke arahnya: dan Arauna keluar dan sujud dengan mukanya ke tanah di hadapan raja.
21Lalu Arauna berkata, Mengapakah tuanku raja datang kepada hambanya ini? Dan Daud berkata, Untuk membeli lantai pengirikan ini daripadamu, supaya dapat mendirikan mazbah bagi TUHAN, supaya wabak itu ditahan daripada menimpa rakyat.
22Lalu Arauna berkata kepada Daud, Baiklah tuanku raja mengambilnya dan mempersembahkannya menurut apa yang dirasakannya baik: lihatlah, inilah lembu jantan untuk korban pembakaran, dan alat-alat lintasan serta perkakas lembu jantan lain untuk kayu bakar.
23Semua ini Arauna, seperti seorang raja, beri kepada raja. Dan Arauna berkata kepada raja, Semoga TUHAN, Allahmu, menerimamu.
24Dan raja berkata kepada Arauna, Tidak; tetapi aku akan pasti membeli itu daripadamu pada harga berpatutan: aku juga tidak akan mempersembahkan persembahan bakaran yang tidak dibiayaiku. Maka Daud membeli tempat pengirikan bijirin itu dengan lembu-lembunya pada harga lima puluh syikal perak.
25Dan Daud membina di sana sebuah mazbah kepada TUHAN, dan mempersembahkan persembahan bakaran dan persembahan damai. Maka TUHAN telah dirayukan bagi negeri itu, dan azab itu dihentikan daripada menimpa Israel.