Kisah 26

Acts 26

1Kemudian Agripa berkata kepada Paulus, Kamu diberi izin untuk berbicara membela dirimu. Kemudian Paulus mengacung tangannya, dan berjawab membela dirinya:

2Aku menganggap diriku berbahagia, ya raja Agripa, kerana aku akan menjawab membela diriku pada hari ini di hadapanmu berkenaan segalanya yang didakwa orang Yahudi terhadapku:

3Terutamanya kerana aku mengenalmu sebagai pakar di dalam segala adat istiadat dan persoalan yang ada di kalangan orang Yahudi: lantaran itu, aku merayu kepadamu untuk mendengarku dengan sabar.

4Ragam hidupku dari waktu umur mudaku, yang pertama-tama berada di kalangan bangsaku sendiri di Yerusalem, dikenali semua orang Yahudi;

5Yang mengenalku dari permulaannya, jika mereka bersaksi, bahawa menuruti mazhab yang paling keras agama kami, aku telah hidup sebagai orang Farisi.

6Dan sekarang aku berdiri dan dihakimi bagi harapan janji yang dibuat Allah kepada bapa-bapa leluhurku:

7Janji yang dua belas suku kaum kami, yang berdesak siang malam melayani Allah, harap untuk capai. Demi harapan itu, ya raja Agripa, aku didakwa orang Yahudi.

8Mengapakah ia patut dianggap dirimu sesuatu yang mustahil, bahawa Allah membangkitkan orang mati?

9Aku sesungguhnya memikir sendiri, bahawa aku harus berbuat banyak perkara yang bercanggahan dengan nama Yesus dari Nazaret.

10Itulah yang turut dilakukanku di Yerusalem: dan banyak orang kudus dipenjarakanku, sementara telah menerima kuasa daripada para ketua imam; dan ketika mereka dihukum mati, aku menyuarakan sokonganku menentang mereka.

11Dan aku menghukum mereka kerap kali di setiap saumaah, dan memaksa mereka untuk berbuat kufur; dan sementara teramat marah terhadap mereka, aku menganiaya mereka sampai ke kota-kota yang asing pun.

12Dalam kegiatan itu sementara aku ke Damsyik dengan kuasa dan amanat daripada para ketua imam,

13Pada waktu tengah hari, ya Raja, aku nampak di tengah-tengah perjalanan suatu cahaya dari syurga mengatasi kecerahan matahari, yang bersinar di sekelilingku dan mereka yang berjalan denganku.

14Dan ketika kami semua jatuh ke tanah, aku mendengar suara yang berbicara kepadaku, dan berkata di dalam bahasa Ibrani, Saulus, Saulus, mengapakah kamu menganiayaku? ia sukar bagimu untuk menendang tusuk-tusuk.

15Dan aku berkata, Siapakah engkau, Tuhan? Dan dia berkata, Akulah Yesus yang sedang dianiayamu.

16Tetapi bangunlah dan berdirilah di atas kakimu: sebab aku telah memperlihatkan diriku kepadamu untuk tujuan ini, untuk menjadikanmu seorang pelayan dan seorang saksi bagi kedua-duanya ini iaitu apa yang telah kamu lihat dan apa yang nanti aku akan memperlihatkan diri kepadamu;

17Untuk melepaskanmu daripada umat itu, dan daripada orang bukan Yahudi, yang kepada mereka aku sekarang mengutusmu,

18Untuk mencelikkan mata mereka, dan untuk memalingkan mereka daripada kegelapan kepada cahaya, dan daripada kuasa Syaitan kepada Allah, supaya mereka dapat menerima pengampunan dosa-dosa, dan menerima warisan di kalangan mereka yang telah dikuduskan oleh iman yang adalah terhadap diriku.

19Bagi itu, ya raja Agripa, aku tidak derhaka kepada penglihatan syurgawi itu:

20Tetapi pertama-tama menunjukkan diriku kepada orang di Damsyik, dan di Yerusalem, dan menerusi seluruh persisiran Yudea, dan kemudian kepada orang bukan Yahudi, supaya mereka bertaubat dan berpaling kepada Allah, dan melakukan perbuatan yang sesuai dengan pertaubatan.

21Bagi sebab-sebab itu orang Yahudi menangkap diriku di bait suci, dan berusaha untuk membunuhku.

22Maka dengan perolehan bantuan daripada Allah, aku berterusan sampai hari ini, untuk bersaksi kepada kedua-dua orang kecil dan orang besar, sementara tidak menyatakan apa pun kecuali hal-hal yang dinyatakan para nabi dan Musa akan datang:

23Bahawa Kristus akan menderita, dan bahawa dia yang patut menjadi pertama untuk bangkit dari orang mati, dan patut menunjukkan cahaya kepada umat dan kepada orang bukan Yahudi.

24Dan sementara dia berbicara demikian untuk membela diri, Festus berkata dengan suara yang kuat, Paulus, kamu tidak waras lagi; banyak belajar sudah menjadikanmu gila.

25Tetapi Paulus berkata, Aku bukan gila, ya Festus yang paling mulia; tetapi sedang berbicara kata-kata kebenaran dan keseriusan.

26Sebab raja sendiri tahu hal-hal tersebut, yang sementara di hadapannya aku juga bebas berbicara: sebab aku yakin bahawa tiada apa pun perkara ini disembunyikan dari dia; sebab hal=hal ini tidak dilakukan di tempat rahsia.

27Ya Raja Agripa, percayakah kamu para nabi? Aku tahu bahawa kamu percaya.

28Kemudian Agripa berkata kepada Paulus, Kamu hampir sudah meyakinkanku menjadi Kristian.

29Dan Paulus berkata, Aku harap kepada Allah, bahawa bukan kamu sahaja tetapi juga semua yang mendengarku pada hari ini, akan kedua-duanya hampir dan sama sekali sama seperti diriku, kecuali belenggu ini.

30Dan sesudah dia berbicara demikian, bangkitlah raja, dan gabenor, dan Bernike, dan orang-orang yang duduk bersama mereka:

31Dan sesudah mereka pergi ke tepi, mereka berbicara di antara satu sama lain, dengan berkata, Orang ini tidak melakukan apa pun yang layak untuk hukuman mati atau hukuman belenggu.

32Kemudian Agripa berkata kepada Festus, Orang ini mungkin sudah dapat dibebaskan, sekiranya dia tidak merayu kepada Kaisar.