Hakim-Hakim 16

Judges 16

1Kemudian beralihlah Simson ke Gaza, dan di sana nampak seorang perempuan sundal, dan masuk kepadanya.

2Dan itu diberitahu kepada orang Gaza, dengan berkata, Simson sudah datang ke sini. Dan mereka mengepungnya di dalam, dan menantikannya sepanjang malam di pintu gerbang kota itu, dan mereka senyap sepanjang malam, dengan berkata, Pada waktu pagi, ketika ia sudah siang, kita akan membunuhnya.

3Dan Simson berbaring sampai tengah malam, dan bangun pada tengah malam, dan mengambil pintu-pintu gerbang kota itu, dan kedua-dua tiang pintu, lalu pergi bersamanya, palang dan segalanya, dan menaruhnya pada bahunya, dan mengangkatnya ke puncak suatu bukit yang ada di hadapan Hebron.

4Dan terjadilah kemudian, bahawa dia mengasihi seorang perempuan di lembah Sorek, yang namanya Delila.

5Dan para tuan orang Filistin datang kepada perempuan itu, dan berkata kepadanya, Godailah dia, dan lihat mana punca kekuatannya, dan dengan cara apa kita dapat menang atasnya, supaya kita dapat mengikatnya untuk menyeksanya: dan kita akan memberi kepadamu setiap orang dari antara kami sebelas ratus keping wang perak.

6Dan Delila berkata kepada Simson, Beritahuku, aku mohon kepadamu, manakah punca kekuatan besarmu, dan apakah yang dapat mengikatmu supaya menyeksakanmu.

7Dan Simson berkata kepadanya, Jika mereka mengikatku dengan tujuh utas tali yang hijau yang tidak pernah dikeringkan, maka aku akan menjadi lemah, dan menjadi seperti lelaki yang lain.

8Lalu para tuan orang Filistin membawa kepada perempuan itu tujuh utas tali hijau yang tidak pernah dikeringkan, dan dia mengikat Simson dengan tali-tali itu.

9Dalam pada itu, para lelaki itu sedang menunggu, sementara tinggal bersama perempuan di kamar itu. Dan perempuan itu berkata kepada Simson, Orang Filistin sudah datang kepadamu, Simson. Dan dia memecahkan tali-tali itu, seperti serat flaks yang terputus ketika ia menyentuh api. Jadi punca kekuatannya tidak diketahui.

10Dan Delila berkata kepada Simson, Lihatlah, kamu telah mempermainkanku, dan memberitahuku dusta: sekarang beritahulah aku, aku mohon kepadamu, dengan apa kamu dapat diikat?

11Dan dia berkata kepadanya, Jika mereka mengikatkanku dengan tali yang baru yang tidak pernah dipakai, maka, aku akan menjadi lemah, dan menjadi seperti lelaki yang lain.

12Maka Delila mengambil tali yang baru, dan mengikatkannya dengan itu, dan berkata kepadanya, Orang Filistin sudah datang kepadamu, Simson. Dan adanya orang yang berdiam menunggu yang tinggal di kamar itu. Dan Simson memutuskan tali-tali itu daripada tangannya seperti seutas benang sahaja.

13Dan Delila berkata kepada Simson, Sampai sekarang engkau telah mempermainkanku, dan telah memberitahuku dusta: beritahuku dengan apa yang kamu dapat diikat. Dan Simson berkata kepadanya, Jika kamu menenun ketujuh-tujuh jambul rambutku dengan tenunan.

14Dan perempuan itu mengikatkannya dengan pin, dan berkata kepadanya, orang Filistin sudah datang kepadamu, Simson. Dan dia bangun dari tidurnya, dan pergi keluar bersama pin palang itu, dan dengan tenunan itu.

15Dan perempuan itu berkata kepadanya, Bagaimana mungkin kamu berkata, Aku mengasihimu, ketika hatimu tidak ada bersamaku? kamu telah mempermainkanku tiga kali ini, dan tidak memberitahuku punca kekuatanmu itu.

16Dan terjadilah, ketika perempuan itu hari-hari menekannya dengan kata-katanya, dan mendesaknya, sehingga jiwanya sungguh gemas sehingga ingin mati;

17Bahawa Simson memberitahu perempuan itu segala isi hatinya, dan berkata kepadanya, Tidak pernah sebilah pisau cukur mengena kepalaku; sebab aku seorang Penazar kepada Allah sejak di rahim ibuku: jika aku dicukur, maka kekuatanku akan terlepas daripadaku, dan aku akan menjadi lemah, dan menjadi seperti sesiapa pun yang lain.

18Dan ketika Delila nampak bahawa Simson telah memberitahunya segala isi hatinya, dia mengutus orang dan memanggil untuk para tuan Filistin, dengan berkata, Datanglah kali terakhir ini, sebab dia telah menunjukkanku segala isi hatinya. Kemudian para tuan Filistin datang kepada perempuan itu, dan membawa wang dalam tangan mereka.

19Dan perempuan itu menjadikan Simson tidur di pangkuannya; dan dia memanggil untuk seorang lelaki, dan mengarahkannya untuk mencukur tujuh jambul rambut di kepala Simson; dan perempuan itu mula menyeksanya, dan kekuatannya telah terlepas daripadanya.

20Dan perempuan itu berkata, orang Filistin sudah datang kepadamu, Simson. Dan dia bangun daripada tidurnya, dan berkata, Aku akan pergi keluar seperti dahulukala, dan meronta lepas diriku. Dan dia tidak tahu bahawa TUHAN telah meninggalkannya.

21Tetapi orang Filistin mengambilnya, dan mencungkil matanya, dan membawanya turun ke Gaza, dan mengikatnya dengan belenggu gangsa; dan Simson mengirik di rumah penjara.

22Walau bagaimanapun rambut di kepalanya mula bertumbuh semula sesudah dicukur.

23Kemudian para tuan orang Filistin berkumpul bersama untuk mempersembahkan korban yang besar kepada Dagon, allah mereka, dan untuk bersukacita: sebab mereka berkata, Allah kita telah menyerahkan Simson, musuh kami, ke dalam tangan kami.

24Dan ketika orang ramai nampak Simson, mereka memuji allah mereka: sebab mereka berkata, Allah kita telah menyerah ke dalam tangan kita musuh kita, dan pembinasa negara kita, yang telah membunuh banyak orang kita.

25Dan terjadilah, ketika hati mereka bermeriah, bahawa mereka berkata, Panggillah Simson, supaya dia dapat dijadikan mainan kita. Dan mereka memanggil untuk Simson dari rumah penjara itu; dan dia dijadikan mainan mereka: dan mereka menempatkannya di antara tiang-tiang.

26Dan Simson berkata kepada budak yang memegang tangannya, Benarkan aku supaya aku dapat meraba-raba tiang-tiang yang disangga rumah ini, supaya aku dapat bersandar kepadanya.

27Dalam pada itu, rumah itu dipenuhi dengan lelaki dan perempuan; dan semua tuan orang Filistin berada di sana; dan ada di atas bumbung itu sekitar tiga ribu orang lelaki dan perempuan, yang memandang sementara Simson dijadikan mainan.

28Dan Simson memanggil kepada TUHAN, dan berkata, Ya Tuhan ALLAH, ingatilah aku, aku mohon kepadamu, dan kuatkan diriku, aku mohon kepadamu, hanya kali ini, ya Allah, supaya aku dengan sekali gus mendapat pembalasan terhadap orang Filistin bagi kedua-dua mataku.

29Dan Simson memegang dua tiang yang disangga rumah itu, dan yang di atasnya rumah itu disokong, salah satu dengan tangan kanannya, dan satu lagi dengan tangan kirinya.

30Dan Simson berkata, Biar aku mati bersama orang Filistin. Dan dia membongkok dirinya dengan segala kekuatannya; dan rumah itu jatuh ke atas tuan-tuan itu, dan ke atas semua orang yang ada di dalamnya. Jadi bilangan orang yang mati yang Simson bunuh ketika kematiannya melebihi orang yang dia bunuh dalam kehidupannya.

31Kemudian saudara-saudaranya dan seluruh rumah tangga ayahnya turun, dan mengambilnya, dan mengangkatnya naik, dan menguburkannya di antara Zora dan Esytaol di tempat perkuburan Manoah, ayahnya. Dan dia menghakimi Israel untuk dua puluh tahun.