Kejadian 25

Genesis 25

1Kemudian Abraham mengambil pula seorang isteri, dan namanya ialah Ketura.

2Dan Ketura melahir baginya Zimran, dan Yoksan, dan Medan, dan Midian, dan Isybak, dan Suah.

3Dan Yoksan memperanakkan Syeba, dan Dedan. Dan bani Dedan merupakan orang Asyurim, dan orang Letushim, dan orang Leumim.

4Dan anak-anak Midian; Efa, dan Efer, dan Hanokh, dan Abida, dan Eldaa. Semua ini merupakan keturunan Ketura.

5Dan Abraham memberi segala miliknya kepada Ishak.

6Tetapi kepada anak-anak lelaki gundik-gundiknya, yang dimiliki Abraham, Abraham memberi pemberian-pemberian, lalu menghantar mereka menjauhi Ishak, anak lelakinya, sementara Abraham masih hidup, menghala ke timur, ke negara di timur.

7Dan inilah hari-hari hayat tahun-tahun kehidupan Abraham yang dihidupinya, seratus tiga kali dua puluh dan lima belas tahun.

8Kemudian Abraham menyerahkan rohnya, dan mati pada umur yang cukup uzur, seorang yang tua, dan penuh dengan tahun-tahun hayat; lalu dikumpulkan kepada kaumnya.

9Dan anak-anak Ishak dan Ismael menguburkannya di kubur Makhpela, di ladang Efron anak kepada Zohar orang Het itu, yang berada di sebelum Mamre;

10Ladang itu yang dibeli Abraham daripada bani Het: di situlah tempatnya Abraham dan Sara, isterinya, dikuburkan.

11Dan terjadilah sesudah kematian Abraham, bahawa Allah memberkati anak lelakinya Ishak; dan Ishak berdiam di perigi Lahairoi.

12Dalam pada itu, inilah salasilah Ismael, anak lelaki Abraham, yang dilahirkan Hagar, orang Mesir, inang Sara, kepada Abraham:

13Dan inilah nama anak-anak Ismael, dengan nama mereka, menurut turutan generasi mereka: yang sulung Ismael, Nebayot; dan Kedar, dan Adbeel, dan Mibsam,

14Dan Mishma, dan Dumah, dan Masa,

15Hadar, dan Tema, Jetur, Naphish, dan Kedemah:

16Inilah anak-anak lelaki Ismael, dan inilah nama-nama mereka, menurut kampung mereka, dan menurut kastil mereka; dua belas putera menurut bangsa-bangsa mereka.

17Dan inilah tahun-tahun kehidupan Ismael, seratus dan tiga puluh dan tujuh tahun: dan dia menyerahkan rohnya lalu mati; dan dikumpulkan kepada kaumnya.

18Dan mereka berdiam dari Hawila sampai Syur, iaitu sebelum Mesir, sementara kamu pergi menghala ke Asyur: dan dia mati di kehadiran semua saudaranya.

19Dan inilah salasilah Ishak, anak Abraham: Abraham memperanakkan Ishak:

20Ishak berumur empat puluh tahun ketika dia mengambil Ribka sebagai isteri, yakni anak perempuan kepada Betuel, orang Siria dari Padanaram, saudara perempuan kepada Laban, orang Siria itu.

21Dan Ishak merayu kepada TUHAN bagi isterinya, kerana dia mandul: dan rayuan itu dikabulkan TUHAN, lalu Ribka, isterinya, mengandung.

22Dan anak-anak bergelut bersama di dalamnya; dan dia berkata, Jika ia sebegitu, mengapakah aku demikian? Dan dia pergi bertanya kepada TUHAN.

23Dan TUHAN berfirman kepadanya, Dua bangsa ada di dalam rahimmu, dan dua jenis orang akan dipisahkan daripada sanubarimu; dan salah satu bangsa akan menjadi lebih kuat daripada bangsa yang lain; dan yang tua akan melayani yang muda.

24Dan sesudah genapnya hari untuk bersalin, lihatlah, ada anak kembar di dalam rahimnya.

25Dan yang pertama keluar dengan warna merah, keseluruhan dirinya adalah seperti jubah yang berbulu; dan mereka memanggil namanya Esau.

26Dan sesudah itu adiknya keluar, dan tangannya berpegang kepada Esau punya tumit; dan namanya dipanggil Yakub: dan Ishak berumur dua puluh kali tiga tahun ketika Ribka melahirkan mereka.

27Dan anak-anak lelaki itu membesar: dan Esau pemburu yang cekap, seorang yang sesuai dengan kehidupan di padang; dan Yakub orang yang biasa, yang berdiam di perkhemahan.

28Dan Ishak mengasihi Esau, kerana dia memakan daging binatang liarnya: tetapi Ribka mengasihi Yakub.

29Dan Yakub memasak bubur: dan Esau datang dari padang, dan dia penat:

30Dan Esau berkata kepada Yakub, Berilah kumakan, aku mohon kepadamu, bubur yang merah itu; sebab aku penat: oleh sebab itu namanya dipanggil Edom.

31Dan Yakub berkata, Jual kepadaku pada hari ini hak kelahiranmu.

32Dan Esau berkata, Lihatlah, aku berada pada tahap akan mati: apakah gunanya hak kelahiran itu kepadaku?

33Dan Yakub berkata, Bersumpahlah kepadaku pada hari ini; dan Esau bersumpah kepadanya: dan dia menjual hak kelahirannya kepada Yakub.

34Kemudian Yakub memberi Esau roti dan bubur kacang merah; dan dia makan dan minum, lalu bangkit, dan pergi menurut jalannya: demikianlah Esau menghina hak kelahirannya.