1Dan Israel berangkat menuruti perjalanannya dengan segala yang dimilikinya, dan sampai ke Bersyeba, lalu mempersembahkan korban-korban kepada Allah Ishak, ayahnya.
2Dan Allah berbicara kepada Israel dalam penglihatan pada waktu malam, dan berkata, Yakub, Yakub. Dan dia berkata, Di sinilah aku.
3Dan dia berkata, Akulah Allah, Allah ayahmu: janganlah takut untuk turun ke Mesir; sebab di sanalah yang akan aku menjadikanmu bangsa yang besar:
4Aku akan turun bersamamu ke Mesir; dan aku juga akan pasti membawamu naik kembali semula: dan Yusuf akan menaruh tangannya ke atas matamu.
5Dan Yakub bangkit dari Bersyeba: dan anak-anak lelaki Israel membawa Yakub, ayah mereka, dan anak-anak kecil mereka, dan isteri-isteri mereka, di dalam gerabak-gerabak yang dikirim Firaun untuk menjemputnya.
6Dan mereka mengambil ternakan mereka, dan harta benda mereka, yang telah diperoleh mereka di tanah Kanaan, dan sampai ke Mesir, Yakub, dan semua benihnya bersamanya:
7Anak-anak lelakinya, dan anak-anak lelaki kepada anak-anak lelakinya, anak-anak perempuannya, dan anak-anak perempuan kepada anak-anak lelakinya, dan semua benihnya dibawa Yakub ke Mesir.
8Dan inilah nama-nama bani Israel, yang masuk ke dalam Mesir, Yakub dan anak-anak lelakinya: Ruben, anak sulung Yakub.
9Dan anak-anak lelaki Ruben; Hanokh, dan Palu, dan Hezron, dan Karmi.
10Dan anak-anak lelaki Simeon; Yemuel, dan Yamin, dan Ohad, dan Yakhin, dan Zohar, dan Syaul anak kepada seorang perempuan Kanaan.
11Dan anak-anak lelaki Lewi; Gerson, Kehat, dan Merari.
12Dan anak-anak lelaki Yehuda; Er, dan Onan, dan Syela, dan Peres, dan Zerah: tetapi Er dan Onan telah mati di tanah Kanaan. Dan anak-anak Peres ialah Hezron dan Hamul.
13Dan anak-anak lelaki Isakhar; Tola, dan Pua, dan Ayub, dan Simron.
14Dan anak-anak Zebulon; Sered, dan Elon, dan Yahleel.
15Itulah anak-anak lelaki Lea, yang dilahirkannya bagi Yakub di Padanaram, dengan tambahan anak perempuannya Dina: jumlah semua jiwa anak-anak lelakinya dan anak-anak perempuannya ialah tiga puluh tiga.
16Dan anak-anak lelaki Gad; Zifyon, dan Hagi, Syuni, dan Ezbon, Eri, dan Arodi, dan Areli.
17Dan anak-anak lelaki Asyer; Yimna, dan Yiswa, dan Yiswi, dan Beria, dan Serah, saudara perempuan mereka: dan anak-anak lelaki kepada Beria; Heber, dan Malkiel.
18Itulah anak-anak lelaki Zilpa, yang telah diserahkan Laban kepada Lea, anak perempuannya, dan orang-orang itu dilahirkannya bagi Yakub, yakni enam belas jiwa.
19Anak-anak Rahel, isteri Yakub; Yusuf, dan Benyamin.
20Dan bagi Yusuf di tanah Mesir telah dilahirkan Manasye dan Efraim, yang Asnat anak perempuan Potifera, imam di On, lahir baginya.
21Dan anak-anak lelaki Benyamin ialah Bela, dan Bekher, dan Asybel, Gera, dan Naaman, Ehi, dan Rosh, Mupim, dan Hupim, dan Ared.
22Inilah anak-anak lelaki Rahel, yang telah dilahir bagi Yakub: jumlah semua jiwa ialah empat belas.
23Dan anak-anak lelaki Dan; Husim.
24Dan anak-anak lelaki Naftali; Yahzeel, dan Guni, dan Yezer, dan Syilem.
25Itulah anak-anak lelaki Bilha, yang telah diserahkan Laban kepada Rahel, anak perempuannya, dan orang-orang itu dilahirkannya bagi Yakub: jumlah semua jiwa ialah tujuh.
26Semua jiwa yang sampai bersama Yakub ke Mesir, yang bangkit dari pangkuannya, di samping isteri-isteri kepada anak-anak lelaki Yakub, semua jiwa itu ialah tiga kali dua puluh dan enam;
27Dan anak-anak Yusuf, yang telah dilahirkan baginya di Mesir, ialah dua jiwa: jumlah semua jiwa rumah tangga Yakub, yang telah masuk Mesir, ialah tiga kali dua puluh dan sepuluh.
28Dan Yakub mengutus Yehuda mendahuluinya kepada Yusuf, untuk menghala wajahnya ke Gosyen; dan mereka sampai ke tanah Gosyen.
29Dan Yusuf mempersiapkan pedatinya, lalu berangkat naik ke Gosyen untuk bertemu dengan Israel, ayahnya; dan dia merangkul leher ayahnya, dan menangis di lehernya lama-lama.
30Dan Israel berkata kepada Yusuf, Sekarang biarlah aku mati, sementara aku sudah melihat wajahmu, kerana kamu masih hidup.
31Dan Yusuf berkata kepada saudara-saudaranya, dan kepada rumah tangga ayahnya, Aku akan naik, dan menunjukkan Firaun, dan berkata kepadanya, Saudara-saudaraku, dan rumah tangga ayahku, yang ada di tanah Kanaan, sudah datang kepadaku;
32Dan lelaki-lelaki itu merupakan gembala, sebab bidang kerja mereka adalah untuk memberi makan kepada ternakan; dan mereka telah membawa kawanan-kawanan mereka, ternakan-ternakan mereka, dan segalanya yang dimiliki mereka.
33Dan biarlah apabila Firaun memanggil kalian, dan berkata, Apakah pekerjaanmu?
34Bahawa kalian akan berkata, Bidang kerja hamba-hambamu adalah berkaitan dengan ternakan sejak umur muda kami sampai sekarang, kedua-dua kami, dan juga bapa-bapa leluhur kami: supaya kalian dapat berdiam di tanah Gosyen; sebab setiap gembala ialah kekejian kepada orang Mesir.