1Dia juga berseru di telingaku dengan suara lantang, dengan berkata, Buat orang yang ada kuasa di kota itu untuk datang dekat, bahkan setiap orang dengan senjata pembinasa di tangannya.
2Dan, lihatlah, enam orang datang dari jalan pintu gerbang yang lebih tinggi, yang berada menghala ke utara, dan setiap orang ada senjata penyembelih di tangannya; dan satu orang di kalangan mereka berpakaian kain linan, dengan tanduk tinta pada sisinya: dan mereka pun masuk, dan berdiri di samping mazbah bras.
3Dan kemuliaan Allah Israel sudah naik dari kerub itu, di mana dia berada, sampai ke ambang rumah itu. Dia dia memanggil kepada orang itu yang berpakaian linan, yang mempunyai tanduk tinta penulis pada sisinya;
4Dan TUHAN berkata kepadanya, Pergilah menerusi tengah-tengah kota itu, menerusi tengah-tengah Yerusalem, dan buat tanda di dahi orang yang mengeluh dan yang berseru bagi segala kekejian yang dilakukan di tengah-tengahnya.
5Dan kepada yang lain dia berkata dalam pendengaranku, Pergilah kalian mengejar dia menerusi kota itu, dan pukul: jangan biar matamu rasa sayang, dan juga jangan ada belas hati:
6Bunuh segalanya tua dan muda, kedua-dua dara, dan anak kecil, dan perempuan: tetapi janganlah mendekati mana-mana orang yang adanya tanda itu; dan mulalah di tempat kudusku. Kemudian mereka mula dengan orang tua-tua yang berada di hadapan rumah.
7Lalu dia berkata kepada mereka, Najiskanlah rumah ini, dan isilah halaman-halamannya dengan orang terbunuh: pergilah. Dan mereka pergi, lalu membunuh di kota itu.
8Dan terjadilah sementara mereka sedang membunuh mereka, dan aku tertinggal, bahawa aku jatuh tersungkur, dan berseru, dan berkata, Ya Tuhan ALLAH! akankah kamu membinasakan sisa-sisa Israel dengan mencurahkan amarahmu ke atas Yerusalem?
9Kemudian dia berkata kepadaku, kedurjanaan rumah Israel dan Yehuda terlampau besar, dan tanah itu penuh dengan darah, dan kota itu penuh dengan percabulan: sebab mereka berkata, TUHAN telah meninggalkan bumi, dan TUHAN tidak melihat.
10Dan bagi diriku juga, mataku tidak akan rasa sayang, dan juga tidak akan berbelas hati, tetapi aku akan membalas jalan mereka ke atas kepala mereka.
11Dan, lihatlah, orang yang berpakaian linan itu, yang ada tanduk tinta di sisinya itu, melaporkan hal itu, dengan berkata, aku sudah melakukan apa yang telah engkau perintahkanku.