1Dengarlah firman TUHAN, hai Israel sekalian: sebab TUHAN ada perselisihan dengan para penduduk di tanah ini, kerana ketiadaan kebenaran, belas kasihan dan pengetahuan Allah di tanah ini.
2Dengan bersumpah, dan berbohong, dan membunuh, dan mencuri, dan berbuat zina, mereka merajalela, dan darah bertindih dengan darah.
3Oleh sebab itu, tanah akan meratap, dan setiap orang yang berdiam di tanah itu akan merana, bersama-sama binatang-binatang ladang, dan bersama-sama burung-burung di udara; ya, ikan-ikan di laut juga akan dilesapkan.
4Namun, jangan biar sesiapa pun berjuang, atau mencela seorang sama lain: sebab umatmu adalah seperti orang yang berjuang menentang imam.
5Oleh sebab itu, kamu akan jatuh pada hari itu, dan nabi juga akan jatuh bersamamu pada waktu malam, dan aku akan membinasakan ibumu.
6Umatku binasa kerana kekurangan pengetahuan: oleh sebab kamu telah menolak pengetahuan, aku juga akan menolakmu, supaya kamu tidak akan menjadi imam kepadaku: memandangkan kamu telah melupakan hukum Allahmu, aku juga akan melupakan anak-anakmu.
7Pada kadar mereka bertambah, demikianlah mereka berdosa terhadapku: oleh sebab itu aku akan mengubahkan kemuliaan mereka kepada keaiban.
8Mereka memakan dosa umatku, dan mereka memasang hati sendiri kepada kedurjanaan sendiri.
9Dan akan terjadi, seperti umat, demikianlah imam: dan aku akan menghukum mereka bagi jalan-jalan mereka, dan mengganjari mereka bagi perbuatan-perbuatan mereka.
10Sebab mereka akan makan, dan tidak mencukupi: mereka akan melakukan pelacuran, dan tidak akan bertambah bilangan: kerana mereka telah mengabai untuk mengambil peduli akan TUHAN.
11Pelacuran dan wain dan wain baru merampas hati.
12Umatku meminta nasihat pada batang kayu, dan tongkat mereka membuat pengisytiharaan kepada mereka: sebab roh pelacuran telah menyebabkan mereka untuk berbuat salah, dan mereka telah giat melacur menjauhi naungan Allah mereka.
13Mereka berkorban di atas puncak gunung, dan membakar dupa di atas bukit-bukit, di bawah pokok-pokok oak, dan poplar dan elm, kerana bayang-bayangnya baik: oleh sebab itu, anak-anak perempuan kalian akan melakukan pelacuran, dan pasangan-pasangan kalian akan berbuat zina.
14Aku tidak akan menghukum anak-anak perempuanmu ketika mereka berbuat pelacuran, dan juga pasangamu ketika mereka berbuat zina: sebab mereka sendiri sudah diasingkan bersama para pelacur, dan mereka membuat korban dengan orang sundal: oleh sebab itu, umat yang tidak faham akan jatuh.
15Walaupun kamu, Israel, main watak pelacur, namun biar Yehuda tidak turut berbuat salah; dan jangan kalian pergi ke Gilgal, dan jangan kalian pergi ke Betawen, dan jangan bersumpah, TUHAN hidup.
16Sebab Israel menggelongsor ke belakang seperti anak lembu yang mengundur: sekarang TUHAN akan memberi mereka makan seperti seekor anak domba di tempat yang luas.
17Efraim sudah bergabung dengan patung-patung: tinggalkanlah dia bersendirian.
18Minuman mereka masam: mereka telah berbuat pelacuran terus-menerus: para penguasa mereka dengan aib mengasihi dengan berkata, Berilah hai kalian.
19Angin telah mengikat dia di dalam sayap-sayapnya, dan mereka akan menjadi malu kerana korban-korban mereka.