Keluaran 4

Exodus 4

1Dan Musa menjawab dan berkata, Tetapi, lihatlah, mereka tidak akan percayaku, dan tidak akan mengendahkan suaraku: sebab mereka akan berkata, TUHAN tidak menyatakan dirinya kepadamu.

2Dan TUHAN berfirman kepadanya, Apakah itu yang ada pada tanganmu? Dan dia menjawab, Sebatang tongkat.

3Dan dia berkata, Lemparkannya ke tanah. Dan dia melemparkan tongkatnya ke tanah, dan ia menjadi seekor ular; dan Musa melarikan diri daripadanya.

4Dan TUHAN berfirman kepada Musa, Hulurkanlah tanganmu, dan ambilnya dari ekornya. Dan dia menghulurkan tangannya, dan menangkapnya, dan ia menjadi tongkat di tangannya:

5Supaya mereka akan percaya bahawa TUHAN Allah bapa-bapa leluhur mereka, Allah Abraham, Allah Ishak, dan Allah Yakub, telah menyatakan diri kepadamu.

6Dan TUHAN berfirman dengan lebih lanjut kepadanya, Taruhlah tanganmu sekarang ke dalam bajumu di bahagian dada. Dan dia memasukkan tangannya ke dalam bajunya di bahagian dada: dan sesudah dia mengeluarkannya, lihatlah, tangannya sudah menjadi berkusta seperti salji.

7Dan dia berfirman, Taruhlah tanganmu ke dalam bajumu di bahagian dada sekali lagi. Dan dia menaruh tangannya ke dalam bajunya di bahagian dadanya sekali lagi; dan menariknya keluar dari bajunya di bahagian dada, dan, lihatlah, tangannya dipulihkan semula seperti bahagian dagingnya yang lain.

8Dan ia akan terjadi, jika mereka tidak percaya kepadamu, dan juga tidak mengendahkan suara tanda yang pertama, bahawa mereka akan percaya kepada suara tanda yang kedua itu.

9Dan ia akan terjadi, jika mereka juga tidak mahu percaya kepada dua tanda itu, dan juga tidak mengendahkan suaramu, bahawa kamu akan mengambil air sungai, dan mencurahkannya ke atas tanah yang kering: dan air yang telah diambilmu itu akan menjadi darah ke atas tanah yang kering itu.

10Dan Musa berkata kepada TUHAN, Ya Tuhanku, aku tidak petah lidah, baik dahulu mahupun sejak kamu berbicara kepada hambamu: tetapi aku berat mulut, dan berat lidah.

11Dan TUHAN berfirman kepadanya, Siapakah yang telah menjadikan mulut manusia? atau yang telah menjadikan yang bisu, atau yang pekak, atau yang melihat, atau yang buta? bukankah aku yakni TUHAN?

12Maka sekarang pergi, dan aku akan berada bersama mulutmu, dan mengajarmu apa yang harus dikatakanmu.

13Dan dia berkata, Ya Tuhanku, utuslah, aku mohon kepadamu, orang yang oleh tangannya kamu mahu utus.

14Dan kemarahan TUHAN ternyala terhadap Musa, dan dia berfirman, Bukankah Harun, orang Lewi, saudaramu? Aku tahu bahawa dia pandai berbicara. Dan juga, lihatlah, dia sedang datang untuk bertemu denganmu: dan ketika dia melihatmu, dia akan bergembira dalam hatinya.

15Dan kamu akan berbicara kepadanya, dan menaruh perkataan di dalam mulutnya: dan aku akan menyertai mulutmu, dan dengan mulutnya, dan akan mengajarmu apa yang kalian patut buat.

16Dan Harun akan menjadi jurucakapmu kepada umat: dan dia akan dijadikan, bahkan dia akan dijadikan bagimu mulut selain mulutmu, dan kamu akan dijadikan baginya Allah selain Allah.

17Dan kamu akan mengambil tongkat ini di tanganmu, yang dengannya kamu akan melakukan tanda-tanda.

18Dan Musa pergi dan kembali kepada Yitro, ayah mentuanya, dan berkata kepadanya, Biarlah aku pergi, aku mohon kepadamu, dan kembali kepada saudara-saudaraku yang ada di Mesir, dan melihat sama ada mereka masih hidup. Dan Yitro berkata kepada Musa, Pergilah dengan damai sejahtera.

19Dan TUHAN berfirman kepada Musa di Midian, Pergilah, kembali ke Mesir: sebab semua orang sudah yang mengingini kematianmu sudah mati.

20Dan Musa mengambil isterinya dan anak-anak lelakinya, dan mendudukkan mereka atas seekor keldai, dan dia kembali ke tanah Mesir: dan Musa mengambil tongkat Allah di dalam tangannya.

21Dan TUHAN berfirman kepada Musa, Ketika kamu pergi kembali ke Mesir, pastikan kamu melakukan segala keajaiban itu di hadapan Firaun, keajaiban yang telah diletakkanku ke dalam tanganmu: tetapi aku akan mengeraskan hatinya, supaya dia tidak akan membiarkan umat itu pergi.

22Dan kamu akan berkata kepada Firaun, Beginilah firman TUHAN, Israel ialah anak lelakiku, yakni anak sulungku:

23Dan aku berkata kepadamu, Biar anakku pergi, supaya dia dapat melayaniku: dan jika kamu enggan membiarkannya pergi, lihatlah, aku akan membunuh anak lelakimu, yakni anak sulungmu.

24Dan terjadilah dalam perjalanan ke tempat penginapan, bahawa TUHAN bertemu dengannya, dan berniat untuk membunuhnya.

25Kemudian Zipora mengambil batu yang tajam, dan memotong keluar kulit khatan anak lelakinya, lalu melemparinya ke kakinya, dan berkata, Sudah tentulah kamu suami darah terhadapku.

26Maka TUHAN melepaskan Musa: kemudian Zipora berkata, Kamu suami darah, kerana sunat itu.

27Dan TUHAN berkata kepada Harun, Pergilah ke dalam padang gurun untuk bertemu dengan Musa. Dan dia pergi, dan menemuinya di gunung Allah, lalu menciumnya.

28Dan Musa memberitahu Harun segala firman TUHAN yang telah mengutusnya, dan segala tanda yang telah diperintahkan TUHAN kepadanya.

29Dan Musa dan Harun pergi dan menghimpunkan semua penatua bani Israel.

30Dan Harun mengucapkan segala firman yang telah dibicarakan TUHAN kepada Musa, dan melakukan tanda-tanda di pandangan umat itu.

31Dan umat itu percaya: dan sesudah mereka mendengar bahawa TUHAN telah melawat bani Israel, dan bahawa dia telah melihat kesengsaraan mereka, maka mereka menunduk kepala mereka lalu menyembah.