Keluaran 16

Exodus 16

1Dan mereka melanjutkan perjalanan mereka dari Elim, dan kesemua jemaah bani Israel sampai ke padang gurun Sin, yang adalah di antara Elim dan Sinai, pada hari yang kelima belas bulan kedua selepas mereka berangkat keluar dari tanah Mesir.

2Dan seluruh jemaah bani Israel merungut terhadap Musa dan Harun di padang gurun:

3Dan bani Israel berkata kepada mereka, Harap kepada Allah kami telah mati oleh tangan TUHAN di tanah Mesir, ketika kami duduk di tepi bekas-bekas tembikar berisi daging, dan ketika kami ada makan roti sekenyang-kenyangnya; sebab kalian telah membawa kami masuk ke padang gurun ini, untuk membunuh seluruh perhimpunan ini dengan kelaparan.

4Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa, Lihatlah, aku akan menurunkan hujan roti dari syurga bagi kalian; dan umat itu akan pergi ke luar dan memungut kadar tertentu setiap hari, supaya aku dapat menguji mereka, sama ada mereka akan menjalani hidup menurut hukumku, atau tidak.

5Dan akan terjadi, bahawa pada hari yang keenam mereka akan memasak apa yang dibawa mereka pulang; dan itu akan menjadi dua kali ganda banyaknya kadar yang dipungut mereka setiap hari.

6Dan Musa dan Harun berkata kepada bani Israel, Pada waktu petang, itulah waktu kalian akan tahu bahawa TUHAN yang telah membawa kalian keluar dari tanah Mesir:

7Dan pada waktu pagi, itulah waktu yang kalian akan melihat kemuliaan TUHAN; atas sebab dia telah mendengar rungutan kalian terhadap TUHAN: dan siapakah kami, sehingga kalian merungut terhadap kami?

8Dan Musa berkata, Ini akan terjadi, pada waktu petang TUHAN akan memberi kalian daging untuk dimakan, dan pada waktu pagi pula roti sampai kenyang; atas sebab TUHAN telah mendengar rungutan kalian yang telah kalian merungut terhadapnya: dan siapakah kami? Rungutan kalian bukan terhadap kami, tetapi terhadap TUHAN.

9Dan Musa berkata kepada Harun, Berkatalah kepada seluruh jemaah bani Israel, Marilah dekat ke hadapan TUHAN: sebab dia telah mendengar rungutan kalian.

10Dan terjadilah, ketika Harun berbicara kepada seluruh jemaah bani Israel, bahawa mereka memandang ke arah padang gurun, dan, lihatlah, kemuliaan TUHAN muncul di dalam awan.

11Dan TUHAN berbicara kepada Musa, dengan berfirman,

12Aku telah mendengar rungutan-rungutan bani Israel: berbicaralah kepada mereka, dengan berkata, Pada waktu petang kalian akan makan daging, dan pada waktu pagi kalian akan diisi kenyang dengan roti; dan kalian akan tahu bahawa akulah TUHAN Allah kalian.

13Dan terjadilah, bahawa pada waktu petang burung puyuh datang, dan menutupi perkhemahan itu: dan pada waktu pagi embun mengelilingi angkatan itu.

14Dan sesudah embun itu mengewap, lihatlah, di permukaan padang gurun ada sesuatu benda kecil yang bulat, sekecil ibun putih di atas tanah.

15Dan ketika bani Israel melihat itu, mereka berkata kepada satu sama lain, Itulah manna: sebab mereka tidak tahu apakah itu. Dan Musa berkata kepada mereka, Inilah roti yang telah diberi TUHAN kepada kalian untuk makan.

16Inilah apa yang telah diperintahkan TUHAN, Pungutlah itu setiap orang menurut kadar pemakanannya, satu omer bagi setiap lelaki, menurut bilangan orang-orang kalian; ambillah setiap lelaki bagi mereka yang ada di dalam khemahnya masing-masing.

17Dan bani Israel berbuat demikian, dan memungut, sesetengah orang lebih, sesetengah orang kurang.

18Dan ketika mereka menakarnya dengan satu omer, orang yang memungut banyak tidak melebihi itu, dan orang yang memungut sedikit tidak kekurangan; mereka setiap orang memungut menurut kadar pemakanannya.

19Dan Musa berkata, Biar jangan sesiapa pun meninggalkannya sampai waktu pagi.

20Walau bagaimanapun mereka tidak mengendahkan Musa, tetapi sesetengah mereka meninggalkannya sehingga waktu pagi, dan ia berulat, lalu berbau busuk: dan Musa murka dengan mereka.

21Dan mereka memungut itu setiap pagi, setiap orang menurut kadar pemakanannya: dan sesudah matahari bertambah panas, ia mencair.

22Dan terjadilah, bahawa pada hari keenam mereka memungut dua kali ganda roti, dua omer bagi seorang lelaki: dan semua penguasa jemaah itu datang dan memberitahu Musa.

23Dan Musa berkata kepada mereka, Inilah itu yang telah difirmankan TUHAN, Esok ialah istirahat hari sabat yang kudus kepada TUHAN: bakar apa yang kalian mahu bakar pada hari ini, dan rebuslah apa yang kalian mahu rebus; dan apa yang tinggal itu biar bagi diri kalian untuk disimpan sehingga pagi.

24Dan mereka membiarkannya sampai pagi, seperti yang dimohon Musa: dan ia tidak berbau busuk, dan ulat pun tiada di dalamnya.

25Dan Musa berkata, Makan itu pada hari ini; sebab hari ini ialah hari sabat kepada TUHAN: pada hari ini kalian tidak akan menemui itu di padang.

26Enam hari akan kalian memungutnya; tetapi pada hari yang ketujuh, yang merupakan hari sabat, hari itu tidak akan ada itu.

27Dan terjadilah, bahawa ada sesetengah orang yang keluar pada hari yang ketujuh untuk memungut, dan mereka tidak menemuinya.

28Dan TUHAN berfirman kepada Musa, Berapakah lama akan kalian menolak mematuhi perintah-perintahku dan hukum-hukumku?

29Lihatlah, sebab TUHAN telah memberi kalian hari sabat, oleh sebab itu, dia telah memberi kalian pada hari yang keenam roti untuk dua hari; berdiamlah setiap orang di tempatnya masing-masing, jangan biar sesiapa pun keluar dari tempatnya pada hari ketujuh.

30Maka umat itu beristirahat pada hari yang ketujuh.

31Dan umat Israel memanggil namanya Manna: dan ia adalah seperti benih ketumbar, putih; dan rasanya adalah seperti wafer yang diperbuat dengan madu.

32Dan Musa berkata, Inilah apa yang telah diperintahkan TUHAN, Isikanlah satu omer itu untuk disimpan bagi generasi-generasi kalian; supaya mereka dapat melihat roti yang dengannya aku telah memberi makan kepada kalian di padang gurun, ketika aku membawa kalian keluar dari tanah Mesir.

33Dan Musa berkata kepada Harun, Ambillah sebuah bekas, dan taruhlah manna satu omer penuhnya di dalamnya, dan tempatkanlah itu di hadapan TUHAN, untuk disimpan bagi generasi-generasi kalian.

34Seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa, demikianlah Harun menempatkan itu di hadapan Kesaksian itu, supaya disimpan.

35Dan bani Israel memakan manna untuk empat puluh tahun, sehingga mereka masuk ke kawasan tanah yang berpenghuni; mereka makan manna, sehingga mereka maasuk ke sempadan tanah Kanaan.

36Dalam pada itu, satu omer ialah sepersepuluh efa.