Kejadian 8

Genesis 8

1Dan Allah mengingat Nuh, dan segala apa yang hidup, dan semua ternakan yang ada bersamanya di dalam bahtera: dan Allah menjadikan angin melintasi bumi dan air-air itu diredakan;

2Mata-mata air juga di lautan yang dalam dan tingkap-tingkap syurga dihentikan, dan hujan dari syurga ditahan turun;

3Dan air-air terus semakin menyurut dari bumi: dan sesudah seratus lima puluh hari, air-air itu habis surut.

4Dan bahtera beristirahat pada bulan ketujuh, pada hari ketujuh belas bulan itu, di gunung Ararat.

5Dan air-air itu semakin bertambah kurang sehingga bulan yang kesepuluh: pada bulan sepuluh, pada hari pertama bulan itu, kemuncak gunung-gunung telah kelihatan.

6Dan terjadilah pada akhir empat puluh hari, bahawa Nuh membuka ruang pembukaan bahtera itu yang telah dijadikannya:

7Dan dia melepaskan seekor burung raven, yang berbolak-balik, sehingga air-air itu dikeringkan dari bumi.

8Dia juga melepaskan seekor burung merpati putih daripada dirinya, untuk melihat jika air-air itu sudah surut dari permukaan aras tanah;

9Tetapi burung merpati putih itu tidak menemui istirahat bagi tempat tumpuan kakinya, lalu ia kembali kepada Nuh di bahtera, sebab air-air itu berada di permukaan seluruh bumi: kemudian, dia menghulurkan tangannya, lalu mengambil burung itu, dan menariknya masuk kepada dirinya ke dalam bahtera.

10Dan dia menunggu tujuh hari lagi; dan sekali lagi melepaskan burung merpati putih itu dari bahtera;

11Dan burung merpati itu datang kepadanya pada waktu petang; dan, lihatlah, di dalam paruhnya ada daun zaitun yang telah dipetik: maka Nuh tahu bahawa air-air itu sudah surut dari bumi.

12Dan dia menunggu tujuh hari lagi; dan melepaskan burung merpati putih; yang tidak pulang kembali kepadanya lagi.

13Dan terjadilah pada tahun yang keenam ratus dan yang pertama, pada bulan pertama, hari pertama bulan itu, air-air itu habis kering dari bumi: dan Nuh mengalihkan penutup bahtera itu, dan melihat, dan ternampak permukaan tanah bumi sudah kering.

14Dan pada bulan yang kedua, pada hari kedua puluh tujuh bulan itu, bumi itu menjadi kering.

15Dan Allah berfirman kepada Nuh, dengan berkata,

16Keluarlah dari bahtera, kamu, dan isterimu, dan anak-anak lelakimu, dan isteri-isteri anak-anak lelakimu bersamamu.

17Bawalah bersamamu segala apa yang hidup bersamamu, dari antara semua daging, kedua-dua burung-burung, dan ternakan, dan segala apa yang merayap yang merayap di bumi; supaya mereka dapat membiak dengan banyak di bumi, dan berbuah, dan berganda di bumi.

18Dan Nuh keluar, dan anak-anak lelakinya, dan isterinya, dan isteri-isteri anak-anak lelakinya bersama dia:

19Setiap binatang, segala apa yang merayap, dan setiap burung, dan barang apa yang merayap di bumi, menuruti jenis-jenisnya, keluar dari bahtera.

20Dan Nuh membina mazbah kepada TUHAN; dan telah mengambil dari antara segala binatang tahir, dan dari antara segala burung tahir, dan mempersembahkan persembahan-persembahan bakaran di atas mazbah.

21Dan TUHAN mencium suatu bau yang manis; dan TUHAN berkata di dalam hatinya, Aku tidak akan semula mengutuk tanah lagi demi manusia; sebab bayangan hati manusia jahat dari masa mudanya; dan aku juga tidak akan semula menyambar lagi segala apa yang hidup, seperti yang telah kulakukan.

22Sementara bumi ada, tidak akan berhenti-henti musim menabur dan menuai, dan sejuk dan panas, dan musim panas dan musim sejuk, siang dan malam.