1Dan datangnya dua malaikat ke Sodom pada waktu petang; dan Lot sedang duduk di pintu gerbang Sodom: dan Lot saat melihat mereka bangun untuk bertemu dengan mereka; lalu dia menyujudkan diri dengan mukanya menghadap ke tanah;
2Dan dia berkata, Lihatlah sekarang, tuanku sekalian, berpalinglah, aku mohon kepada kalian, ke dalam rumah hambamu, dan berdiam sepanjang malam, dan basuhlah kakimu, dan kalian akan bangun awal, dan pergi menurut jalanmu. Dan mereka berkata, Tidak; tetapi kami akan berdiam di jalan sepanjang malam.
3Dan dia sangat mendesak mereka; dan mereka berpaling ke dalam kepadanya, dan memasuki rumahnya; dan Lot menyediakan suatu jamuan bagi mereka, dan membakar roti yang tidak beragi, lalu mereka makan.
4Tetapi sebelum mereka berbaring, orang-orang dari kota itu, yakni orang Sodom, mengelilingi rumah itu bulat-bulat, baik orang tua mahupun orang muda, semua orang dari setiap penjuru kota:
5Dan mereka memanggil kepada Lot, dan berkata kepadanya, Di manakah orang yang telah datang kepadamu pada malam ini? bawalah mereka keluar kepada kami, supaya kami dapat mengenal akan mereka.
6Dan Lot keluar dari pintu kepada mereka, lalu menutupi pintu itu membelakangi dirinya,
7Dan berkata, Aku mohon kepada kalian, saudara-saudara, janganlah berbuat sebegitu durjana.
8Lihatlah sekarang, aku ada dua anak perempuan yang tidak pernah mengenal mana-mana lelaki; Aku mohon kepada kalian, biarlah aku membawa mereka keluar kepada kalian, dan kalian berbuatlah kepada mereka menurut apa yang dipandang baik kalian: hanya jangan mengapa-apakan para lelaki ini; sebab untuk itu mereka datang untuk menumpang di bawah bumbung rumahku.
9Dan mereka berkata, Nyahlah ke belakang. Dan mereka lagi berkata, Orang ini masuk untuk tinggal sementara, dan dia ingin pula menjadi seorang hakim: sekarang kami akan berbuat lebih teruk kepadamu, daripada apa yang akan dibuat kepada para lelaki itu. Dan mereka mendesak teruk orang itu, yakni Lot, dan mendekat untuk mendobrak pintu itu.
10Tetapi para lelaki itu menghulurkan tangan mereka, dan menarik Lot ke dalam rumah kepada diri mereka, lalu menutup pintu itu.
11Dan mereka menyambar orang-orang yang ada di pintu itu dengan kebutaan, baik yang kecil mahupun yang besar: sehingga orang-orang itu melelahkan diri mencari pintu itu.
12Dan para lelaki itu berkata kepada Lot, Adakah kamu mempunyai sesiapa pun lagi di sini? menantu lelaki, dan anak-anak lelakimu, dan anak-anak perempuanmu, dan barang siapa yang kamu ada di dalam kota, bawalah mereka keluar dari tempat ini:
13Sebab kami akan membinasakan tempat ini, kerana keluhan mereka sudah bertambah besar di hadapan wajah TUHAN; dan TUHAN telah mengutus kami untuk membinasakannya.
14Dan Lot keluar, dan bercakap kepada menantu-menantu lelakinya, yang sudah berkahwin dengan anak-anak perempuannya, dan berkata, Bangunlah, kalian keluar dari tempat ini; sebab TUHAN akan membinasakan kota ini. Tetapi dia nampaknya kepada menantu-menantu lelakinya seperti orang yang berolok-olok sahaja.
15Dan sesudah fajar pagi menyinsing, para malaikat itu menggegaskan Lot, dengan berkata, Bangun, ambillah isterimu, dan kedua-dua anak perempuanmu, yang ada di sini; supaya jangan kamu dihanguskan bagi kedurjanaan kota ini.
16Dan sementara Lot berlengah-lengah, para lelaki itu memegang tangannya, dan tangan isterinya, dan tangan kedua-dua anak perempuannya; sementara TUHAN berbelas kasihan kepadanya: dan mereka membawa Lot keluar, dan menempatkan dia di luar kota itu.
17Dan terjadilah, sesudah para lelaki itu membawa mereka sampai ke luar, bahawa salah seorang berkata, Larilah, selamatkanlah nyawamu; jangan pandang ke belakang, dan jangan pula berdiam di mana-mana dataran; larilah ke gunung, supaya jangan kamu dihanguskan.
18Dan Lot berkata kepada mereka, O janganlah demikian, Tuanku:
19Lihatlah sekarang, hambamu telah mendapat rahmat di pandanganmu, dan kamu telah membesarkan belas kasihanmu, yang telah ditunjukkanmu kepadaku dengan menyelamatkan nyawaku; dan aku tidak dapat melarikan diri ke gunung, supaya jangan kecelakaan mengenaku, dan aku mati:
20Lihatlah sekarang, kota itu cukup dekat untuk melarikan diri ke sana, dan ia kota yang kecil; O biarlah aku melarikan diri ke sana, (bukankah kota itu kota yang kecil sahaja?) dan jiwaku akan hidup.
21Dan dia berkata kepada Lot, Lihat, aku telah menerima permohonanmu berkenaan hal ini juga, sehingga aku tidak akan menunggangbalikkan kota itu, kerana apa yang telah disebut kamu itu.
22Cepatlah, larilah ke sana, sebab aku tidak boleh berbuat apa pun sehingga kamu sampai ke sana. Maka nama kota itu dipanggil Zoar.
23Matahari telah terbit ke atas bumi ketika Lot memasuki Zoar.
24Kemudian TUHAN menghujan ke atas Sodom dan Gomora batu belerang dan api daripada TUHAN dari syurga;
25Dan dia menunggangbalikkan kota-kota itu, dan semua dataran, dan semua penghuni kota-kota itu, dan apa pun yang bertumbuh di tanah.
26Tetapi isteri Lot memandang ke belakang ketika berada di belakangnya, lalu menjadi tiang garam.
27Dan Abraham bangun pada awal pagi untuk ke tempat yang telah dia berdiri di hadapan TUHAN:
28Dan dia memandang ke Sodom dan Gomora, dan ke seluruh tanah dataran itu, dan melihat, dan nampak, asap negara itu naik seperti asap suatu tempat perapian.
29Dan terjadilah, ketika Allah membinasakan kota-kota di dataran, bahawa Allah mengingat Abraham, dan menghantar Lot keluar dari tengah-tengah pemusnahan itu, ketika dia memusnahkan kota-kota yang antaranya didiami Lot.
30Dan Lot keluar dari Zoar, dan berdiam di gunung, dengan dua anak perempuannya bersamanya; sebab dia takut untuk berdiam di Zoar: dan dia berdiam di gua, dia bersama-sama dua anak perempuannya.
31Dan anak yang pertama berkata kepada adiknya, Ayah kita sudah tua, dan tiada seorang pun di bumi untuk menghampiri kami seperti kebiasaan di seluruh bumi:
32Ayuh, biar kita menjadikan ayah meminumi wain, dan kita akan berbaring bersamanya, supaya kita boleh mengekalkan benih ayah kita.
33Dan mereka menjadikan ayah mereka meminumi wain pada malam itu: dan anak yang pertama masuk, dan berbaring dengan ayahnya; dan ayahnya tidak menanggapi waktu ketika anak perempuannya berbaring, dan waktu ketika dia bangun.
34Dan terjadilah pada keesokan harinya, bahawa anak yang pertama berkata kepada adiknya, Lihatlah, aku telah berbaring semalam dengan ayahku: biar kita menjadikannya meminumi wain pada malam ini juga; dan kamu masuk, dan berbaring dengannya, supaya kita dapat mengekalkan benih ayah kita.
35Dan mereka menjadikan ayah mereka meminumi wain pada malam itu juga: dan adik itu pergi, dan berbaring dengannya; dan ayahnya tidak menanggapi waktu ketika anak perempuannya berbaring, dan waktu ketika dia bangun.
36Demikianlah kedua-dua anak perempuan Lot mengandung melalui ayah mereka.
37Dan yang pertama itu melahirkan seorang anak lelaki, dan memanggil namanya Moab: orang yang sama itu menjadi bapa kepada orang Moab yang ada sampai hari ini.
38Dan yang adik itu, dia juga melahirkan seorang anak lelaki, dan memanggil namanya Benami: orang yang sama itu menjadi bapa kepada bani Amon yang ada sampai hari ini.