Kisah 28

Acts 28

1Dan sesudah mereka terlepas, barulah mereka mengenal bahawa pulau itu dipanggil Melita.

2Dan orang yang kebarbaran menunjukkan kami kemurahan yang bukan sedikit sahaja: mereka menyalakan api, dan menyambut kami setiap orang, kerana hujan yang semasa itu, dan kerana kesejukan itu.

3Dan setelah Paulus mengumpulkan seberkas ranting-ranting, dan meletakkannya di atas api, ada pula seekor ular beludak yang keluar daripada kepanasan itu dan menggigit kuat pada tangannya.

4Dan ketika orang barbar nampak binatang yang beracun tergantung pada tangannya, mereka berkata di kalangan mereka sendiri, Sudah tentulah orang ini seorang pembunuh yang walaupun terlepas dari laut, namun pembalasan tidak mengizinkannya hidup.

5Dan Paulus mengibaskan binatang itu ke dalam api, dan tidak merasa apa-apa derita.

6Namun mereka memandang-mandang saat dia sudah patut bengkak, atau rebah mati dengan tiba-tiba: tetapi sesudah lama mereka memandang, dan tidak nampak apa pun derita mendatanginya, mereka mengubahkan fikiran mereka, lalu berkata bahawa ia seorang allah.

7Di kawasan yang sama itu adanya tanah milik orang penghulu pulau itu, yang namanya Publius; yang telah menyambut kami, dan menumpangkan kami untuk tiga hari dengan ramah.

8Dan terjadilah, bahawa ayah Publius terbaring sakit kerana demam dan kerana cirit-birit berdarah: yang kepadanya Paulus memasuki kawasannya, dan berdoa, lalu menumpangkan tangannya ke atas dia dan menyembuhkannya.

9Maka ketika itu dilakukan, orang lain juga, yang ada penyakit di pulau itu, datang, dan disembuhkan:

10Yang juga telah menghormati kami dengan banyak kehormatan; dan ketika kami bertolak, mereka mengisi keperluan kami dengan barang-barang yang diperlukan.

11Dan selepas tiga bulan kami bertolak dalam sebuah kapal dari Aleksandria, yang telah berlabuh selama musim sejuk di pulau itu, dan yang memakai lambang Kastor dan Poluks.

12Dan sesudah singgah di Sirakusa, kami tinggal di situ untuk tiga hari.

13Dan dari tempat itu kami memakai kompas, lalu sampai ke Regium: dan selepas sehari angin selatan meniup, dan kami sampai pada hari kemudian ke Putioli:

14Iaitu tempat yang kami menemui saudara-saudara, dan diharapkan untuk tinggal bersama mereka untuk tujuh hari: dan sesudah itu kami pergi menuju ke Roma.

15Dan dari sana, ketika saudara-saudara mendengar akan kami, mereka datang untuk bertemu dengan kami dari sejauh Forum Apius, dan sejauh Tiga Tavern: yang ketika Paulus nampak, dia bersyukur kepada Allah, dan bertabah hati.

16Dan ketika kami tiba di Rom, seorang pewira menyerahkan semua orang penjara kepada ketua penjaga: tetapi Paulus pula dibenarkan untuk berdiam berseorangan dengan seorang askar yang mengawalnya.

17Dan terjadilah, bahawa sesudah tiga hari berlalu, Paulus memanggil ketua-ketua orang Yahudi bersama: dan sesudah mereka berkumpul bersama, dia berkata kepada mereka, Hai lelaki dan saudara sekalian, walaupun aku tidak berbuat apa-apa terhadap bangsa, atau terhadap budaya-budaya bapa-bapa leluhur kita, namun aku diserahkan sebagai seorang terpenjara dari Yerusalem ke dalam tangan orang Rom.

18Yang, sesudah mereka menyiasatku, harus melepaskanku, kerana tiada sebab yang menyebabkan maut di dalamku.

19Tetapi ketika orang Yahudi berbicara menentangnya, aku terpaksa merayu kepada Kaisar; bukan kerana aku ada sesuatu untuk menentang bangsaku sendiri.

20Maka bagi sebab itu telah aku memanggil kalian, untuk melihat kalian, dan untuk berbicara dengan kalian: kerana bagi harapan Israel itu aku telah diikat dengan belenggu ini.

21Dan mereka berkata kepadanya, Kami tidak menerima surat dari Yudea berkenaanmu dan juga tidak ada mana-mana saudara yang datang menunjukkan atau berbicara buruk tentangmu.

22Tetapi kami ingin mendengar daripadamu apa fikiranmu: sebab berkenaan mazhab ini, kami tahu bahawa di mana-mana pun ia ditentang.

23Dan sesudah mereka menentukan suatu hari, banyak yang datang ke kediamannya; yang kepada mereka Paulus membentang dan memberi saksi akan kerajaan Allah, meyakinkan mereka berkenaan Yesus, dari kedua-dua hukum Musa dan nabi-nabi, dari pagi sampai petang.

24Dan sesetengah percaya akan hal yang dibicarakan, dan sesetengah pula tidak.

25Dan apabila mereka tidak dapat bersetuju antara satu sama lain, mereka beredar selepas Paulus kata sepatah, Benar cakap Roh Kudus melalui Yesaya, nabi itu, kepada bapa-bapa leluhur kita,

26Dengan berkata, Pergilah kepada bangsa ini, dan berkata, Walaupun mendengar kalian akan mendengar dan tidak faham; dan walaupun melihat kalian akan melihat dan tidak dapat menanggap:

27Sebab hati bangsa ini semakin menebal, dan telinga mereka lemah mendengar, dan mata mereka sudah mereka tutup; supaya jangan mereka melihat dengan mata mereka, dan mendengar dengan telinga mereka, dan memahami dengan hati mereka, dan akan diubahkan, dan aku menyembuhkan mereka.

28Maka biarlah ia diketahui kalian, bahawa keselamatan Allah telah disampaikan kepada orang bukan Yahudi, dan bahawa mereka akan mendengarnya.

29Dan sesudah dia mengucap kata-kata itu, orang Yahudi berpisah, dan ada pertikaian besar di kalangan mereka.

30Paulus berdiam dua tahun penuh di rumah sewanya sendiri, dan menyambut semua yang datang kepadanya,

31Sambil mengkhutbahkan kerajaan Allah, dan mengajar hal-hal itu yang berkaitan dengan Tuhan Yesus Kristus, dengan segala keyakinan, dan dengan tiada sebarang orang yang melarangnya.