Yesaya 2

Isaiah 2

1Firman yang Yesaya anak kepada Amos nampak berkenaan Yehuda dan Yerusalem.

2Dan ia akan terjadi pada hari-hari terakhir, bahawa gunung rumah TUHAN akan dimantapkan di atas gunung-gunung, dan akan disanjungi di atas bukit-bukit; dan bangsa-bangsa akan mengalir ke dalamnya.

3Dan banyak orang akan pergi dan berkata, Datanglah kalian, dan biar kita naik ke gunung TUHAN, kepada rumah Allah Yakub; dan dia akan mengajar kita jalan-jalannya, dan kita akan berjalan dalam jalan-jalannya: sebab dari Sion akan terpancar hukum, dan firman TUHAN dari Yerusalem.

4Dan dia akan menghakimi di antara bangsa, dan akan menegur banyak orang: dan mereka akan menempa pedang-pedang mereka kepada mata bajak, dan tombak-tombak mereka kepada pisau pemangkas: bangsa tidak akan lagi mengangkat pedang menentang bangsa, dan mereka juga tidak akan lagi belajar peperangan.

5Wahai kaum Yakub, datanglah kalian, dan mari kita berjalan di dalam cahaya TUHAN.

6Dengan ini, engkau telah meninggalkan umatmu kaum Yakub, kerana mereka telah mendapatan kepuasan dari timur, dan merupakan tukang ramal seperti orang Filistin, dan mereka menyenangkan diri sendiri di kalangan bani orang-orang asing.

7Tanah mereka juga penuh dengan perak dan emas, dan jumlah harta berharga mereka pun tidak berkesudahan; tanah mereka juga penuh dengan kuda, dan jumlah pedati pun tidak berkesudahan.

8Tanah mereka juga penuh dengan patung berhala; mereka bersembahyang kepada karya tangan sendiri, yakni apa yang dibuat jari mereka sendiri.

9Dan orang hina menunduk, dan orang besar merendahkan diri: oleh sebab itu, janganlah mengampuni mereka.

10Masuklah ke dalam batu, dan biar dirimu bersembunyi di dalam debu, kerana ketakutan TUHAN, dan kerana kemuliaan keagungannya.

11Wajah tinggi hati manusia akan direndahkan, dan kebongkakan manusia akan dibongkokkan, dan TUHAN sahaja yang akan tersanjung pada hari itu.

12Sebab hari TUHAN angkatan alam semesta akan menimpa setiap orang yang angkuh dan yang congkak, dan akan menimpa setiap orang yang ditinggikan; dan dia akan direndahkan:

13Dan menimpa semua pokok sedar Lebanon, yang tinggi hati dan tersanjung, dan menimpa segala pokok oakBasan,

14Dan menimpa semua gunung yang tinggi, dan menimpa semua bukit yang tersanjung.

15Dan menimpa setiap menara yang tinggi, dan menimpa setiap dinding yang terpagar,

16Dan menimpa semua kapal Tarsis, dan menimpa segala gambar yang indah.

17Dan sikap tinggi hati manusia akan dibongkokkan, dan kebongkakan manusia akan dijadikan rendah: dan TUHAN sahaja yang akan tersanjung pada hari itu.

18Dan patung-patung berhala akan dihapuskannya sama sekali.

19Dan mereka akan masuk ke dalam lubang-lubang di gunung batu, dan ke dalam gua-gua di bumi, kerana ketakutan TUHAN, dan kerana kemuliaan keagungannya, ketika dia bangkit untuk menggoncangkan bumi dengan dahsyat sekali.

20Pada hari itu seseorang akan melemparkan patung berhala peraknya, dan patung berhala emasnya, yang telah dibuat mereka setiap orang bagi diri sendiri untuk disembahyangkan, kepada binatang mole dan kepada kelawar;

21Supaya memasuki celah-celah gunung batu, dan ke atas gunung-gunung batu yang bercerancang, kerana ketakutan TUHAN, dan kerana kemuliaan keagungannya, ketika dia bangkit untuk menggoncangkan bumi dengan dahsyat sekali.

22Kalian hentilah berharap kepada manusia, yang nafasnya berada di lubang hidungnya: sebab di dalam apakah yang akan dia diperhitungkan?