1Penatua kepada yang sungguh dikasihi, Gayus, yang kukasihi dalam kebenaran.
2Hai yang terkasih, aku berhajat atas segalanya supaya kamu dapat makmur dan sihat-sihat, sama seperti jiwamu makmur.
3Sebab aku bersukacita dengan besar, ketika para saudara datang dan memberi kesaksian tentang kebenaran yang ada di dalammu, sementara kamu menjalani hidup dalam kebenaran.
4Aku tiada sukacita yang lebih besar daripada mendengar bahawa anak-anakku berjalan dalam kebenaran.
5Saudara yang dikasihi, kamu berbuat dengan setia barang apa yang kamu buat terhadap para saudara, dan kepada para orang asing;
6Yang telah bersaksi tentang belas ihsanmu di hadapan gereja: yang jika kamu membantu mereka dalam perjalanan mereka menurut cara yang salih, kamu berbuat baik:
7Kerana demi namanya mereka maju, dengan tidak mengambil apa pun daripada orang bukan Yahudi.
8Maka kita harus menerima orang sedemikian, supaya kita dapat menjadi pembantu sebaya kepada kebenaran.
9Aku telah menulis kepada gereja: tetapi Diotrefes, yang suka untuk memiliki tempat keutamaan di kalangan mereka, tidak menerima kami.
10Oleh sebab itu, jika aku datang, aku akan mengingati perbuatan-perbuatannya yang telah dilakukannya, sementara mengoceh terhadap kami dengan kata-kata yang berniat jahat: dan tidak berpuas hati dengan itu, dan dia sendiri juga tidak menyambut para saudara, dan melarang orang yang rela, lalu membuang keluar mereka dari gereja.
11Saudara sekalian yang dikasihi, jangan mengikuti apa yang jahat, tetapi apa yang baik. Dia yang berbuat baik adalah daripada Allah: tetapi dia yang berbuat jahat tidak pernah melihat Allah.
12Demetrius ada laporan yang baik daripada semua orang, dan kebenaran sendiri pun menyatakannya: ya, dan kami juga bersaksi demikian; dan kalian tahu bahawa kesaksian kami benar.
13Aku ada banyak perkara untuk ditulis, tetapi aku tidak akan menulis kepadamu dengan dakwat dan pena.
14Tetapi aku percaya aku akan tidak lama lagi melihatmu, dan kita akan berbicara bersemuka. Damai sejahtera menyertaimu. Sahabat-sahabat kita menyampaikan salam kepadamu. Kirim salam kepada sahabat-sahabat di sana dengan menyebut nama masing-masing.