Ayub 2

Job 2

1Sekali lagi ada suatu hari ketika anak-anak Allah datang untuk mempersembahkan diri mereka kepada TUHAN, dan Syaitan juga datang di kalangan mereka untuk mempersembahkan dirinya di hadapan TUHAN.

2Dan TUHAN berkata kepada Syaitan, Dari manakah kamu datang? Dan Syaitan menjawab TUHAN, dan berkata, Dari berulang alik di bumi, dan dari jelajah naik turun di dalamnya.

3Dan TUHAN berkata kepada Syaitan, Sudahkah kamu pertimbangkan hambaku Ayub, bahawa tiada sesiapa yang seperti dia di bumi, orang yang sempurna dan yang jujur, orang yang takut akan Allah, dan yang menjauhi kejahatan? dan dia masih berpegang teguh kepada integritinya, walaupun kamu memujukku untuk menentangnnya, untuk membinasakan dia tanpa sebab.

4Dan Syaitan menjawab TUHAN, dan berkata, Kulit ganti kulit, ya, segalanya yang dimiliki seseorang diserahkan bagi nyawanya.

5Tetapi hulurkanlah tanganmu sekarang, dan jamahlah tulangnya dan dagingnya, dan dia akan mengutukmu terang-terang pada wajahmu.

6Dan TUHAN berkata kepada Syaitan, Lihatlah, dia berada di tanganmu; tetapi selamatlah nyawanya.

7Maka pergilah Syaitan dari hadirat TUHAN, lalu menyambar Ayub dengan barah bisul yang parah dari telapak kakinya sampai ke ubun-ubunnya.

8Dan Ayub mengambil pecahan tembikar untuk mengikis-ikis dirinya dengan itu; dan dia duduk di tengah-tengah abu.

9Kemudian isterinya berkata kepadanya, Adakah kamu masih mengekalkan integritimu? kutuklah Allah, dan matilah.

10Tetapi dia berkata kepadanya, Kamu bercakap seperti percakapan salah seorang perempuan bebal. Apa? haruskah kita menerima yang baik dari tangan Allah, dan tidak harus menerima yang celaka? Dalam segalanya ini Ayub tidak berdosa dengan bibirnya.

11Dalam pada itu, ketika ketiga-tiga sahabat Ayub mendengar akan segala celaka ini yang telah menimpanya, mereka datang setiap orang dari tempatnya masing-masing; Elifaz orang Teman, dan Bildad orang Suah, dan Zofar orang Naama: sebab mereka sudah membuat suatu temu janji bersama untuk datang meratap bersama-sama Ayub dan untuk menghiburkannya.

12Dan ketika mereka mengangkat mata mereka dari jauh-juah, dan tidak mengenalnya, mereka mengangkat suara mereka, lalu menangis; dan mereka mengoyak masing-masing jubah mereka, dan menaburkan debu kepada kepala mereka terhadap syurga.

13Maka mereka duduk dengan Ayub di atas tanah untuk tujuh hari dan tujuh malam, dan tidak seorang pun mengucapkan sepatah perkataan kepadanya: sebab mereka nampak bahaya dukacitanya sungguh besar.