Markus 16

Mark 16

1Dan apabila sabat itu sudah berlalu, Maria Magdalena, Maria ibu Yakobus, dan Salome, telah membeli rempah-rempah manis, supaya mereka dapat datang dan melumuri jenazah Yesus.

2Dan pada awal pagi hari pertama minggu itu, mereka datang ke makam itu ketika matahari sedang terbit.

3Dan mereka berkata antara sesama diri, Siapakah yang akan menggulingkan batu bagi kita daripada pintu makam itu?

4Dan apabila mereka melihat, mereka ternampak bahawa batu itu sudah terguling: sebab batu itu sungguh besar.

5Dan sementara memasuki makam itu, mereka nampak seorang pemuda duduk pada bahagian kanan dan berpakaian jubah putih; dan mereka menjadi takut.

6Dan pemuda itu berkata kepada mereka, Janganlah takut: Kalian sedang mencari Yesus orang Nazaret, yang telah disalibkan: dia telah bangkit; dia tiada di sini: lihatlah tempat yang mereka baringkan jenazahnya.

7Tetapi kalian pergilah, dan beritahu murid-muridnya dan Petrus bahawa Yesus pergi mendahului kalian ke Galilea: di sana kalian akan melihatnya, seperti yang telah dikatakannya kepada kalian.

8Dan mereka keluar dengan lekas, dan lari dari makam itu; sebab mereka gementar dan hairan: mereka juga tidak menyatakan apa pun kepada sesiapa pun; sebab mereka itu takut.

9Ketika Yesus telah bangkit awal-awal pada hari pertama minggu itu, dia menampakkan diri dahulu kepada Maria Magdalena, iaitu orang yang pernah dia usir keluar tujuh roh iblis daripadanya.

10And she went and told them that had been with him, as they mourned and wept.

11And they, when they had heard that he was alive, and had been seen of her, believed not.

12After that he appeared in another form unto two of them, as they walked, and went into the country.

13And they went and told it unto the residue: neither believed they them.

14Kemudian dia menampakkan diri kepada yang sebelas itu sementara mereka duduk makan, dan menegur mereka akan ketidakpercayaan dan kekerasan hati mereka, kerana mereka tidak mempercayai orang yang telah melihatnya setelah dia bangkit semula.

15Dan dia berkata kepada mereka, Kalian pergilah ke seluruh dunia, dan khutbahkan injil kepada setiap insan.

16Sesiapa yang percaya dan dibaptis akan diselamatkan; tetapi orang yang tidak percaya akan dilaknat.

17Dan tanda-tanda ini akan menyertai mereka yang percaya; Oleh namaku mereka akan mengusir roh-roh iblis; mereka akan bertutur dengan lidah-lidah yang baru;

18Mereka akan mengangkat ular; dan jika mereka minum apa pun yang boleh membawa maut, itu tidak akan membahayakan mereka; mereka akan menumpang tangan ke atas orang sakit, dan orang sakit itu akan dipulihkan.

19Jadi setelah Tuhan berkata-kata dengan mereka, dia disambut naik ke syurga, lalu duduk di tangan kanan Allah.

20Dan mereka pergi, dan berkhutbah di segala tempat, sementara Tuhan bekerja dengan mereka, dan mengesahkan firman dengan tanda-tanda yang menyertai. Amin.