Yesaya 40

Isaiah 40

1Terhiburlah kalian, terhiburlah kalian, hai umatku, firman Allahmu.

2Berbicaralah dengan menghibur kepada Yerusalem, dan serulah kepadanya, bahawa peperangannya sudah tercapai, bahawa kedurjanaannya sudah diampuni: sebab ia sudah menerima daripada tangan TUHAN dua kali ganda bagi segala dosanya.

3Ada suara yang berseru-seru di padang gurun, Kalian persiapkanlah jalan TUHAN, luruskanlah di padang pasir suatu jalan raya bagi Allah kita.

4Setiap lembah akan ditinggikan, dan setiap gunung dan bukit akan direndahkan: dan yang bengkok itu akan diluruskan, dan kawasan yang berlekuk-lekuk diratakan.

5Dan kemuliaan TUHAN akan dinyatakan, dan semua yang daging akan melihatnya bersama-sama: sebab mulut TUHAN telah membicarakannya.

6Suara itu berkata, Berserulah. Dan dia berkata, Apakah yang harus diseruku? Segala daging adalah seperti rumput, dan segala kesemarakannya adalah seperti bunga di padang:

7Rumput layu, bunga lesap: kerana roh TUHAN menghembuskannya: sudah pastilah bangsa itu seperti rumput.

8Rumput layu, bunga lesap: tetapi firman Allah kita akan kekal selamanya.

9Wahai Sion, yang membawa khabar yang baik, pergi naiklah kamu ke gunung yang tinggi; Wahai Yerusalem, yang membawa khabar yang baik, angkatlah suaramu dengan kuat; angkatnya, jangan takut; berkatalah kepada kota-kota Yehuda, Lihatlah Allahmu!

10Lihatlah, Tuhan ALLAH akan datang dengan tangan yang kuat, dan tangannya akan memerintah baginya: lihatlah, ganjarannya ada bersamanya, dan kerjanya ada di hadapannya.

11Dia akan memberi makan kepada kawanannya seperti seorang gembala: dia akan mengumpulkan domba-domba dengan tangannya, dan mengendong mereka di pangkuannya, dan akan memimpin dengan lemah-lembut mereka yang mengandung.

12Siapakah yang telah menakar air di lekuk tangannya, dan mengukur syurga dengan jengkal, dan menyukat debu bumi dengan sukatan, dan menimbang berat gunung-gunung di dacing, dan bukit-bukit di dalam neraca?

13Siapakah yang pernah mengarahkan Roh TUHAN, atau sementara menjadi penasihatnya telah mengajarnya?

14With whom took he counsel, and who instructed him, and taught him in the path of judgment, and taught him knowledge, and shewed to him the way of understanding?instructed�: Heb. made him understandunderstanding: Heb. understandings?

15Lihatlah, bangsa-bangsa adalah seperti setitik air dalam baldi, dan dikira sebagai butir kecil debu di neraca: lihatlah, dia mengangkat kepulauan sebagai benda yang sangat kecil.

16And Lebanon is not sufficient to burn, nor the beasts thereof sufficient for a burnt offering.

17Semua bangsa di hadapannya dianggap sebagai kosong; dan mereka semua dihitung sebagai kurang daripada kosong, dan sia-sia sahaja.

18Kepada siapakah akan kalian menyamai Allah? atau dengan kesamaan apakah akan kalian membandingkannya?

19Para pekerja melebur keluar suatu gambar terukir, dan tukang emas menyelaputinya dengan emas, dan menaruh rantai-rantai perak.

20Dia yang sungguh miskin sehingga tiada persembahan memilih suatu pokok yang tidak akan reput; dia mencari baginya seorang karyawan yang mahir untuk menyediakan suatu gambar terukir, yang tidak dapat goyah.

21Tidakkah kalian tahu? tidakkah kalian mendengar? tidakkah ia sudah diberitahu kalian dari permulaan? tidakkah kalian memahami sejak adanya dasar bumi?

22Dia itulah yang duduk pada lingkungan bulat bumi, dan para penghuni di dalamnya adalah seperti belalang; dia yang membentangkan syurga seperti langsir, dan menghamparkannya seperti khemah untuk didiami:

23Yang membawa para penguasa kepada ketiadaan; dia menjadikan para hakim di bumi seperti kesia-siaan.

24Ya, mereka tidak akan ditanam; ya, mereka tidak akan disemai: ya, batang mereka tidak akan berakar di bumi: dan dia juga akan meniup ke atas mereka, dan mereka akan layu, dan puting beliung akan mengambil mereka seperti jerami.

25Maka kepada siapakah kalian akan menyamaiku, atau akanku jadi sebaya? firman Yang Maha Kudus.

26Angkatlah pandangan matamu, dan lihatlah siapa yang telah menciptakan semuanya ini, yang mengeluarkan tentaranya yang berbilang-bilang: dia memanggil mereka semua menuruti nama mereka melalui kebesaran kuasanya, sebab dia kuat dalam kuasa; tidak satu pun yang jatuh.

27Why sayest thou, O Jacob, and speakest, O Israel, My way is hid from the LORD, and my judgment is passed over from my God?

28Tidakkah kamu tahu? tidakkah kamu dengar, bahawa Allah Yang Abadi, TUHAN, Sang Pencipta hujung-hujung bumi, tidak menjadi lelah, dan tidak lesu? pemahamannya tidak dapat diselami.

29Dia memberi kekuatan kepada yang lemah, dan kepada mereka yang tidak ada kekuatan, dia menambahkan tenaga.

30Para teruna pun akan menjadi lemah dan lesu, dan orang muda akan akhirnya jatuh:

31Tetapi mereka yang menantikan Tuhan akan memperbaharui kekuatan mereka; mereka akan beroleh naik dengan sayap seperti burung helang; mereka akan lari, dan tidak menjadi lesu; dan mereka akan berjalan, dan tidak menjadi lemah.