Kisah 18

Acts 18

1Selepas semua itu Paulus bertolak dari Atena, dan tiba di Korintus;

2Lalu menemui seorang Yahudi yang bernama Akwila, yang dilahirkan di Pontus, dan yang baru datang dari Itali, dengan isterinya Priskila; (kerana Klaudius telah memerintahkan supaya semua orang Yahudi meninggalkan Rom:) dan dia mendekati mereka.

3Dan oleh sebab Paulus ada kemahiran yang sama, dia berdiam bersama mereka, dan bekerja: sebab bidang pekerjaan mereka ialah tukang khemah.

4Dan dia berhujahan di saumaah setiap hari sabat, dan meyakinkan orang Yahudi dan orang bukan Yahudi.

5Dan ketika Silas dan Timotius datang dari Makedonia, Paulus tertekan dalam roh, lalu bersaksi kepada orang Yahudi bahawa Yesus ialah Kristus.

6Dan ketika mereka menentang diri mereka sendiri, dan berkufur, Paulus mengebas pakaiannya, dan berkata kepada mereka, Darah kalian kalian tanggung di atas kepala kalian sendiri; Aku bersih: mulai sekarang aku akan pergi ke orang bukan Yahudi.

7Dan dia berangkat dari sana, dan memasuki ke rumah salah seorang yang bernama Yustus, seorang yang bersembahyang kepada Allah, yang rumah tangganya keras menyertai saumaah.

8Dan Krispus, ketua agung saumaah itu, percaya kepada Tuhan dengan seisi rumahnya; dan banyak orang Korintus setelah mendengar percaya, dan telah dibaptis.

9Kemudian berfirmanlah Tuhan kepada Paulus pada waktu malam dalam suatu penglihatan, Jangan takut, tetapi berbicaralah, dan jangan menahan bersuara:

10Sebab aku ada bersamamu, dan tidak seorang pun yang akan berusaha terhadapmu untuk melukakanmu: sebab umatku banyak di kota ini.

11Dan dia berlanjut di sana untuk setahun dan enam bulan, mengajarkan firman Allah di kalangan mereka.

12Dan pada waktu Galio merupakan pemangku Akhaya, orang Yahudi membangkitkan pemberontakan dengan semuafakat terhadap Paulus, dan membawanya ke takhta penghakiman,

13Dengan berkata, Orang ini meyakinkan orang untuk bersembahyang kepada Allah bercanggahan dengan hukum.

14Dan ketika Paulus sekarang hendak membuka mulutnya untuk bersuara, Galio berkata kepada orang Yahudi, Jika itu perkara akan kesalahan atau kegasangan yang durjana, Hai orang Yahudi sekalian, maka kewarasan akan menjadikku menerima perkara kalian:

15Tetapi jika perkaramu itu harus dibicarakan akan soal kata-kata, nama-nama, dan hukum kalian, maka bicaralah itu di kalangan kalian sendiri; sebab aku tidak akan menjadi hakim akan perkara-perkara demikian.

16Dan dia menghalau mereka dari takhta penghakiman itu.

17Kemudian semua orang Yunani mengambil Sostenes, iaitu ketua saumaah itu, dan memukulnya di hadapan takhta penghakiman itu. Dan Galio tidak peduli akan mana-mana hal itu.

18Dan Paulus sesudah itu berdiam di sana lamanya juga, dan kemudian meminta diri daripada saudara-saudara, dan berlayar dari situ ke Siria, dan yang menyertainya ialah Priskila dan Akwila; Paulus telah mencukur rambutnya di Kengkrea: kerana dia telah bernazar.

19Dan dia masuk ke Efesus, dan meninggalkan mereka di sana: tetapi dia sendiri memasuki saumaah, dan berhujah bersama orang Yahudi.

20Ketika mereka mengharapkannya untuk tinggal lebih lama bersama mereka, dia tidak izin;

21Namun meminta diri, dengan berkata, Aku harus sedaya upaya mengamalkan pesta yang menjelang di Yerusalem: tetapi aku akan kembali semula kepada kalian, jika Allah menghendakinya. Dan Paulus berlayar dari Efesus.

22Dan sesudah dia mendarat di Kaisarea, dan telah naik, dan bersalaman dengan gereja, dia pula pergi ke Antiokhia.

23Dan sesudah dia meluangkan sesetengah masa di situ, dia bertolak, dan pergi menerusi seluruh negara Galatia dan Frigia menurut turutannya, sambil menguatkan semua murid.

24Dan salah seorang Yahudi yang bernama Apolos, yang dilahirkan di Aleksandria, iaitu seorang yang petah lidah, dan kuat dalam kitab-kitab, datang ke Efesus.

25Orang ini telah menerima arahan dalam jalan Tuhan; dan sedang kala membara dalam roh, dia berbicara dan mengajar dengan tekun hal-hal Tuhan, dengan hanya tahu pembaptisan Yohanes.

26Dan dia mula berbicara dengan berani di saumaah: yang setelah Akwila dan Priskila mendengarnya, mereka membawanya, dan menjelaskan kepadanya jalan Allah dengan lebih sempurna.

27Dan ketika dia terdorong untuk menyeberang ke Akhaya, para saudara mengirim surat, dan menggesa para murid di sana untuk menyambutnya: yang, setelah dia sampai, telah banyak membantu mereka yang sudah percaya oleh rahmat:

28Sebab dia dengan sungguh kuat meyakinkan orang Yahudi, dan itu pun di khalayak ramai, dengan menunjukkan daripada kitab-kitab bahawa Yesus ialah Kristus.