1Hai lelaki, saudara sekalian, dan bapa-bapa, kalian dengarlah pembelaanku yang sekarang kunyatakan kepada kalian.
2(Dan ketika mereka mendengar bahawa dia berbicara dalam bahasa Ibrani kepada mereka, mereka lagi berdiam: dan dia berkata,)
3Aku sesungguhnya merupakan orang Yahudi, dilahir di Tarsus, suatu kota di Kilikia, namun dibesarkan di kota ini di bawah pimpinan Gamaliel, dan mengajar menurut jalan sempurna hukum bapa-bapa leluhur, dan berghairah terhadap Allah, seperti kamu sekalian pada hari ini.
4Dan aku telah menganiaya fahaman ini sampai kepada hukuman mati, mengikat dan menyerah ke dalam penjara kedua-dua lelaki dan perempuan.
5Seperti juga imam besar dapat bersaksi bagiku, dan semua yang berpangkat penatua: dari antara mereka juga aku telah menerima surat-surat kepada saudara-saudara, lalu berangkat ke Damsyik, untuk membawa orang yang berada di sana ke Yerusalem, untuk dihukum.
6Dan ia terjadi, bahawa, sementara aku berada dalam perjalanan, dan sudah mendekati Damsyik di sekitar tengah hari, tiba-tiba ada bersinar dari syurga suatu cahaya besar di sekelilingku.
7Dan aku jatuh ke tanah, lalu mendengar suatu suara berkata kepadaku, Saulus, Saulus, mengapakah kamu menganiayaku?
8Dan aku berjawab, Siapakah engkau, Tuhan? Dan dia berkata kepadaku, Akulah Yesus dari Nazaret, yang kamu aniaya itu.
9Dan mereka yang ada bersamaku memang nampak cahaya itu, dan takut; tetapi mereka tidak mendengar suara orang yang berbicara kepadaku.
10Dan aku berkata, Apakah yang harus kubuat, Tuhan? Dan Tuhan berkata kepadaku, Bangkit, dan pergi ke Damsyik; dan di situ akan diberitahu kepadamu semua yang ditentukan untuk dilakukanmu.
11Dan ketika aku tidak dapat melihat akibat kemuliaan cahaya itu, sementara dipimpin dengan tangan oleh mereka yang ada bersamaku, aku sampai ke Damsyik.
12Dan seorang yang bernama Ananias, seorang yang alim menurut hukum, dan yang mempunyai laporan yang baik daripada semua orang Yahudi yang berdiam di sana,
13Datang kepadaku, dan berdiri dan berkata kepadaku, Saudara Saul, terimalah deria penglihatanmu. Dan pada waktu yang sama itu aku menatapinya.
14Dan dia berkata, Allah bapa-bapa leluhur kita telah memilihmu, bahawa kamu harus mengenal kehendaknya, dan melihat Yang Benar itu, dan harus mendengar suara mulutnya.
15Sebab kamu akan enjadi saksinya kepada semua manusia tentang apa yang telah kamu lihat dan dengar.
16Dan sekarang mengapakah kamu berlengah-lengah? bangun, dan pergi dibaptis, dan basuhlah dosa-dosamu, sambil menyeru nama Tuhan.
17Dan terjadilah, bahawa, ketika aku kembali ke Yerusalem, bahkan pada waktu aku berdoa di bait suci, aku berada dalam keadaan rasuk;
18Lalu nampak dia yang berkata kepadaku, Bergegaslah, dan lekas keluar dari Yerusalem: sebab mereka tidak akan menerima kesaksianmu berkenaanku.
19Dan aku berkata, Tuhan, mereka tahu bahawa aku telah memenjara dan memukul di setiap saumaah orang yang percaya kepadamu:
20Dan ketika darah martirmu, Stefanus, ditumpahkan, aku juga berdiri di sebelah, dan mengizinkan kematiannya, dan menjaga pakaian mereka yang pergi membunuhnya.
21Dan dia berkata kepadaku, Pergilah: sebab aku akan mengutusmu jauh dari sini kepada orang bukan Yahudi.
22Dan mereka mendengar Paulus sampai kepada perkataan itu, dan kemudian mengangkat suara mereka, dan berkata, Nyahkan orang yang demikian daripada bumi: sebab ia tidak sesuai supaya dia hidup.
23Dan ketika mereka berteriak, dan melemparkan jubah mereka, dan menghamburkan debu ke udara,
24Ketua kepala memerintahkan supaya Paulus dibawa ke kastil, dan menyuruh supaya dia disiasat dengan sesahan; supaya dia dapat tahu mengapa mereka berteriak demikian kepadanya.
25Dan sementara dibelenggukan dengan kulit binatang, Paulus berkata kepada pewira yang berdiri bersebelahan, Adakah ia mematuhi undang-undang untuk kamu menyesah orang yang berwarganegara Rom, dan yang tidak disabitkan kesalahan?
26Ketika pewira mendengar itu, dia pergi dan memberitahu ketua kepala, dengan berkata, Berjaga-jaga apa yang kamu buat: sebab orang ini warganegara Rom.
27Kemudian ketua kepala datang, dan berkata kepada Paulus, Beritahulah aku, adakah kamu warganegara Rom? Dia berkata, Ya.
28Dan ketua kepala berjawab, Dengan harga yang sungguh besar kuperoleh kemerdekaan ini. Dan Paulus berkata, Tetapi aku mendapat kemerdekaan itu melalui kelahiran.
29Kemudian dengan serta-merta mereka undur daripada Paulus yang sudah akan disiasat: dan ketua kepala itu juga takut, selepas dia dapat tahu bahawa Paulus merupakan warganegara Rom, dan kerana dia telah mengikat Paulus.
30Pada keesokan harinya, oleh sebab ketua kepala mahu mengetahui dengan teliti mengapa Paulus dituduh orang Yahudi, dia melepaskan Paulus daripada belenggunya, dan memerintahkan supaya para ketua imam dan seluruh majlis mereka menampil diri, lalu membawa Paulus dan menghadapkannya kepada mereka.