Hakim-Hakim 6

Judges 6

1Dan bani Israel berbuat jahat di pandangan TUHAN: dan TUHAN menyerahkan mereka ke dalam tangan orang Midian untuk tujuh tahun.

2Dan tangan orang Midian menang atas Israel: dan oleh sebab orang Midian, bani Israel membuat lubang di gunung, dan gua, dan kubu pertahanan.

33 Dan demikian ia terjadi, iaitu ketika Israel sudah menabur, orang Midian datang, dan orang Amalek, dan bani sebelah timur pun datang menentang mereka;

4Dan mereka mengepung Israel, dan membinasakan pertumbuhan dari bumi, sampai kamu tiba ke Gaza, dan tidak meninggalkan apa pun zat makanan bagi Israel, baik domba dan lembu mahupun keldai.

5Sebab mereka datang dengan ternakan mereka dan khemah mereka, dan mereka datang seperti belalang yang besar bilangannya: sebab mereka bersertakan unta-unta mereka tidak terbilang banyaknya: dan mereka memasuki negeri untuk membinasakannya.

6Dan Israel sungguh dimiskinkan kerana orang Midian; dan bani Israel berseru kepada TUHAN.

7Dan terjadilah ketika bani Israel berseru kepada TUHAN kerana orang Midian,

8Bahawa TUHAN mengutus seorang nabi kepada bani Israel, yang berkata kepada mereka, Beginilah firman TUHAN Allah Israel, aku telah membawa kalian keluar dari Mesir, dan telah membawa kalian keluar dari rumah pembelengguan;

9Dan aku melepaskan kalian dari tangan orang Mesir, dan dari tangan semua orang yang telah menindas kalian, dan telah menghalau mereka keluar dari hadapan kalian, dan memberi kalian tanah mereka;

10Dan aku berfirman kepada kalian, Akulah TUHAN Allahmu; janganlah takut akan allah-allah Amori, yang di kawasan tanah mereka kalian berdiam: tetapi kalian tidak mentaati suaraku.

11Dan ada datangnya seorang malaikat TUHAN, lalu duduk di bawah pokok oak yang berada di Ofra, yang kepunyaan Yoas, orang Abiezer: dan anak lelakinya Gideon mengirik gandum di tempat pemerasan anggur, supaya menyembunyinya daripada orang Midian.

12Dan malaikat TUHAN menyatakan diri kepadanya, lalu berkata kepadanya, TUHAN ada bersamamu, hai kamu lelaki yang gagah perkasa.

13Dan Gideon berkata kepadanya, Wahai tuanku, jika TUHAN ada bersama kami, maka mengapa semuanya ini menimpa kami? dan di manakah segala mukjizat yang telah diceritakan bapa-bapa leluhur kami, dengan berkata, Tidakkah TUHAN membawa kita keluar dari Mesir? tetapi sekarang TUHAN telah meninggalkan kami, dan telah menyerahkan kami ke dalam tangan orang Midian.

14Dan TUHAN memandang kepadanya, dan berkata, Pergilah dengan ini kekuatanmu, dan kamu akan menyelamatkan Israel daripada tangan orang Midian: bukankah aku sudah mengutusmu?

15Dan dia berkata kepadanya, Ya tuanku, dengan apa harusku menyelamatkan Israel? lihatlah, keluargaku miskin di Manasye, dan aku yang paling rendah di rumah tangga bapaku.

16Dan TUHAN berfirman kepadanya, Sudah tentulah aku akan ada bersamamu, dan kamu akan memukul kalah orang Midian seakan-akan dia seorang sahaja.

17Dan dia berkata kepadanya, Jika sekarang aku telah memperoleh rahmat di pandanganmu, maka tunjukkanlah aku tanda bahawa engkau berbicara denganku.

18Janganlah tinggal dari sini, aku mohon kepadamu, sehingga aku datang semula kepadamu, dan membawa hadiahku, dan meletakkannya di hadapanmu. Dan dia berkata, Aku akan menunggu sehingga kamu datang kembali.

19Dan Gideon masuk, dan mempersiapkan seekor anak kambing, dan roti yang tidak beragi dari seefa tepung: dagingnya dia taruh ke dalam bakul, dan dia menaruh kuahnya di dalam sebuah periuk, dan membawanya keluar kepadanya di bawah pokok oak itu, lalu mempersembahkan itu.

20Dan malaikat Allah berkata kepadanya, Ambillah daging dan roti yang tidak beragi itu, dan baringkannya ke atas batu ini, dan curahkanlah kuahnya. Dan Gideon berbuat demikian.

21Kemudian malaikat TUHAN menghulurkan hujung tongkat yang ada pada tangannya, dan menyentuh daging dan roti yang tidak beragi itu; lalu bangkitlah api dari batu itu, dan menghanguskan daging dan roti yang tidak beragi. Kemudian malaikat TUHAN meninggalkan pandangan Gideon.

22Dan ketika ditanggapi Gideon bahawa dia merupakan malaikat daripada TUHAN, Gideon berkata, Celakalah aku, ya Tuhan ALLAH! sebab aku telah melihat seorang malaikat TUHAN dengan bersemuka.

23Dan TUHAN berfirman kepadanya, Damai sejahtera menyertaimu; janganlah takut: kamu tidak akan mati.

24Kemudian Gideon membina mazbah di sana kepada TUHAN, dan memanggilnya Jehovahshalom: sampai kepada hari ini ia masih berada di Ofra, milik orang Abiezer.

25Dan terjadilah pada malam yang sama, bahawa TUHAN berfirman kepadanya, Ambillah lembu jantan muda ayahmu, yakni lembu jantan kedua yang berumur tujuh tahun, dan robohkanlah mazbah Baal kepunyaan ayahmu, dan tebangkanlah perteduhan berhala yang ada di sampingnya:

26Dan binalah sebuah mazbah kepada TUHAN Allah di atas batu ini, di tempat yang tersusun, dan bawalah lembu jantan kedua itu, dan persembahkan korban bakaran dengan kayu perteduhan berhala itu yang telah ditebangkanmu itu.

27Kemudian Gideon mengambil sepuluh lelaki hambanya, dan berbuat seperti difirmankan TUHAN kepadanya: dan terjadilah demikian, kerana dia takut akan rumah tangga ayahnya, dan lelaki di kota, sehingga dia tidak dapat melakukan itu pada waktu siang, bahawa dia melakukan itu pada waktu malam.

28Dan ketika orang kota itu bangun pada waktu pagi, lihatlah, mazbah Baal sudah dirobohkan, dan perteduhan berhala yang di sampingnya itu sudah ditebang, dan lembu jantan kedua telah dipersembahkan di atas mazbah yang telah dibina.

29Dan mereka berkata kepada satu sama lain, Siapakah yang telah melakukan hal ini? Dan ketika mereka menyoal dan bertanya, mereka berkata, Gideon anak lelaki kepada Yoas telah melakukan hal ini.

30Kemudian lelaki kota itu berkata kepada Yoas, Keluarkanlah anak lelakimu, supaya dia dapat mati: kerana dia telah merobohkan mazbah Baal, dan kerana dia telah menebang perteduhan berhala yang di sampingnya.

31Dan Yoas berkata kepada semua yang berdiri menentangnya, Akankah kalian merayu untuk Baal? akankah kalian menyelamatkannya? dia yang mahu membela Baal, biarlah dia dimatikan sementara ia masih pagi: jika Baal itu allah, maka biarlah dia membela dirinya sendiri, kerana seseorang yang telah merobohkan mazbahnya.

32Oleh sebab itu pada hari itu, dia memanggilnya Yerubaal, dengan berkata, Biarlah Baal membela diri menentangnya, kerana dia telah merobohkan mazbahnya.

33Then all the Midianites and the Amalekites and the children of the east were gathered together, and went over, and pitched in the valley of Jezreel.

34Tetapi Roh TUHAN datang ke atas Gideon, dan dia meniup sangkakala; dan Abiezer dikumpulkan untuk mengikutinya.

35Dan dia mengutus para utusan menerusi seluruh Manasye; yang juga dikumpulkan untuk mengikutinya: dan dia mengutus para utusan ke Asyer, dan ke Zebulon, dan ke Naftali; dan orang-orang tersebut datang untuk bertemu dengan mereka.

36Dan Gideon berkata kepada Allah, Jika engkau akan menyelamatkan Israel melalui tanganku, seperti yang telah difirmankan engkau,

37Lihatlah, aku akan menaruh guntingan bulu domba di atas lantai; dan jika embun berada di atas guntingan bulu itu sahaja, dan ia kering pada tanah di sekitarnya, maka aku akan tahu bahawa engkau akan menyelamatkan Israel melalui tanganku, seperti yang difirmankan engkau.

38Dan demikianlah terjadi: sebab dia bangun awal-awal pada hari keesokan, dan memadatkan guntingan bulu itu, lalu memeraskan embun daripada guntingan bulu, satu mangkuk penuh dengan air.

39Dan Gideon berkata kepada Allah, Biar kemarahanmu jangan dinyalakan terhadapku, dan aku akan berucap hanya sekali ini sahaja: biar aku uji, aku mohon kepadamu, hanya sekali ini dengan guntingan bulu domba; biar ia sekarang hanya kering pada guntingan bulu, dan bagi tanah di sekitarnya biar adanya embun.

40Dan Allah berbuat sedemikian pada malam itu: sebab ia kering pada guntingan bulu itu sahaja, dan ada embun pada seluruh tanah.