Ester 8

Esther 8

1Pada hari itu raja Ahasyweros menyerahkan rumah Haman, musuh orang Yahudi, kepada permaisuri Ester. Dan Mordekhai menghadap di depan raja; sebab Ester telah memberitahu raja apa pertalian Mordekhai dengannya.

2Dan raja mencabut cincinnya, yang telah dia beri kepada Haman, lalu memberinya kepada Mordekhai. Dan Ester menetapkan Mordekhai sebagai ketua rumah Haman.

3Dan Ester berbicara sekali lagi di hadapan raja, dan jatuh di kakinya, dan merayu kepadanya dengan tangisan supaya membuang kenakalan Haman orang Agag itu, dan rancangannya yang telah direncanakannya terhadap orang Yahudi.

4Kemudian raja menghulurkan cokmar emas terhadap Ester. Maka bangkitlah Ester, dan berdiri di hadapan raja,

5Dan berkata, Jika ia berkenan kepada raja, dan jika aku telah mendapat keredaan di pandanganmu, dan jika hal ini wajar di hadapan raja, biar surat ditulis untuk menterbalikkan surat-surat yang dirancang oleh Haman anak Hamedata, orang Agag itu, yang dia telah tulis untuk membinasakan orang Yahudi yang berada di seluruh wilayah-wilayah raja:

6Sebab bagaimanakah aku dapat bertahan untuk melihat kejahatan yang akan menimpa umatku? atau bagaimanakah dapat aku bertahan untuk melihat pembinasaan sanak saudaraku?

7Kemudian raja Ahaswyeros berkata kepada permaisuri Ester dan kepada Mordekhai, orang Yahudi itu, Lihatlah, aku telah memberi Ester seisi rumah Haman, dan Haman telah mereka gantung di tempat pergantungan, kerana dia menaruh tangannya ke atas orang Yahudi.

8Kalian tulislah juga bagi pihak Yahudi, sesuka hati kalian, dalam nama raja, dan meteraikanlah itu dengan cincin raja: sebab tulisan yang ditulis dalam nama raja, dan dimeteraikan dengan cincin raja, tidak dapat diterbalikkan seorang pun.

9Kemudian para jurutulis raja dipanggil waktu itu pada bulan yang ketiga, iaitu, bulan Sivan, pada tanggal dua puluh tiga bulan itu; dan tersurat menurut segalanya yang Mordekhai perintahkan kepada orang Yahudi, dan kepada wakil-wakil raja, dan kepada timbalan-timbalan dan penguasa wilayah yang dari India sampai kepada Etiopia, seratus dan dua puluh tujuh wilayah, kepada setiap wilayah menurut tulisannya, dan kepada setiap bangsa menurut bahasa mereka, dan kepada orang Yahudi menurut tulisan mereka, dan menurut bahasa mereka.

10Dan dia menulis di dalam nama Ahasyweros, dan memeteraikannya dengan cincin raja, dan menyampaikan surat-surat melalui pos berkuda, dan para penunggang atas keldai, unta, dan unta muda:

11Yang di dalamnya raja memberi izin kepada orang Yahudi yang ada di setiap kota untuk berkumpul bersama, dan untuk mempertahankan nyawa mereka, untuk membinasa, untuk membunuh, dan untuk menewaskan semua kekuasaan rakyat dan daerah yang ingin menyerang mereka, kedua-dua budak kecil dan kaum perempuan, dan untuk menjarah mereka sebagai rampasan.

12Dalam sehari di seluruh wilayah raja Ahasyweros, yakni, pada hari ketiga belas bulan dua belas, yang merupakan bulan Adar.

13Salinan tulisan itu sebagai perintah yang harus diberi di setiap wilayah telah diterbitkan kepada semua rakyat, dan bahawa orang Yahudi patut bersiap sedia untuk hari itu untuk membalas diri mereka ke atas musuh-musuh mereka.

14Maka pos yang memakai keldai dan unta berangkat keluar, sementara disegerakan dan ditekankan perintah raja. Dan dekri itu diberi di istana Susan itu.

15Dan Mordekhai keluar dari kehadiran raja di dalam pakaian diraja biru dan putih, dan dengan mahkota emas besar, dan dengan pakaian lenan halus dan ungu: dan kota Susan bersukacita dan menjadi gembira.

16Orang Yahudi peroleh cahaya, dan kegembiraan, dan sukacita, dan kemuliaan.

17Dan di setiap wilayah, dan di setiap kota, barang mana sampainya perintah raja dan dekrinya, orang Yahudi peroleh sukacita dan kegembiraan, dan pesta dan hari yang baik. Dan banyak rakyat negeri itu menjadi orang Yahudi; kerana ketakutan orang Yahudi telah menimpa mereka.