Ibrani 7

Hebrews 7

1Sebab Melkisedek ini, yakni raja Salem, imam Allah Yang Maha Tinggi, yang telah bertemu dengan Abraham yang sedang pulang dari penewasan raja-raja, lalu memberkatinya;

2Dan yang juga diberi Abraham sepersepuluh daripada segalanya; sedangkala pertama-tama merupakan, menurut terjemahan, Raja kewajaran, dan selepas itu juga Raja Salem, iaitu, Raja damai sejahtera;

3Sementara tiada ayah, tiada ibu, tiada keturunan, tiada hujung pangkal hayat, dan juga tiada pengakhiran hidup; tetapi dijadikan seperti Anak Allah; sentiasa kekal sebagai imam.

4Sekarang pertimbangkan betapa besarnya orang ini, sehingga bapa leluhur itu, yakni Abraham, telah memberi sepersepuluh daripada jarahan.

5Dan sesungguhnya mereka yang daripada keturunan Lewi, yang menerima jawatan keimaman itu, ada perintah untuk mengambil persepuluhan menurut hukum, yakni, daripada saudara-saudara mereka, walaupun mereka berasal dari pangkuan Abraham:

6Tetapi dia yang keturunannya tidak diperhitungkan dari kalangan mereka telah menerima persepuluhan daripada Abraham, dan telah memberkati orang itu yang memiliki janji-janji.

7Dan tanpa sebarang pertikaian, yang lebih rendah diberkati oleh yang lebih tinggi.

8Dan di sini manusia yang akan mati menerima persepuluhan; tetapi di sana dia menerimanya, yakni dia yang telah disaksikan bahawa dia hidup.

9Maka aku dapat katakan bahawa, Lewi juga, yang menerima persepuluhan, telah memberi persepuluhan dalam Abraham.

10Sebab dia masih berada di dalam pinggang bapa leluhurnya, ketika Melkisedek bertemu dengannya.

11Maka jikalau kesempurnaan datangnya daripada keimaman Lewi, (sebab di bawahnya umat telah menerima hukum,) apakah keperluan lanjut bagi lagi seorang imam bangkit menurut aturan Melkisedek, dan tidak dipanggil menurut aturan Harun?

12Sebab sementara keimaman berubah, ada keperluan juga untuk mengubah hukum.

13Sebab dia yang berkaitan dengan hal-hal yang dibicarakan ini datangnya daripada suku yang lain, yang tiada seorang pun yang melayani di mazbah.

14Sebab terbuktilah bahawa Tuhan kita muncul daripada Yehuda; suku yang Musa tidak sebut apa pun berkenaan dengan keimaman.

15Dan ia jauh lebih terbukti: sebab menurut keserupaan Melkisedek bangkitlah seorang imam lagi,

16Yang telah dijadikan, bukan menurut hukum perintah yang badaniah, tetapi menurut kuasa hidup yang tidak berkesudahan.

17Sebab dia bersaksi, Engkaulah imam selama-lamanya menurut aturan Melkisedek.

18Sebab sesungguhnya ada pemansuhan hukum yang sebelumnya kerana ia lemah dan tidak menguntungkan.

19Sebab hukum itu tidak menyempurnakan apa pun, tetapi kedatangan suatu harapan yang lebih baik mengadakan itu; yang dengan itulah kita mendekati Allah.

20Dan setakat tidak ketiadaan sumpah dia dijadikan seorang imam:

21(Sebab imam-imam itu telah diimamkan tanpa sumpah; tetapi imam ini diimamkan dengan sumpah oleh dia yang berkata kepadanya, Tuhan bersumpah dan tidak akan bertaubat, Engkaulah imam selama-lamanya menurut aturan Melkisedek:)

22Dengan sebegitu banyak telah Yesus dijadikan penaja jamin bagi suatu wasiat yang lebih baik.

23Dan mereka betul-betul ada banyak imam, kerana mereka tidak dibenarkan untuk berterusan atas sebab mereka mati:

24Tetapi lelaki ini, oleh sebab dia berterusan selama-lamanya, ada suatu keimaman yang tidak dapat berubah.

25Lantaran itu, dia juga mampu menyelamatkan mereka sampai keterlampauan, yakni mereka yang datang kepada Allah melaluinya, memandangkan dia hidup selama-lamanya untuk berdoa syafaat bagi mereka.

26Sebab imam besar sedemikian cukup sesuai bagi kita, imam yang kudus, tidak membahayakan, tidak ternoda, terasing daripada para pendosa, dan dijadikan lebih tinggi daripada syurga;

27Yang tidak perlu mempersembahkan korban setiap hari, seperti imam-imam yang lain itu, pertama-tama bagi dosa sendiri, dan kemudian bagi dosa umat: sebab itu yang telah dia buat sekali, ketika dia mempersembahkan dirinya sendiri.

28Sebab hukum itu mengimamkan manusia yang ada kedaifan; tetapi firman sumpah, yang sudah ada sejak zaman hukum itu, mengimamkan Anak, yang telah ditahbiskan untuk selama-lamanya.