Kisah 4

Acts 4

1Dan ketika mereka sedang berbicara kepada orang Yahudi, para imam, dan ketua bait suci, dan para orang Saduki, mendatangi mereka,

2Sementara tidak senang hati bahawa mereka mengajar orang Yahudi, dan mengajar melalui Yesus kebangkitan daripada kematian.

3Dan mereka menangkap Petrus dan Yohanes, dan menahan mereka sampai keesokan harinya: sebab sekarang waktunya sudah senja.

4Walau bagaimanapun, kebanyakan orang yang telah mendengar firman itu beroleh percaya; dan bilangan orang lelaki adalah di sekitar lima ribu.

5Dan terjadilah pada keesokan harinya, bahawa para pemerintah, dan penatua, dan juru tulis mereka,

6Dan Hanas imam besar, dan Kayafas, dan Yohanes, dan Aleksander, dan sebanyak semana saudara mara imam besar, telah berkumpul bersama di Yerusalem.

7Dan setelah menempatkan Petrus dan Yohanes di tengah-tengah, mereka telah bertanya, Oleh kuasa apa, atau oleh nama apa, telah kalian melakukan ini?

8Kemudian Petrus, yang penuh dengan Roh Kudus, berkata kepada mereka, Hai sekalian pemerintah orang Yahudi, dan para penatua Israel,

9Jika kami pada hari ini disiasat bagi perbuatan baik yang telah dilakukan kepada orang yang tidak berkemampuan itu, oleh cara apa yang dia telah disembuhkan;

10Biar ia difahamkan kepada kamu semua, dan kepada semua orang Israel, bahawa oleh nama Yesus Kristus dari Nazaret, yang kalian telah salibkan, yang Allah telah bangkitkan daripada kematian, oleh dia itulah orang ini berdiri di hadapan kalian dengan sihat sempurna.

11Inilah batu yang para pembina anggap kekosongan nilai itu, yang sudah menjadi kepala batu penjuru.

12Dan juga tiada keselamatan di dalam sesiapa yang lain: sebab tiada nama lain di bawah langit yang diberikan kepada manusia yang melaluinya kita dapat diselamatkan.

13Dalam pada itu, ketika mereka nampak ketabahan Petrus dan Yohanes, dan menanggap bahawa mereka merupakan orang yang tidak terpelajar dan yang jahil, mereka tertakjub; dan mereka beroleh tahu akan kedua-duanya, bahawa mereka pernah berada bersama Yesus.

14Dan sementara melihat orang yang telah disembuhkan berdiri bersama Petrus dan Yohanes, mereka tidak dapat berkata apa pun untuk menentangnya.

15Tetapi sesudah mereka memerintahkan Petrus dan Yohanes untuk keluar daripada ruang sidang, mereka berunding antara diri mereka sendiri,

16Dengan berkata, Apakah yang harus dibuat terhadap orang-orang ini? sebab memang suatu mukjizat yang ketara dilakukan mereka dinyatakan kepada semua yang berdiam di Yerusalem; dan kita tidak dapat menafikannya.

17Tetapi supaya ia tidak disebarkan lagi di kalangan orang, biar kita dengan tegas mengugut mereka, supaya mereka mulai sekarang tidak berkata-kata kepada sesiapa pun dalam nama ini.

18Dan mereka memanggil Petrus dan Yohanes, dan memerintahkan mereka supaya langsung tidak berkata-kata atau mengajar dalam nama Yesus.

19Tetapi Petrus dan Yohanes menjawab dan berkata kepada mereka, Sama ada ia betul di pandangan Allah untuk mengendahkan kalian melebihi Allah ataupun tidak, kalian sendiri buat penghakiman.

20Sebab kami tidak boleh berbuat apa-apa kecuali untuk berkata-kata apa yang kami telah nampak dan telah dengar.

21Maka sesudah sidang majlis itu lebih lanjut mengugut mereka, mereka melepaskan Yohanes dan Petrus, sementara tidak menemui apa pun yang dapat dipakai untuk menghukum mereka, kerana orang ramai: sebab semua orang memuliakan Allah bagi apa yang telah dilakukan itu.

22Sebab lelaki itu berumur lebih empat puluh tahun, iaitu dia yang telah mukjizat kesembuhan itu ditunjukkan.

23Dan setelah dilepaskan, mereka pergi ke teman-teman mereka sendiri, dan melaporkan segala yang ketua-ketua imam dan para penatua telah berkata kepada mereka.

24Dan ketika teman-teman mereka mendengar khabar itu, mereka mengangkat suara mereka kepada Allah dengan semuafakat, dan berkata, Tuhan, engkau Allah, yang telah menjadikan syurga, dan bumi, dan lautan, dan segala yang sedang ada di dalamnya:

25Yang melalui mulut hambamu Daud telah berkata, Mengapakah orang pagan meradang, dan bangsa itu membayangkan apa yang sia-sia?

26Raja-raja di bumi bangkit, dan para pemerintah berkumpul bersama-sama untuk menentang Tuhan, dan menentang Kristusnya.

27Sebab sungguh benar, untuk menentang anak kudusmu Yesus, yang telah engkau urapi, kedua-dua Herod dan Pontius Pilatus, dengan orang bukan Yahudi, dan orang Israel, telah berkumpul bersama-sama,

28Untuk melaksanakan barang apa tanganmu dan nasihatmu yang telah ditentukan dari dahulu untuk dilaksanakan.

29Dan sekarang, ya Tuhan, lihatlah ugutan-ugutan mereka: dan berilah kepada hamba-hambamu, supaya dengan segala keberanian hamba-hambamu dapat membicarakan firmanmu,

30Dengan menghulurkan tanganmu untuk menyembuh; dan supaya tanda-tanda dan keajaiban-keajaiban dapat dibuat oleh nama anak kudusmu, Yesus.

31Dan sesudah mereka berdoa, tempat yang mereka berhimpun itu tergoncang; dan mereka dipenuhi Roh Kudus, dan mereka membicarakan firman Allah dengan keberanian.

32Dan mereka yang berbilangan besar yang percaya itu sehati sejiwa: juga tidak seorang pun di kalangan mereka berkata bahawa apa jua yang dimilikinya ialah kepunyaannya; tetapi mereka memiliki segalanya bersama.

33Dan dengan kuasa yang besar para rasul telah memberi kesaksian akan kebangkitan Tuhan Yesus: dan rahmat yang besar berada di atas mereka semua.

34Dan juga tidak ada seorang pun di kalangan mereka yang kekurangan: sebab sebanyak semana orang yang memiliki tanah atau rumah telah menjualnya, dan membawa hasil jualan itu,

35Dan meletakkannya pada kaki para rasul: dan pengagihan telah dibuat kepada setiap orang menurut keperluannya.

36Dan Yoses, yang oleh para rasul disebut Barnabas, (yang, kalau ditafsirkan ialah Anak penghiburan,) seorang Lewi, dan dari negara Siprus,

37Sementara memiliki tanah, telah menjualnya, dan membawa wangnya, dan meletakkannya di kaki para rasul.