1Paulus, orang terpenjara Yesus Kristus, dan saudara kita Timotius, kepada Filemon, kekasih yang tersayang, dan rakan sekerja kami,
2Dan kepada kekasih kita Apfia, dan Arkhipus askar seperjuangan kita, dan kepada gereja di dalam rumahmu:
3Rahmat kepada kalian, dan damai sejahtera daripada Allah Bapa kita dan Tuhan Yesus Kristus.
4Aku bersyukur kepada Allahku, dan menyebut tentang kamu selalu dalam doa-doaku,
5Sementara mendengar tentang kasihmu dan imanmu, yang kamu ada terhadap Tuhan Yesus, dan terhadap semua orang kudus;
6Supaya perhubungan oleh imanmu akan menjadi berkesan melalui pengakuran setiap perkara yang baik yang ada di dalam kalian dalam Kristus Yesus.
7Sebab kami ada sukacita dan penghiburan yang besar dalam kasihmu, kerana sanubari orang kudus telah disegarkan oleh kamu, saudara.
8Lantaran itu, walaupun aku boleh sungguh berani dalam Kristus untuk menyuruhkanmu apa yang pantas,
9Namun demi kasih aku sebaliknya merayu kepadamu, sementara merupakan orang seperti Paulus yang sudah tua, dan sekarang juga orang terpenjara Yesus Kristus.
10Aku merayu kepadamu bagi anak lelakiku Onesimus, yang telah diperanakkanku dalam keadaanku yang terbelenggu ini:
11Yang pada masa silam tidak menguntungkanmu, tetapi sekarang menguntungkanmu dan jugaku:
12Yang telah kuutus semula: maka silalah kamu menyambutnya, iaitu, dia yang merupakan buah hatiku:
13Yang aku ingin menahan bersamaku, supaya sebagai penggantimu dia dapat melayaniku yang berada dalam belenggu injil:
14Tetapi tanpa izinmu aku tidak akan berbuat apa-apa; supaya faedah daripadamu tidak akan berdasarkan keperluan, tetapi berdasarkan kerelaan.
15Oleh sebab itu, dia mungkin telah meninggal untuk suatu seketika, supaya kamu dapat menyambutnya semula untuk selamanya;
16Sekarang bukan lagi sebagai hamba, tetapi melebihi hamba, iaitu seorang saudara terkasih, terutamanya bagiku, tetapi betapa banyak lagi bagimu, baik dalam daging mahupun dalam Tuhan?
17Maka jika kamu menganggapku sebagai rakan seperjuangan, sambutlah dia seperti menyambut diriku sendiri.
18Jika dia telah bersalah terhadapmu, atau berhutang kepadamu, hitungkanlah itu kepada pertanggunganku.
19Aku Paulus telah menulis ini dengan tanganku sendiri, dan aku akan membayarnya semula: walaupun aku tidak berkata kepadamu betapa kamu berhutang kepadaku, bahkan di samping itu, dirimu sendiri.
20Ya, saudara, biar aku ada sukacita daripadamu dalam Tuhan: segarkan sanubariku dalam Tuhan.
21Dengan penuh keyakinan dalam ketaatanmu aku telah menulis kepadamu, sementara tahu bahawa kamu akan juga melakukan lebih daripada kata-kataku.
22Tetapi pada masa yang sama, tolong sediakan bagiku suatu tempat penginapan: sebab aku percaya melalui doa-doa kalian aku dapat diserahkan kepada kalian.
23Yang sampaikan salam kepadamu ialah Epafras, teman sepenjaraku dalam Kristus Yesus;
24Markus, Aristarkhus, Demas, dan Lukas, teman-teman sekerjaku.
25Rahmat Tuhan Yesus Kristus menyertai roh kalian. Amin.