Kejadian 44

Genesis 44

1Dan dia memerintahkan bendahara rumahnya, dengan berkata, Isikan karung lelaki-lelaki itu dengan makanan, dan sebanyak yang mampu diangkat mereka, dan letaklah setiap orang punya wang di dalam mulut karungnya.

2Dan taruhlah cawanku, cawan perakku, di dalam mulut karung orang yang bungsu iu, beserta wang biji-bijiannya. Dan dia berbuat menurut kata yang disebut Yusuf.

3Sebaik sahaja pagi sudah bercahaya, lelaki-lelaki itu pun dihantar balik, iaitu mereka dan keldai-keldai mereka.

4Dan sesudah mereka keluar dari kota itu, dan belum lagi sangat jauh, Yusuf berkata kepada bendaharanya, Bangun, susul lelaki-lelaki itu; dan sesudah kamu mencapai mereka, berkatalah kepada mereka, Mengapakah kalian membalas kebaikan dengan kejahatan?

5Bukankah ini yang dipakai tuanku untuk minum, dan memang daripadanya menenung? kalian telah berbuat jahat dengan berbuat demikian.

6Dan bendahara itu mencapai mereka, dan dia mengucap kepada mereka kata-kata yang sama itu.

7Dan mereka berkata kepadanya, Mengapakah tuanku mengucapkan kata-kata itu? Biar Allah melarang bahawa hamba-hambamu ini berbuat begitu:

8Lihatlah, wang itu, yang telah kami temui di mulut karung-karung kami, telah kami bawa semula kepadamu dari tanah Kanaan: maka bagaimanakah mungkin kami mencuri dari rumah tuanmu perak atau emas?

9Bagi sesiapa di kalangan hamba-hambamu ini ditemui ada itu pada dirinya, biarlah dia mati, dan kami juga menjadi hamba abdi kepada tuanku.

10Dan dia berkata, Sekarang juga biarlah itu terjadi menurut kata-kata kalian: bagi sesiapa di kalangan kalian yang ditemui ada itu pada dirinya akan dia menjadi hambaku; dan kalian akan bebas dari salah.

11Kemudian mereka dengan lekas menurunkan setiap orang karungnya masing-masing ke tanah, lalu mereka membuka setiap orang karungnya masing-masing.

12Dan dia memeriksa, dan bermula dengan yang paling tua, dan berakhir dengan yang paling muda: dan cawan itu ditemui di karung Benyamin.

13Kemudian mereka mengoyak baju mereka, dan masing-masing memuati keldainya, lalu kembali ke kota itu.

14Dan Yehuda dan saudara-saudaranya datang ke rumah Yusuf; sebab dia masih berada di sana: dan mereka rebah di hadapannya ke tanah.

15Dan Yusuf berkata kepada mereka, Perbuatan apakah ini yang telah dilakukan kalian? Tidakkah kalian tahu bahawa orang seperti aku ini dapat pasti menenung?

16Dan Yehuda berkata, Apakah yang dapat disebut kami kepada tuanku? apa yang dapat diucap kami? Allah telah menemui kedurjanaan hamba-hambamu ini: lihatlah, kami merupakan hamba-hamba tuanku, kedua-dua kami, dan juga dia yang ditemui cawan itu pada dirinya.

17Dan dia berkata, Biar Allah melarangkan bahawa aku harus berbuat demikian: tetapi lelaki yang di dalam tangannya ditemui cawan itu, dia yang akan menjadi hambaku; dan bagi kalian pula, berangkatlah dengan damai sejahtera kepada ayahmu.

18Dan Yehuda mendekatinya, dan berkata, Ya tuanku, biarlah hambamu, aku mohon kepadamu, mengucapkan sepatah kata ke dalam telinga tuanku, dan janganlah kemarahanmu membara terhadap hambamu ini: sebab kamu adalah seperti Firaun sendiri.

19Tuanku menanya hamba-hambanya, dengan berkata, Adakah kalian mempunyai ayah, atau seorang saudara?

20Dan kami berkata kepada tuanku, Kami ada seorang ayah, orang yang tua, dan seorang anak yang lahir pada umur tuanya, budak yang kecil; dan saudaranya sudah mati, dan budak kecil itu tinggal seorang sahaja dari antara anak ibunya, dan ayahnya mengasihinya.

21Dan tuanku berkata kepada hamba-hambamu, Bawalah dia turun kepadamu, supaya aku dapat menaruh mataku kepadanya.

22Dan kami berkata kepada tuanku, budak lelaki itu tidak dapat meninggalkan ayahnya: sebab jika dia harus meninggalkan ayahnya, maka ayahnya mahu mati.

23Dan tuanku berkata kepada hamba-hambamu ini, kecuali adik kalian ada bersama kalian, kalian tidak akan melihat wajahku lagi.

24Dan terjadilah sesudah kami naik semula kepada hambamu, ayahku, kami memberitahunya kata-kata tuanku.

25Dan ayah kami berkata, Pergilah semula, dan belilah bagi kami sedikit makanan.

26Dan kami berkata, Kami tidak boleh turun ke sana: jika adik bungsu kami berada bersama kami, maka kami akan turun ke sana: sebab kami tidak boleh melihat wajah lelaki itu kecuali adik bungsu kami berada bersama kami.

27Dan hambamu, ayahku, berkata kepada kami, Kalian tahu bahawa isteriku melahirkan bagiku dua anak lelaki:

28Dan yang satu pergi keluar daripadaku, dan aku berkata, Sudah pasti dia sudah dikoyak bercerai-berai; dan aku tidak melihatnya sejak itu:

29Dan jika kalian mengambil ini daripada diriku juga, dan kecelakaan menimpa dirinya, maka kalian akan membawa ubananku dengan dukacita ke dalam kubur.

30Oleh sebab itu, sekarang ketika aku kembali kepada hambamu, ayahku, dan budak ini tidak berada bersama kami; memandangkan jiwanya tertambat dengan jiwa budak ini;

31Maka ia akan terjadi, ketika dia melihat bahawa budak itu tidak ada bersama kita, bahawa dia akan mati: dan hamba-hambamu akan membawa ubanan hambamu, ayah kami, dengan dukacita ke dalam kubur.

32Sebab hambamu ini sudah menjadi penajajamin bagi budak ini kepada ayahku, dengan berkata, Jika aku tidak membawanya kembali kepadamu, maka aku akan menanggung kesalahan ini kepada ayahku untuk selamanya.

33Oleh sebab itu, sekarang, aku mohon kepadamu, biarlah hambamu ini sebaliknya tinggal menggantikan budak ini sebagai hamba abdi kepada tuanku; dan biarlah budak ini naik pulang bersama saudara-saudaranya.

34Sebab bagaimanakah aku dapat naik pulang kepada ayahku, dan budak itu tidak ada bersamaku? supaya jangan kemungkinan aku nampak celaka yang akan menimpa ayahku.