Keluaran 7

Exodus 7

1Dan TUHAN berfirman kepada Musa, Lihatlah, aku telah menjadikanmu seorang allah kepada Firaun: dan Harun, saudaramu itu, akan menjadi nabimu.

2Kamu akan berbicara segala yang diperintahkanku kepadamu: dan Harun saudaramu akan berbicara kepada Firaun supaya dia mengutus bani Israel keluar dari kawasan tanahnya.

3Dan aku akan mengeraskan hati Firaun, dan menggandakan tanda-tandaku dan keajaiban-keajaibanku di tanah Mesir.

4Tetapi Firaun tidak akan mengendahkan kalian, supaya aku dapat mengenakan tanganku ke atas Mesir, dan membawa keluar pasukan-pasukan angkatanku, dan umatku iaitu bani Israel, dari kawasan tanah Mesir dengan penghakiman-penghakiman yang besar.

5Dan orang Mesir akan tahu bahawa akulah TUHAN, ketika aku menghulukan tanganku kepada Mesir, dan membawa keluar bani Israel dari antara mereka.

6Dan Musa dan Harun berbuat seperti yang diperintahkan TUHAN kepada mereka, demikianlah dilakukan mereka.

7Dan Musa berumur empat kali dua puluh tahun, dan Harun pula berumur empat kali dua puluh dan tiga tahun, ketika mereka berbicara kepada Firaun.

8Dan TUHAN berbicara kepada Musa dan kepada Harun, dengan berfirman,

9Ketika Firaun berbicara kepada kalian, dengan berkata, Tunjukkanlah suatu mukjizat bagi diri kalian: maka kamu akan berkata kepada Harun, Ambillah tongkatmu, dan lemparkannya ke hadapan Firaun, dan ia akan menjadi seekor ular.

10Dan Musa dan Harus masuk menghadap Firaun, dan mereka berbuat demikian seperti yang diperintahkan TUHAN: dan Harun melemparkan tongkatnya di hadapan Firaun, dan di hadapan hamba-hambanya, lalu ia menjadi seekor ular.

11Dan Firaun juga memanggil para ahli bijaksana dan para ahli sihir lelaki: dalam pada itu, para ahli ilmu Mesir, mereka juga berbuat apa yang sama dengan penyihiran mereka.

12Sebab mereka setiap orang masing-masing melemparkan tongkatnya, dan tongkat-tongkat itu menjadi ular: tetapi tongkat Harun menelan semua tongkat mereka.

13Dan dia mengeraskan hati Firaun, supaya Firaun tidak mengendahkan mereka; seperti yang difirmankan TUHAN.

14Dan TUHAN berfirman kepada Musa, hati Firaun sudah keras, dia menolak membiarkan umat itu pergi.

15Kamu pergilah kepada Firaun pada waktu pagi; lihatlah, dia keluar ke tempat air; dan kamu akan berdiri di tepi sungai bertentangan arah dia datang; dan tongkat yang diubahkan kepada ular akan kamu ambil di dalam tanganmu.

16Dan kamu akan berkata kepadanya, TUHAN Allah orang Ibrani telah mengutusku kepadamu, dengan berkata, Biarlah umatku pergi, supaya mereka dapat melayaniku di padang gurun: dan, lihatlah, sampai sekarang kamu tidak mahu dengar.

17Beginilah firman TUHAN, Dalam hal ini kamu akan tahu bahawa akulah TUHAN: lihatlah, aku akan memukul dengan tongkat yang ada di dalam tanganku air yang berada di dalam sungai, dan ia akan berubah menjadi darah.

18Dan ikan yang ada di dalam sungai akan mati, dan sungai itu akan berbau busuk; dan orang Mesir akan rasa jijik untuk meminumi air dari sungai.

19Dan TUHAN berfirman kepada Musa, Berkatalah kepada Harun, Ambillah tongkatmu, dan hulurkanlah tanganmu ke atas air Mesir, ke atas anak-anak sungai mereka, ke atas sungai-sungai mereka, dan ke atas tasik-tasik mereka, dan ke atas kolam-kolam air mereka, supaya ia akan menjadi darah; dan supaya akan adanya darah menerusi seluruh tanah Mesir, kedua-dua di dalam bejana yang kayu, dan di dalam bejana yang batu.

20Dan Musa dan Harun berbuat demikian, seperti yang diperintahkan TUHAN; dan dia mengangkat tongkat, dan memukul air yang ada di sungai, di pandangan Firaun, dan di pandangan hamba-hambanya; dan semua air yang ada di sungai berubah menjadi darah.

21Dan ikan yang ada di sungai mati; dan sungai itu berbau busuk, dan orang Mesir tidak dapat minum air sungai itu; dan adanya darah menerusi seluruh tanah Mesir.

22Dan ahli-ahli ilmu Mesir berbuat demikian dengan penyihiran mereka: dan hati Firaun dikeraskan, dan dia juga tidak mengendahkan mereka; seperti yang difirmankan TUHAN.

23Dan Firaun berpaling lalu masuk ke dalam rumahnya, dan dia juga tidak menetapkan hatinya kepada hal ini juga.

24Dan semua orang Mesir menggali di sekeliling sungai itu mencari air untuk minum; sebab mereka tidak dapat minum daripada air sungai itu.

25Dan tujuh hari genap, sesudah TUHAN memukul sungai itu.