Yeremia 35

Jeremiah 35

1Firman yang datang kepada Yeremiah daripada TUHAN pada hari-hari zaman Yoyakim anak kepada Yosia, raja Yehuda, dengan berkata,

2Pergilah ke rumah Rekhab, dan berbicaralah kepada mereka, dan bawalah mereka ke dalam rumah TUHAN, ke dalam salah satu kamar, dan berilah mereka wain untuk diminum.

3Kemudian aku mengambil Yaaznya anak kepada Habazinya, dan para saudaranya, dan semua anak-anak lelakinya, dan seluruh rumah Rekhab;

4Dan aku membawa mereka ke dalam rumah TUHAN, ke dalam kamar anak-anak Hanan anak kepada Yigdalya, hamba Allah, yang ada di sebelah kamar para penguasa, yang di atas kamar Maaseya anak kepada Salum, penjaga pintu:

5Dan aku letak di hadapan umat kaum Rekhab bekas-bekas yang penuh berisi wain, dan juga cawan-cawan, dan aku berkata kepada mereka, Kalian minumlah wain.

6Tetapi mereka berkata, Kami sedikitpun tidak akan minum wain: sebab Yonadab anak Rekhab, bapa leluhur kami, memerintahkan kami dengan berkata, Kalian sedikitpun tidak akan minum wain, baik kalian mahupun keturunan kalian untuk selama-lamanya:

7Kalian juga tidak akan membina rumah, atau menabur benih, atau menanam suatu ladang anggur atau memilikinya. tetapi kalian sepanjang hayat akan berdiam dalam khemah; supaya kalian dapat hidup lama-lama di tanah yang kalian dianggap orang asing.

8Demikianlah kami telah mentaati suara Yonadab anak Rekhab bapa leluhur kami, di dalam semua hal yang telah dia sarankan kepada kami, supaya sedikitpun tidak minum wain sepanjang hayat kami, bagi kami, isteri-isteri kami, anak-anak lelaki kami dan anak-anak perempuan kami;

9Dan tidak membina rumah untuk didiami diri kami: dan juga tidak ada kebun anggur, ladang atau benih:

10Tetapi kami telah berdiam di dalam khemah, dan sudah mentaati, dan sudah berbuat menurut segala yang Yonadab, bapa leluhur kami telah perintahkan kami.

11Tetapi telah terjadi, ketika Nebukadnezar, raja Babel, naik masuk ke dalam negeri ini, bahawa kami berkata, Ayuh, dan biar kita memasuki Yerusalem kerana takut akan angkatan orang Kasdim, dan kerana takut akan angkatan orang Siria: maka kami berdiam di Yerusalem.

12Kemudian datanglah firman TUHAN kepada Yeremia, dengan berkata,

13Beginilah firman TUHAN angkatan alam semesta, Allah Israel: Pergi dan beritahu orang Yehuda dan para penghuni Yerusalem, Akankah kalian tidak menerima arahan untuk mengendahkan perkataan-perkataanku? firman TUHAN.

14Kata-kata Yonadab anak kepada Rekhab, bahawa dia telah memerintahkan anak-anak lelakinya supaya tidak minum wain, telah dipatuhi; sebab sampai kepada hari ini mereka tidak minum wain, tetapi mentaati perintah ayah mereka: walau bagaimanapun aku telah berfirman kepada kalian, dengan bangun awal dan berbicara; tetapi kalian tidak mengendahkanku.

15Aku juga telah mengutus kepada kalian semua hambaku, iaitu para nabi, dengan bangun awal dan mengutus mereka, dengan berkata, Kembalilah kalian setiap orang dari jalan jahatnya, dan ubahlah perbuatanmu, dan jangan menuruti allah-allah lain untuk melayani mereka, dan kalian akan berdiam di tanah yang telah kuberi kepada kalian dan kepada bapa-bapa leluhur kalian: tetapi kalian tidak mencenderungkan telinga kalian, dan juga tidak mengendahkanku.

16Oleh sebab anak-anak Yonadab anak kepada Rekhab telah mematuhi perintah bapa leluhur mereka, yang telah dia perintahkan mereka; tetapi umat ini tidak mengendahkanku:

17Maka beginilah firman TUHAN Allah alam semesta, Allah Israel; Lihatlah, aku akan membawa ke atas Yehuda dan ke atas seluruh penghuni Yerusalem segala kejahatan yang telah aku sebut terhadap mereka: kerana aku telah berbicara kepada mereka, tetapi mereka tidak mendengar; dan aku telah memanggil mereka, tetapi mereka tidak menjawab.

18Dan Yeremia berkata kepada kaum Rekhab, Demikianlah firman Tuhan angkatan alam semesta, Allah Israel; Oleh sebab kalian telah mentaati perintah Yonadab, yakni bapa leluhur kalian, dan memegang semua ketetapannya, dan berbuat menurut segala yang telah dia perintahkan kalian:

19Maka, demikianlah firman Tuhan angkatan alam semesta, Allah Israel; Yonadab anak Rekhab tidak akan kekurangan waris untuk berdiri menghadapku selamanya.