Bilangan 30

Numbers 30

1Dan Musa berbicara kepada kepala-kepala suku kaum yang berkenaan bani Israel, dengan berkata, Inilah apa yang telah diperintahkan TUHAN.

2Jika seseorang lelaki membuat nazar kepada TUHAN, atau membuat sumpah untuk mengikat jiwanya dengan sebuah janji; maka dia tidak akan memungkiri katanya, dia akan berbuat menurut segala apa yang diucapkan mulutnya.

3Jika seorang perempuan juga membuat sebuah nazar kepada TUHAN, dan mengikat dirinya dengan sebuah janji, sementara di naungan rumah ayahnya pada masa mudanya;

4Dan ayahnya mendengar nazarnya, dan janji yang dengan itu dia mengikat jiwanya, dan ayahnya berdiam diri kepadanya: maka segala nazarnya akan kekal tegak, dan setiap janji yang dengan itu dia mengikat jiwanya akan kekal tegak.

5Tetapi jika ayahnya tidak melarangnya pada hari ayahnya mendengar itu; tidak satu pun nazarnya, atau janji yang dengan itu dia telah mengikat jiwanya, akan kekal tegak: dan TUHAN akan mengampuninya, kerana ayahnya melarangkannya.

6Dan jika sekali pun dia bersuami, pada ketika dia bernazar, atau menuturkan apa pun daripada bibirnya, yang dengan itu dia mengikat jiwanya;

7Dan suaminya mendengar itu, dan berdiam diri kepadanya pada hari yang dia mendengar itu: maka nazarnya yang dengan itu dia mengikat jiwanya akan kekal tegak.

8Tetapi jika suaminya melarangkannya pada hari suaminya mendengar itu; maka suaminya akan menjadikan nazarnya yang telah dinazarkannya, dan apa yang ditutur bibirnya, yang dengan itu dia mengikat jiwanya, sebagai terbatal: dan TUHAN akan mengampuninya.

9Tetapi setiap nazar oleh seorang balu, dan perempuan yang sudah bercerai, yang dengan nazar itu telah mereka ikat jiwa mereka, akan kekal tegak baginya.

10Dan jika dia telah bernazar di rumah naungan suaminya, atau mengikat jiwanya oleh janji bersumpah;

11Dan suaminya telah mendengar itu, dan telah berdiam diri kepadanya, dan tidak melarangnya: maka segala nazarnya akan kekal, dan setiap janji yang dengan itu dia menambatkan jiwanya akan kekal.

12Tetapi jika suaminya telah langsung meniadakan itu pada hari dia mendengarnya; maka barang apa yang telah diucapkan mulutnya berkenaan nazar-nazarnya, atau berkenaan ikatan jiwanya, tidak akan kekal tegak: suaminya telah meniadakannya; dan TUHAN akan mengampuninya.

13Setiap nazar, dan setiap ikatan sumpah untuk menyeksa jiwa, suaminya boleh memantapkannya, atau suaminya boleh meniadakannya.

14Tetapi jika suaminya sama sekali berdiam diri kepadanya hari demi hari, maka dia memantapkan segala nazarnya, atau segala janjinya, yang ditanggungnya: suaminya mengesahkannya, kerana suami berdiam diri kepada isteri pada hari yang telah dia dengar nazar-nazar itu.

15Tetapi jika dia dengan cara apa pun meniadakannya sesudah dia mendengar nazar-nazar itu; maka suami akan menanggung kedurjanaan isteri.

16Inilah peraturan-peraturan, yang telah diperintahkan TUHAN kepada Musa, di antara seorang lelaki dengan isterinya, di antara ayah dengan anak perempuannya, sementara masih muda di naungan rumah ayahnya.