Kisah 24

Acts 24

1Dan sesudah lima hari, imam besar Ananias turun bersama-sama para penatua, dan dengan seorang pembicara yang bernama Tertulus yang telah menyampaikan kepada gabenor dakwaan terhadap Paulus.

2Dan ketika dia dipanggil tampil, Tertulus mula mendakwa Paulus, dengan berkata, Memandangkan olehmu kami menikmati ketenteraman besar, dan banyak perbuatan mulia telah dilakukan kepada bangsa ini oleh penyediaanmu,

3Kami sambut itu selalu, dan di semua tempat, ya yang paling mulia Feliks, dengan sangat berterima kasih.

4Walau bagaimanapun, supaya aku tidak lebih lanjut membebankanmu, aku mohon kepadamu supaya oleh kemurahanmu kamu dapat mendengar sepatah dua kata kami.

5Sebab kami telah mendapati orang ini seorang pengacau, dan seorang penggerak hasutan di antara semua orang Yahudi di seluruh dunia, dan ketua mazhab orang Nazaret itu.

6Yang juga telah ke merata-rata untuk mencabuli bait suci: dia yang kita ambil, dan sudah akan menghakimi menuruti hukum kami.

7Tetapi ketua pasukan Lisias datang kepada kami, dan dengan keganasan besar merebut dia dari tangan kami,

8Sambil mengarah pendakwanya untuk datang kepadamu: yang kamu dengan menyelidiki dia dapat sendiri tahu akan hal-hal ini, iaitu apa yang didakwa kami berkenaan dia.

9Dan para orang Yahudi turut menyokong, dengan berkata bahawa hal-hal itu adalah demikian.

10Kemudian Paulus, sesudah gabenor memberi isyarat kepadanya untuk berbicara, menjawab, Sebanyak semana aku tahu bahawa kamu telah menjadi hakim untuk banyak tahun kepada bangsa ini, aku lebih ceria untuk menjawab membela diriku sendiri:

11Oleh sebab kamu dapat memahami, bahawa belum capainya dua belas hari sejak aku naik ke Yerusalem untuk bersembahyang.

12Dan mereka tidak mendapatiku di dalam bait suci bertikaian dengan mana-mana orang, dan juga tidak membangkitkan umat itu, dan juga tidak di saumaah-saumaah, dan tidak di luar kota:

13Dan juga mereka tidak dapat membuktikan hal yang sekarang didakwakan mereka terhadap diriku.

14Tetapi inilah yang diakuiku kepadamu, iaitu bagi jalan yang mereka panggil sebagai fahaman sesat, demikianlah aku bersembahyang kepada Allah bapa-bapa leluhurku, sementara percaya segalanya yang tertulis dalam hukum dan para nabi:

15Dan ada harapan terhadap Allah, yang mereka juga membenarkan, bahawa akan adanya kebangkitan orang mati, kedua-dua orang yang benar dan yang tidak benar.

16Dan di dalam inilah aku menggiatkan diriku, untuk selalu ada hati nurani yang kekosongan kesalahan terhadap Allah, dan terhadap manusia.

17Dalam pada itu, sesudah lalunya banyak tahun aku datang untuk membawa sedekah kepada bangsaku, dan persembahan.

18Yang di tengah-tengah perlaksanaan itu, beberapa orang Yahudi dari Asia mendapati aku dalam keadaan suci di bait suci, baik dengan banyak orang mahupun dengan rusuhan pun tidak.

19Orang-orang itulah yang patut berada di sini menghadapmu, dan membawa bantahan mereka, jika mereka berperkara dengan aku.

20Kalau tidak biarlah orang-orang di sini pun berbicara, jika mereka telah mendapati apa-apa perbuatan jahat di dalam diriku, sementara aku berdiri di hadapan majlis,

21Kecuali perkaranya mungkin suara ini sahaja, bahawa aku telah berseru ketika berdiri di kalangan mereka, Berkenaan kebangkitan dari antara orang mati, aku sedang dipanggil untuk dibicarakan kalian pada hari ini.

22Dan sesudah Feliks mendengar hal-hal itu, sementara ada pengetahuan yang lebih sempurna akan fahaman itu, dia menangguhkan mereka, dan berkata, Ketika Lisias ketua pasukan turun ke sini, aku akan tahu segalanya akan perkara kalian.

23Dan Feliks menyuruh seorang askar pewira untuk menjaga Paulus, dan untuk membiarkan Paulus bebas, dan supaya dia tidak harus melarang mana-mana sahabat Paulus untuk melayani atau menziarahinya.

24Dan setelah beberapa hari, ketika Feliks datang dengan isterinya Drusila, yang merupakan perempuan Yahudi, dia memanggil untuk Paulus, dan mendengarnya tentang iman Kristus.

25Dan sementara dia berhujah tentang kewajaran, penguasaan diri, dan penghakiman yang akan datang, Feliks bergementar, dan menjawab, Pergilah menurut jalanmu buat masa kini; pada waktu adanya kesempatan yang pantas kelak, aku akan memanggilmu.

26Feliks juga berharap supaya wang akan diberi Paulus kepadanya, supaya dia dapat melepaskan Paulus: lantaran itu, dia kerap memanggil Paulus supaya dapat bersekutu dengannya.

27Tetapi sesudah dua tahun berlalu, Perkius Festus datang ke bilik Feliks: dan Feliks, sementara rela untuk menunjukkan orang Yahudi sesuatu yang menyenangkan, meninggalkan Paulus terbelenggu.